My Authors
Read all threads
Dalam negara kita dilanda musibah, ada lagi keparat-keparat perangai macam ini membawa fitnah kepada Islam dengan ajaran sesat.

Ini antara contoh individu dan ajaran serta fahaman yang mesti ditolak oleh kita semua.
Kita hidup sebagai Muslim berlandaskan perintah Allah SWT. Apa Dia suruh, kita usahakan. Apa Dia larang, kita tinggalkan.

Memang Allah SWT perintahkan kita Solat Jumaat, memang Islam galakkan solat berjemaah di Masjid. Tetapi Allah SWT juga meletakkan perintah supaya...
...kita menjaga nyawa.

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” Surah al-Baqarah, ayat 195.

“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” Surah al-Nisa, ayat 29.

Jika berjemaah di Masjid, Solat Jumaat itu membawa kepada mudarat...
...yang membahayakan nyawa dan masyarakat, hendaklah perkara-perkara itu diketepikan buat sementara waktu.

Bukan suruh tak solat. Solatlah di rumah. Fahamilah masyaqqah, kesulitan, mudarat yg sedang dihadapi masyarakat sekarang. Fahamilah di dalam Islam, ada rukhsah(keringanan)
yang akan berlaku ketika berlakunya darurat.

Contoh, bila lapar sangat dan tak ada makanan lain selain babi, boleh makan babi. Contoh, bila bermusafir, boleh gabungkan solat Zuhur & Asar atau Maghrib dan Isya', sampai tahap kadang boleh pendekkan bilangan rakaat solat.
Walhal dalil-dalil jelas mengharamkan pemakanan babi dan menegaskan solat pada waktunya itu ada.

Tetapi kenapa ada rukhsah, keringanan? Kerana ada masyaqqah, kesulitan. Fahami ini! Fahami! Susah sangat ke nak faham? Bodoh sangat ke kamu ni?
Jangan kamu memandai-mandai buat ajaran kononnya berserah dan tawakkal kepada Allah SWT, sedangkan usaha kamu bersambil lewa dalam mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan pakar dan pihak berautoriti di negara ini.
Rasulullah SAW sendiri bersabda: “Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Ingat, bahawa tawakkal itu perlu diiringi usaha yang benar.

Seorang lelaki berkata kpd Nabi SAW: "Aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal?"

Baginda menjawab: "Ikatlah unta itu dan bertawakkallah." Sahih Ibn Hibban, no: 731. Shaikh Syu'aib al-Arnaouth nyatakan hadis ini hasan.
Umar Al-Khattab Radhiallahu 'anhu sendiri semasa beliau menjadi Amirul Mukminin, mengelak dari melawat kawasan taun. Sehingga sahabat bertanya, "Apakah engkau melarikan diri dari takdir Allah ya Umar?" Umar menjawab: "Aku lari dari takdir Allah itu kepada takdir Allah satu lagi."
Itu Umar, insan yang syaitan pun takut dengan dia, dia pun menjaga diri dari tempat wabak. Bukan beri alasan tak takut wabak kerana lebih takutkan Allah SWT, atau wabak takkan beri kesan kepada orang-orang soleh.

Inilah Islam yang sebenar.
Islam yang diturunkan oleh Allah SWT...
yang diajarkan Rasulullah SAW, yang diamalkan para sahabat radhiallahu'anhum ajma'in.

Mereka paling beriman kepada Allah SWT, tetapi mereka tidak bertindak semberono dalam urusan dunia mereka.

Bila mereka keluar berperang, mereka pakai baju besi.
Bila angka musuh lebih ramai, mereka berperang dengan strategi - siap gali parit. Ini Islam yang sebenar.

Bukan pakai redah aja tak kisah situasi.

Kepada rakan-rakan, bantulah saya dan masyarakat kita ini.
Fahamkanlah Islam itu dengan fahaman yang betul.
Sebarkanlah mesej saya ini.
Tolaklah fahaman-fahaman seperti yang dibawa individu ini.

Pada saat wabak begitu kritikal dan sudah ada orang mati, kita tidak perlukan pendapat-pendapat rosak sebegini menambah bencana kita.
Fahaman bahawa semua adalah konspirasi, semua adalah tipu daya Dajjal, amat-amat merbahaya. Jangan kita terseret ke dalam kancah mempercayai teori-teori konspirasi, asyik-asyik sebut fasal tipu daya Dajjal.
Rasulullah SAW sendiri insan paling beriman dan bertawakkal kepada Allah SWT. Baginda sendiri ajarkan kita agar selamatkan diri dari wabak, dan jika berada dalam kawasan wabak janganlah keluar.

Mohon sangat-sangat kefahaman semua.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hilal Asyraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!