My Authors
Read all threads
PERUTUSAN RAMADHAN 1441H

1. Saya amat bersyukur kerana masih dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Video penuh:
FB : facebook.com/TunDrMahathir/…

YouTube:
2. Sesungguhnya, setiap hari yang dapat kita lalui adalah satu rahmat yang begitu besar dan wajib kita bersyukur dengannya. Tambahan pula di bulan Ramadhan ini, kita dapat tunai satu ibadat yang utama yang akan memberi pahala kepada kita.
Ingatlah ramai yang dijangkiti Coronavirus (COVID-19) yang tidak lagi dapat menunaikan ibadat puasa dan amalan-amalan lain pada bulan Ramadhan.
3. Cara kita berpuasa kali ini amat berbeza daripada dahulu dan kita tidak pernah lakukan seperti ini sepanjang hayat kita.
Walaupun kita berpuasa seperti tahun-tahun yang lalu, tetapi banyak tradisi dan juga ibadah tertentu yang terpaksa kita batal kerana terhalang oleh kemungkinan dijangkit COVID-19.
4. Ini kerana terdapat sekatan terhadap perjalanan, hubungan dan pergaulan yang biasa lakukan yang disebab wabak ini.
5. Antara yang terpaksa kita hentikan ialah berbuka puasa beramai-ramai dan sembahyang tarawih secara berjemaah. Kita juga tidak dapat membeli juadah yang enak di bazar-bazar Ramadhan.
6. Selain itu, pergerakan kita untuk melawat dan berbuka puasa dengan sanak saudara juga turut terjejas.
7. Dalam lain perkataan, Ramadhan kali ini menuntut lebih kesabaran dan kekangan nafsu dari kita yang jauh lebih berat berbanding dahulu.
8. Samada kita sedar atau tidak, cabaran yang kita hadapi di dalam Ramadhan kali ini sebenarnya menguji tahap kesungguhan kita untuk mempertahankan rakyat dan Negara.
9. Ini kerana jika kita tidak dapat membendung nafsu dan masih mahu menjalani ibadah puasa seperti tahun-tahun yang lalu, kita akan memperjudikan kehidupan rakyat yang lain, termasuk diri kita sendiri.
10. Selain itu, jika dahulu kita melaku ibadat puasa dan menahan lapar dan dahaga untuk menginsafi kehidupan mereka yang miskin dan daif, kali ini cabaran menjadi lebih besar kerana lebih ramai yang akan hidup merana dan tertekan.
11. Di atas kesedaran ini, saya meminta semua umat Islam supaya kita bersama-sama berusaha mengekang penyebaran wabak Covid-19 dengan menerima baik segala sekatan semasa melakukan amalan-amalan bulan puasa ini.
12. Sebenarnya, jika kita mengamalkan kesederhanaan dan mengekang nafsu kita pada setiap peringkat, kekangan dan larangan tersebut tidak akan menjadi beban. Dan kesederhanaan ini sesuai dengan ibadah puasa itu sendiri.
13. Dan kita juga pastinya ingin mengambil peluang di bulan Ramadhan ini untuk berkongsi rezeki dan nikmat yang kita peroleh dengan mereka yang memerlukannya.
14. Yakinlah bahawa pengorbanan yang perlu kita lakukan itu adalah kecil berbanding dengan pengorbanan dari mereka yang perlu berada di barisan hadapan untuk mempertahankan kelangsungan kehidupan kita semua.
15. Saya percaya jika kita sama-sama meredhai keadaan ini, Insya Allah, kita akan dapat jalani ibadat puasa kali ini dengan sempurna dan kita kemudiannya akan sambut Syawal dengan penuh kesedaran dan kesyukuran.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Dr Mahathir Mohamad

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!