My Authors
Read all threads
Ramai ingat cuti umum Hari Pekerja 1 Mei adalah tanda penghargaan majikan kepada pekerja.

Sebenarnya asal usul Hari Pekerja adalah hari lawan majikan.

#bebenang
Kenapa 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Pekerja?

Sebab ia adalah untuk memperingati Peristiwa Haymarket yang berlaku di Chicago, US pada 4 Mei 1886.
Pada abad ke-19 di US, ekonomi kembang dengan pesat akibat Revolusi Industri Kedua 1870-1910.

Pekerja (buruh) di kilang bekerja non stop, termasuk wanita & budak kecil.
Waktu tu tak ada konsep pendidikan wajib, anak2 kecil keluarga miskin pun kena bekerja untuk menambah mata pencarian.
Buruh2 tak dapat complain sebab kapitalis (pemilik kilang) besar seperti Rockefeller, Vanderbilt, Carnegie & JP Morgan bukan saja menguasai ekonomi malah menguasai politik.
Kesedaran hak buruh bermula di Eropah di pertengahan abad ke-19. Tokoh2 seperti Karl Marx (bapa komunisme & sosialisme) menyedarkan buruh bahawa mereka adalah pencipta kekayaan yang sebenar, "hasut" buruh untuk bangkit menggulingkan kapitalis.
Marx juga antara yang mempelopori idea waktu kerja yang terhad, dan ideanya mempengaruhi International Workingmen's Association (IWA) pada tahun 1866 untuk perjuangkan waktu kerja 8 jam.

1/3 hari untuk bekerja, 1/3 hari untuk tidur, 1/3 hari untuk "me time".
Bila idea tu sampai ke US, buruh pun mula lawan kapitalis, mogok tuntut 8 jam waktu rehat & kenaikan upah.

Kapitalis selalunya akan guna kekerasan, samada pakai private guard atau panggil polis untuk suraikan mogok.
Peristiwa Haymarket terjadi apabila buruh kilang McCormick Harvesting Machine berpiket di Medan Haymarket untuk membantah tindakan polis menembak mati seorang buruh pada hari sebelum yang tuntut rehat 8 jam. 3000 buruh turun mogok.
Tapi tiba2 bom meletup menyebabkan kekecohan, polis menembak ke arah buruh, menyebabkan seorang terbunuh.
4 ketua buruh dituduh sebagai dalang kejadian bom dan dihukum gantung.

Pada tahun 1893, baru kerajaan tempat mengaku bahawa polis menerima rasuah untuk mencipta kekecohan supaya dapat suraikan mogok.
2 tahun selepas Haymarket, American Federation of Labor menetapkan 1 Mei sebagai tarikh peringatan tragedi. Buruh bekerja 8 jam saja sbg tanda protes.

Tahun seterusnya (1889), Second International (gabungan sosialis sedunia) juga menetapkan 1 Mei sbg International Workers Day.
Sebab itu Hari Buruh ada citra sosialis yang kuat.

Di Malaysia zaman Tunku (1957-1970), Hari Buruh tidak digalakkan sebab kerajaan takut Hari Buruh akan galakkan fahaman komunisme.

Keratan Berita Harian 1960/02/25. "Sudah banyak sangat hari kelepasan". Amboi.
Hanya bermula tahun 1972, baru Hari Buruh diwartakan sebagai cuti umum sebab Tun Razak (1970-1976) lebih terbuka kepada gerakan buruh.

Keratan Berita Harian 1972/05/21.
Tun Razak terpengaruh dengan fahaman sosialisme mazhab Fabian (sosialisme non-violent) semasa belajar di London. Siap join Labour Party.

Sebab itu Tun Razak sangat peka dengan keadilan ekonomi & hak buruh, dan ada banyak simbolisme sosialis dalam dasarnya - "RED book", "NEP".
Hari ini Hari Buruh dah transform jadi "Hari Pekerja", golongan kolar putih yang selesa duduk ofis pun boleh bercuti sekali.

Di luar negara sosialis & komunis masih mengadakan piket besar-besaran.
Anda (termasuk aku) mungkin bukan seorang leftist atau sosialis, tapi tak dapat dinafikan ideologi kiri telah banyak menyumbang kepada kebajikan & kesejahteraan pekerja.

Orang yang bijak tak akan terikat dengan kiri, kanan, tengah tapi memilih apa yang terbaik.

Tammat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!