My Authors
Read all threads
MENGENALI KAUM ROHINGYA

Sejak akhir-akhir ini, tular tentang kaum ini terutamanya tentang isu PKPD di Selangor Mansion.

Tetapi saya mengajak awak semua berlapang dada, dan mengajak anda semua untuk mengenali masyarakat ini dengan lebih rapat.
Orang Rohingya tinggal di Rakhaing (atau Rakhine) iaitu di pinggir pantai Teluk Bengal.

Rakhine ini nama lamanya ialah Arakan. Arakan pula adalah satu kaum yang lain di Myanmar. Dan di kawasan ini memang masyarakatnya majmuk, kerana selain Rohingya dan Arakan...
...ada kaum lain seperti Mogh dan Marma.

Orang Arakan mendakwa mereka telah tinggal di pinggir pantai ini sejak tahun 3000 Sebelum Masehi atau 5,020 tahun yang lepas.

Tetapi menurut ahli sejarahwan British, Daniel George Edward Hall, orang Arakan tidak pernah ada di sini...
...sehingga abad ke-10 Masehi. Menurutnya, kawasan ini didiami oleh Benggali sehingga mereka berpindah ke kawasan yang lain.

Arakan diperintah oleh Dinasti Chandra sehingga abad ke-11, apabila kerajaan mereka runtuh akibat digulingkan oleh kerajaan Chola.
Ashon Nyanuttara, ahli sejarahwan dan pakar sejarah Buddhisme di Myanmar berpendapat, tidak ada istilah "Rohingya" di Arakan hingga kerajaan Shahi Bangla yang mentadbir dari Sonargaon, kota di pinggir muara sungai Meghna, salah satu sungai yang bergabung dengan Ganges di muara.
Selepas kerajaan Shahi Bangla jatuh, kawasan ini ditakluk oleh kerajaan Mrauk-U, iaitu dari kaum Arakan.

Orang Arakan melihat orang Rohingya ini sebagai sisa daripada orang di zaman Shahi Bangla, dan disebabkan itu kerajaan Mrauk U menindas kaum ini masa memerintah.
Pun begitu Mrauk U telah ditakluk oleh Dinasti Konbaung yang mendirikan kerajaan di Mandalay, yang dikuasai oleh etnik Bamar, dari 1752 hingga 1824 apabila Brirish menakluk seluruh Myanmar dalam Perang Anglo-Burma pertama, dan selepas itu pada 1826 dalam Perjanjian Yandobo...
...British memaksa Dinasti Konbaung menyerahkan Arakan kepada mereka sebagai sebahagian daripada British India.

British menggabungkan semua kawasan tanpa memikirkan etnik, agama dan budaya, hanya memikirkan keuntungan dan ekonomi. Ini kerana yang menjajah kawasan ini ialah...
...Syarikat Hindia Timur Inggeris, sebuah syarikat merchantilis yang hanya mementingkan keuntungan dan bukan keharmonian masyarakat.

Dan disebabkan ibu pejabat British India di Calcutta (Kolkata), orang Rohingya mempunyai kelebihan di Myanmar, serta mesra kepada British.
Ini menyebabkan wujud satu kebencian kebanyakan orang di Myanmar terhadap orang Rohingya. Orang Bamar yang masih setia dengan Dinasti Konbaung merasakan orang Rohingya punca mereka hilang kerajaan selepas Perjanjian Yandobo.

Orang Arakan juga mempunyai perasaan yang sama...
...walaupun juga tidak suka dengan orang Bamar yang menguasai Sungai Irrawaddy.

Pada 1853, perang Anglo-Burma berlaku lagi kerana konflik perebutan takhta dalam Dinasti Konbaung dan digantikan oleh boneka British, Mindon Min.

Dinasti Konbaung lenyap pada 1885 dalam...
...Perang Anglo-Burma Ketiga.

British menjajah Burma hingga 1942 apabila Jepun menjajah Burma dalam Perang Dunia Kedua.

Ba Maw dilantik sebagai boneka Jepun, sehingga British menang di Burma pada 1945.

Tentera Free Burma yang dipimpin oleh...
...Aung San kemudiannya menandatangani perjanjian dengan semua kaum minoriti seperti Shan, Kachin, Chin untuk bersatu membentuk Burma yang merdeka dalam Perjanjian Panglong.

Di sinilah nasib kaum Rohingya kembali ditindas akibat dendam dari penjajahan yang lalu.
Dalam perlembagaan Myanmar, mereka mengiktiraf kaum-kaum minoriti lain, dan mempunyai hak peribumi, kecuali nama kaum Rohingya yang tidak disebut. Rohingya dianggap berasal dari sebelah Bangladesh kerana mereka ini datang dari pemerintahan Shahi Bangla dahulu.
Dalam Operasi Dragon King 1978, kerajaan sosialis Ne Win telah menggunakan tentera dan jabatan imigresen untuk mendeportasi mereka keluar dan menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin.

Lebih 250,000 orang Rohingya di Sittwe dihalau ke sempadan Bangladesh, dengan rumahnya..
...dibakar, ladang kebun mereka dimusnahkan, dan ada yang dibunuh.

Selepas kerajaan Bangladesh membuat perjanjian dengan kerajaan Myanmar, barulah mereka dibenarkan pulang ke Rakhine.

Pada tahun 1992, kerajaan junta melaksanakan Operasi Clean And Beautiful Nation...
...mencuba sekali lagi untuk menghalau orang Rohingya. Namun begitu kaum Rohingya mendapat bantuan senjata dari Bangladesh, dan membentuk gerakan gerila dipanggil Pertubuhan Solidariti Rohingya (RSO).

Mereka kemudian berpecah dan membentuk satu lagi kumpulan yang bernama...
...Harakah al-Yaqin, atau Pertubuhan Pembebasan Arakan Rohingya yang dilabel pertubuhan pengganas di Malaysia dan Myanmar.

Pada tahun 2015 hingga hari ini berlakunya pembersihan etnik di Rakhine, dengan tentera Myanmar membunuh mereka kerana menganggap semuanya...
...berpihak kepada Harakah al-Yaqin.

Disebabkan itu pada tahun 2015 berlakunya krisis kemanusiaan paling buruk di Asia Tenggara sejak Perang Vietnam.

Ini ditambah pula dengan sami Buddha yang ekstremis yang mahu Arakan untuk kembali menjadi suci bila semua...
...menganut agama Buddha.

Pembunuhan beramai-ramai kaum Rohingya di Inn Din, telah dilakukan oleh Unit Rejimen ke-33 Tentera Myanmar dengan membunuh orang kampung di situ.

Hanya pada awal April 2020, barulah Presiden Myanmar, Win Myint, atas nasihat...
...Canselor Myanmar (seperti Perdana Menteri), Aung San Suu Kyi untuk menamatkan operasi di Rakhine.
nota: sila jangan salah faham dengan thread ini. Ini disclaimer:

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Puan Eleena M.

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!