My Authors
Read all threads
Tedros Adhanom, Ketua Pengarah (DG) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) teruk kena bakor minggi ni. First kena kecam dengan Trump, now kena tibai dengan Presiden Tsai dari Taiwan.

Apasal ramai tak puas hati dengan Tedros?

#popcorn #coronapolitik #bebenang
Pada Selasa lepas, Trump telah kecam WHO secara terbuka di Twitter, kata WHO "China-centric" dan memberi "faulty recommendation" tentang COVID-19.
Trump merujuk kepada tindakan Tedros pada peringkat awal penularan COVID-19. Masa China kena COVID pada Januari, Tedros kata keadaan di China terkawal dan membantah negara2 yang menghalang kemasukan warga China atau menyekat penerbangan ke China.
Ramai kritik Tedros ada bias terhadap China. Umum tahu Tedros ada hubungan yang baik dengan China semasa jadi Menteri Luar Ethiopia (2012-16).

Salah satu sebab Tedros dipilih jadi DG WHO pada 2017 pun sebab ada sokongan China. Negara2 Eropah & US waktu tu prefer calon dari UK.
Selepas jadi DG WHO, antara first things yang Tedros buat ialah mengunjungi China dan bincang peluang kerjasama. Tedros siap ada nama Cina tersendiri, 谭德塞 (Tan De Sai), untuk menunjukkan dia mesra China.
Dan disebabkan bias Tedros terhadap China, dia block Taiwan daripada menyertai WHO berdasarkan prinsip Satu China.

Disebabkan China klaim Taiwan sebagai sebahagiannya, China tak membenarkan Taiwan hadir dalam apa2 pertubuhan antarabangsa sebagai entiti berdaulat termasuk WHO.
Malah selepas COVID menular, WHO masih mengecualikan Taiwan dalam banyak benda termasuk bantuan dan perkongsian maklumat. Taiwan terpaksa bergantung pada diri untuk mengawal COVID. Sehingga kini, Taiwan hanya mempunyai 380 kes dan 5 kematian.
Tedros kelihatan sibuk mempertahankan China. Selain bangtah orang sebut Wuhan virus, Tedros juga menyanggah negara yang bawa balik warganegara masing2 daripada China.

Netizen Taiwan & Hong Kong bengang, maka melancarkan petisyen online mendesak Tedros letak jawatan.
Malah pada 26 Mac, Timbalan PM Jepun, Taro Aso tidak segan silu mengkritik Tedros dan secara sinis mencadangkan supaya nama WHO ditukarkan kepada CHO (China Health Organization).
Sambil membela diri daripada dakwaan Trump, Tedros tidak lupa petik nama Taiwan & kata dia merupakan mangsa "racist attack" dari Taiwan. Itu menyebabkan Presiden Tsai agak triggered dan terus keluarkan kenyataan membidas Tedros, & mengatakan Taiwan sebagai mangsa yang sebenar.
Melihat member sendiri kena gasak, negara2 Afrika turut bekap Tedros yang merupakan DG WHO pertama dari Afrika.
Yang menariknya, US, Jepun dan Taiwan merupakan sekutu dalam hal menentang China, manakala negara2 Afrika mempunyai hubungan baik dan pergantungan kepada China dari segi ekonomi. Kebanyakan negara Afrika termasuk Ethiopia bergantung kepada import barangan China.
Pertubuhan antarabangsa seperti UN, WHO, WTO pun tak dapat bebas daripada persengketan geopolitk antara negara2. Malah kes Tedros menunjukkan, kuasa2 besar akan cenderung untuk naikkan orang yang akan membantu agenda mereka untuk menerajui badan2 ini.
Dulu US naikkan orang2 dia untuk ketuai IMF & Bank Dunia untuk memaksa negara menerima agenda ekonomi dia, now China pun buat benda yang sama. Kuasa2 besar, tak kira kuasa barat atau timur, kapitalis atau sosialis, perangai sebenarnya sama saja.

Tammat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!