My Authors
Read all threads
SIMBIOSIS MELAYU DAN KERBAU

Ingat tak adik Syukri ni? Popular kerana amat mesra dengan kerbau milik ayahnya.

Kemudian adik Nadia? Kasih dan sangat sayangkan kerbau balar peliharaan keluarganya.

Tapi resam Melayu, memang dah lama rapat dengan kerbau tau.

Ini bebenang. 1/13
Sebenarnya nilai harta dan kekayaan orang Melayu ini pernah disandarkan pada 3 perkara iaitu;

1. Banyaknya pemilikan bahara (unit timbangan berat) emas.

2. Ramainya bilangan hamba.

3. Banyaknya pemilikan kerbau.

2/13
Kerbau pernah jadi komoditi amat penting dalam urusan harian Melayu. Selain bekerja di sawah dan membantu tuannya bertani, kerbau digunakan dalam urusan jual beli, dijadikan matawang untuk galang ganti bagi mendapatkan harta-harta lain melalui sistem barter. 3/13
Sehingga lewat 1800-an, kerbau masih lagi dijadikan nilaian mas kahwin dan hantaran perkahwinan orang Melayu. Bilangan tumbangnya kerbau bagi menjamu tetamu menjadi simbol status orang Melayu ketika itu untuk empunya kenduri terutamanya bagi pembesar dan Raja-Raja Melayu. 4/13
Kerbau digunakan untuk jual beli hamba, memajak tanah, dan juga sebagai hadiah terbaik kepada Raja-Raja Melayu. Kerbau yang ada keganjilan sejak lahir dan ciri unik misalnya, tak boleh dimiliki oleh rakyat biasa. Salahan pula jika ia disembunyikan dari pengetahuan istana. 5/13
Pada zaman Pra-Islam di Tanah Melayu, kerbau jadi persembahan kepada semangat padi, semangat sungai yang mengairi sawah bahkan jadi persembahan untuk puja semangat hutan, iaitu kepercayaan animisme zaman pra-Islam di Tanah Melayu. 6/13
Banyak kisah lagenda dan mitos rakyat, dongeng kanak-kanak tentang kerbau dalam sejarah dan budaya Melayu. Kisah-kisah ini diceritakan turun temurun jadi panduan dan teladan, untuk hiburan yang banyak pengajaran untuk difikirkan. 7/13
Orang Minangkabau atau 'Menang Kerbau' bangga dengan asal nama mereka sendiri, bila seekor kerbau kecil yang lapar nak menyusu, diikat taji pada mulutnya telah berjaya tumpaskan kerbau jantan gergasi milik Majapahit, sekaligus selamatkan Pagaruyung dari dijarah Majapahit. 8/13
Hikayat Raja Pasai pulak cerita pasal keasyikan Merah Silu yang leka dengan kemahiran yang baru diperolehinya iaitu menjinak dan bermain dengan kerbau liar. Tapi jadi konflik dengan saudara dia Merah Hasum hingga sanggup putus saudara demi sayang pada kerbau liar itu tadi. 9/13
Sejarah Melayu pula ada kisah tentang kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, ada banyaaaak kerbau (bukan kuda). Diitulis padanya, bila anak-anak buahnya keluar berburu utnuk pulang semula tanpa hasil, mereka akan singgah ke ladang ternakan Tun Mutahir. 10/13
Kumpulan anak-anak buah Tuan Mutahir ini akan menyembelih beberapa ekor setiap kali diorang singgah, tapi Tun Mutahir langsung tidak perasan akan ada kerbaunya telah disembelih. Itulah gambaran betapa banyaaaaknya kerbau Tun Mutahir. Banyak gila. 11/13
Hikayat Kancil, Kerbau dan Buaya, salah satu siri hikayat kanak-kanak popular misalnya mengisahkan tentang bagaimana Kancil menolong kerbau dari dimakan Buaya. Kerbau dah tolong Buaya yang terhempap balak, dah lepas, digigitnya balik kerbau tu. Nasib baik ada Kancil. 12/13
Jelas, kerbau sejak dulu lagi sangat sinonim dengan Melayu, fizikal dan spiritual. Nak bukak kawasan, bersihkan ladang, kerbau ditunggang dan jadi teman, malah jadi persembahan pulak kepada raja dan semangat hutan.
Ini lah harta warisan kepada anak-anak Melayu kita dulu. 13/13
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ashraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!