My Authors
Read all threads
Kalau sebut sahaja haiwan yang beracun, mesti haiwan seperti ular, katak, labah-labah, dan sebagainya terlintas di fikiran kita..

Tapi tahu tak, ada juga burung yang mengandungi toksin?

a thread..
Pada 1989, seorang ahli ornitologi (pengkaji burung) sedang dalam usaha beliau mengkaji burung Cenderawasih yang turut dikenali sebagai 'Bird of Paradise' di Papua New Guinea.
Kajian beliau memerlukan burung Cenderawasih ini ditangkap terlebih dahulu. Dan untuk itu, beliau memasang perangkap jaring.

Kemudian, beliau memeriksa perangkap yang telah dipasangkan.
Walau bagaimanapun, burung yang dihajati tidak kunjung tiba. Malah burung lain yang bulunya berwarna hitam dan merah pula didapati menjadi mangsa kepada jaring perangkap itu.
Burung yang dikenali sebagai Pitohui dichrous itu kemudian cuba dibebaskan oleh pengkaji tersebut. Sewaktu ingin melepaskan burung daripada jaring, beliau menerima beberapa luka cakaran daripada burung itu.
Iritasi pada kulit akibat daripada cakaran itu cuba dilegakan dengan menghisap bahagian yang terluka itu. Mungkin dia ingat enzim amylase yang terdapat di dalam air liur dapat membantu melegakan kesakitan yang dialami.
Dalam masa beberapa minit sahaja selepas menghisap luka itu, bibir dan mulutnya mula berasa kebas dan sakit berdenyut-denyut.

Perkara ini membuatkan pengkaji itu tertanya-tanya. "Apakah burung itu yang menjadi punca kepada 'kesakitan' ini?"
Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan itu tadi, beliau merangka sebuah eksperimen 'ad-hoc'. Pengkaji itu kemudian mencabut bulu pelepah daripada seekor lagi burung yang sama terperangkap pada jaring tersebut dan bertindak berani dengan menjilat bulu itu.
Hasilnyaa.. kesan iritasi yang mirip dialami beliau selepas menjilat bulu pelepah tersebut. Eksperimen kecil itu berjaya mendapatkan jawapan kepada persoalan beliau tadi.

"Burung ini lah punca kepada kesakitan tadi."
Selain daripada bulunya yang bertoksin, turut didapati bahawa kulitnya juga mengandungi toksin yang mendatangkan kesakitan dan iritasi.

Walaupun rasa sakit masih dapat dirasai. Pengkaji itu sangat gembira kerana telah menemui spesies burung yang beracun.
Oh ya, kita kena faham, walaupun dalam dunia ini terdapat banyak haiwan yang beracun dan berbisa, burung bukanlah haiwan yang biasa dikaitkan dengan racun atau bisa.
Tetapi, sebab di atas juga menyukarkan beliau sewaktu ingin meyakinkan ahli ornitologi lain tentang penemuan tersebut. Iya lah kan, bila masa ja burung ni beracun? Sudah tentu la orang skeptik sikit mula-mula tu.
Tetapi akhirnya para pengkaji lain akur dan pada masa yang sama turut kagum akan penemuan itu. Kajian selanjutnya kemudian dijalankan ke atas bangkai Pitohui dichrous.
Ekstrak yang didapatkan daripada kulit dan bulu-bulu burung tersebut didapati mengandungi bahan aktif toksin homobatrachotoxin (hBTX), seperti yang dimiliki oleh katak dari genus Phyllobates atau lebih dikenali sebagai 'Poison Arrow Frogs'.
Ini membuatkan pengkaji terkejut beruk.

Iya lah kan. Apa pulak seekor burung buat dengan salah satu daripada toksin alkaloid paling ampuh yang pernah wujud dalam dunia ni?

Dan yang paling penting, dari mana burung-burung Pitohui dichrous ni dapat toksin?
Kata orang, kalau kita tak tahu, kita balik semula kepada asas. Pengkaji-pengkaji ni sedar yang katak beracun mendapatkan toksin BTX tu tadi daripada diet pemakanan depa. Jadi pengkaji pun mengetengahkan hipotesis yang sama.
Kita pertama sekali kena faham, bukan haiwan sahaja ada teknik pertahanan diri. Pokok pun ada.

Dan kebiasaannya pokok, buah, dan daun hutan ni terkandung bahan-bahan beracun untuk mengelak daripada dimakan haiwan herbivor dan ini termasuklah serangga pemakan daun.
Tetapi, bayangkan ada satu serangga ni degil. Berjuta tahun duk makan pokok, buah, daun yang beracun ni. Lama-kelamaan serangga tu pun lali dah dengan racun. Dan racun tu pulak, kemudian digunakan sebagai pertahanan diri dari pemangsa lain.
Jadi, apa yang menghalang burung Pitohui dichrous dari berbuat perkara yang sama?
Let say burung ni memakan serangga beracun yang sepatutnya memberikan rasa yang memualkan kepada pemangsa itu tadi untuk berjuta-juta tahun. Kemudian, burung tu lali, dan toksin atau racun itu tadi, digunakan pula sebagai pertahanan diri burung.
Ini bukan hipotesis aku semata-mata.

Kerana pada tahun 2004, hasil penyelidikan membuktikan bahawa, kumbang dari genus Choresine iaitu Choresine pulchra, Choresine semiopaca dan Choresine rugiceps yang berada di kawasan hutan hujan tropika termasuk Papua New Guinea mengandungi
..toksin Batrachotoxin.

Kumbang ni, warnanya terang tau. Dan ini dikenali sebagai Aposematisme. Kau kena faham. Basically, warna-warna terang pada haiwan ni adalah cara haiwan tu bagitahu "Dont fuck with me, or you're dead."
Contoh Aposematisme pada haiwan lain..

Kiri - Blue Ringed Octopus dari genus Hapalochlaena
Kanan - Yellow Jacket dari genus Vespula/ Dolichovespula
Tapi 'teknik' ni bukan sahaja terhad kepada haiwan beracun atau berbisa ja, pura-pura beracun pun ada. Ini dikenali sebagai Batesian Mimicry.
Contohnya macam Ular Raja dari genus Lampropeltis. Ular ni tak berbisa. Tapi corak dan warnya menyerupai sejenis ular yang sangat berbisa dari genus Micrurus atau Ular Coral.

Kiri Ular Coral- Merah atas Kuning
Kanan Ular Raja- Merah atas Hitam
Kini terdapat 6 spesies daripada burung genus Pitohui yang dapat ditemui mendiami kawasan hutan Papua New Guinea. Setiap satu daripada spesies ini juga berbeza tahap ketoksikan yang dimiliki
Perlu tahu juga bahawa burung Pitohui ini diketahui hanya bertoksik pada tempoh-tempoh masa tertentu dalam satu tahun itu. Memberi makna bahawa makanannya iaitu kumbang beracun Choresine, tidak terdapat pada sepanjang tahun di habitatnya.
Tahap ketoksikan yang dimiliki burung Pitohui juga berbeza-beza mengikut kawasan yang didiami. Kerana, dalam sesetengah kawasan tertentu, burung Pitohui sangat bertoksik sehinggakan dengan memegangnya sahaja, mampu menyebabkan individu itu bersin dan mata berair tanpa henti.
Hal ini demikian kerana, sumber toksinnya iaitu kumbang Choresine lebih mudah dan banyak didapati di kawasan tersebut.
Selain daripada pelindungan diri, burung Pitohui juga menggunakan toksin tersebut untuk mengelak pemangsa daripada mencuri telur yang dihasilkannya. Perkara ini dilakukan dengan melapisi cengkerang telur tersebut dengan toksin.
Selepas penemuan yang mengatakan burung Pitohui ini bertoksik, terdapat beberapa lagi spesies burung yang turut diketahui bertoksik. Misalnya, burung nama saintifiknya Ifrita kowaldi, atau lebih dikenali sebagai 'Blue-capped Ifrit'.
Menariknya, di kawasan paya Papua New Guinea, pengkaji pernah memerhatikan kawanan burung yang besar, diketuai oleh burung Pitohui yang lebih kecil saiznya.
Perkara ini menandakan bahawa terdapat hubungan sosial yang kompleks di antara burung-burung tersebut. Mungkin juga burung besar tersebut mengharapkan perlindungan daripada burung Pitohui yang bertoksik.

-tamat-
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Shahmil Hafiz

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!