My Authors
Read all threads
Fakta Menarik Perang Badar

1. Ramai menyangka Perang Badar merupakan pergerakan militer pertama ummat Islam. Tetapi sebenarnya Perang Badar didahului dengan:

- Sariyah Hamzah bin Abdul Mutalib
*Menyekat perjalanan pulang rombongan pedagang Quraisy seramai 300 orang dari Syam.
*Operasi itu berakhir dengan peleraian damai hasil negosiasi Majdi bin Amru.

- Sariyah Ubaidah bin Al-Harith
*Bertembung dengan tentera pimpinan Abu Sufyan seramai 200 orang di Rabigh.
*Hanya berbalas anak panah, tiada pertempuran besar berlaku.
- Sariyah Sa'ad Ibn Abi Waqqas
*Cuba untuk menyekat rombongan Quraisy, namun gagal kerana pergerakan mereka berjaya dihidu lebih awal, dan rombongan Quraisy mempercepatkan langkah menyelamatkan diri.
- Perang Al-Abwa'
*Dikepalai Rasulullah SAW sendiri, buat pertama kali.
*Berlaku di Gunung Waddan, Al-Abwa'
*Ingin halang rombongan Quraish, tetapi rombongan itu tak ditemui.
*Memeterai perjanjian dgn penduduk setempat(Bani Al-Dhamrah), memperkuatkan Kerajaan Madinah dan sekutu.
- Perang Buwath
*Diketuai Rasulullah SAW
*Berlaku di Buwat, Wilayah Radhwa
*Ingin halang rombongan Quraisy juga selepas peristiwa Al-Abwa', tetapi rombongan itu sempat melepaskan diri.
- Perang Safwan
*Diketuai Rasulullah SAW
*Lokasi Safwan, Wilayah Badar.
*Cubaan awal Kaum Musyrikin nak ganggu gugat kestabilan Madinah melalui pakatan dengan kumpulan perompak dari Bani Al-Fihr. Akhirnya berlaku rompakan hasil ternak, buah2an dan kerosakan hasil tanaman Madinah.
*Tapi bila sampai di Safwan, jejak musuh sudah menghilang. Rasulullah SAW kemudian pulang ke Madinah.

- Perang Dzil-Usyairah
*Diketuai Rasulullah SAW
*Lokasi di Pedalaman Yanbu
*Cubaan menyekat rombongan Quraisy diketuai Abu Sufyan. Tetapi mereka berjaya lepaskan diri lagi.
*Namun kali ini Rasulullah SAW berjaya memeterai perjanjian damai bersama-sama Bani Mudlij, rakan sekutu Bani Al-Dhamrah.
*Perisik dihantar bagi memastikan perkembangan rombongan Abu Sufyan.
*Dikatakan ini rentetan awal berlakunya peristiwa Peperangan Badar.
- Sariyah Abdullah bin Jahsy
*Dipimpin Abdullah bin Jahsy
*Lokasi Nakhlah
*Operasi rahsia. Abdullah bin Jahsy hanya tahu misinya selepas dua hari bergerak. Rasulullah titipkan surat dan arahkan hanya buka selepas dua hari perjalanan.
*Hanya 8 orang tentera.
*Berjaya bertembung rombongan dagang Quraisy.
*Mereka dilema kerana sedang di dalam Bulan Haram(Rejab) yang diharamkan berperang. Mereka akhirnya sepakat menyerang.
*Seorang musyrikin terbunuh, dua ditawan.
*Rombongan dagang berjaya dibawa pulang ke Madinah.
*Rasulullah berdiam diri dari menyokong perbuatan berperang di bulan haram tersebut. Namun akhirnya Allah SWT membela tindakan tersebut dengan penurunan wahyu ayat 217, Surah Al-Baqarah. Barulah Rasulullah SAW merestui apa yang berlaku.
*Ahli keluarga kepada yang terbunuh, diberikan diat(pampasan) oleh Rasulullah SAW kerana orang itu dibunuh dalam bulan Rejab(bulan haram berperang).
*Kaum Quraisy hantar wakil kepada Rasulullah SAW untuk ambil balik dua orang tawanan tadi.
Selepas semua itu, barulah berlakunya Peperangan Badar pada 17 Ramadhan, 2 Hijrah, di Badar.

2. Peristiwa besar yang berlaku sebelum Perang Badar

- Perubahan Qiblat dari Baitul Madqis ke Kaabah di Masjidil Haram. Rejab 2 Hijrah
3. Sebab perang Badar berlaku
* Kafilah Abu Sufyan dah terlepas ke Syam semasa Perang Dzi Al-Usyairah sebelum ini.
* Kali ini Rasulullah SAW sudah hantar perisik memastikan perjalanan kafilah tersebut.
* Apabila dapat khabar mereka pulang, 313 orang dikumpulkan dengan segera.
* Mengapa orang Islam nak sangat halang rombongan Quraisy? Ini kerana sebahagian besar barangan tersebut merupakan harta benda milik para sahabat Kaum Muhahjirin yang dirampas Kaum Quraisy, selepas peristiwa Hijrah. Rasulullah SAW ingin menebus harta benda tersebut.
4. Fakta Menarik Saat Hampir Berlaku Perang Badar
* Jarak antara Madinah ke Badar ialah 130km
* Kaum Muslimin bergerak 313 orang, 70 ekor unta, 2 ekor kuda.
* Mereka bergilir2 tiga orang satu unta.
* Rasulullah turut bergilir dengan Ali Bin Abi Talib dan Martsad bin Abi Martsad
* Abu Sufyan sudah hidu semua ini dari awal, maka awal-awal lagi sudah hantar utusan ke Makkah minta bantuan kententeraan daripada Abu Jahal.
* Sebenarnya, rombongan Abu Sufyan kemudiannya dah terselamat dan Abu Sufyan hantar sekali lagi utusan agar Abu Jahal berpatah balik.
* Abu Jahal bersama kekuatan 1000 orang, dengan 100 tentera berkuda, degil dan tidak mahu berpatah semula. Mereka berkeras mahu berperang juga.
* Abu Sufyan dan rombongan balik ke Makkah, manakala Abu Jahal dan 1000 orang tentera mara untuk terus berperang.
*Dengan perkembangan itu, Rasulullah SAW berhenti di Rauha' dan bermesyuarat sama ada mahu meneruskan misi mereka atau sebaliknya. Ini kerana, pakatan Rasulullah SAW dgn penduduk Madinah - yakni Ansar, hanyalah untuk mempertahankan baginda. Bukan untuk menyerang bersama baginda.
*Namun sahabat-sahabat Ansar sebulat suara memberikan sokongan kepada Rasulullah SAW untuk meneruskan misi.
*Abu Lubabah dihantar pulang untuk menjadi pemangku kepimpinan di Madinah menggantikan Rasulullah SAW.
*Malam sebelum peperangan, ummat Islam dibelai angin damai dan hujan.
*Peristiwa itu dirakam pada Surah Al-Anfal ayat 11.
*Rasulullah SAW bermunajat hebat pada malam itu.

5. Fakta Di Medan Badar
- Perang dimulakan dengan 'Perang Tanding'.
Wakil kaum Muslimin: Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin Abi Talib, dan Ubaidah bin Al-Harith bin Muttalib.
- Wakil Tentera Quraisy: Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, dan Walid bin Utbah
- Hamzah dan Ali berjaya membunuh lawan mereka, manakala Ubaidah vs Walid seri, namun kemudian Hamzah dan Ali datang membantu Ubaidah, dan tewaslah Walid.
- Tentera Muslimin berkekuatan 313 orang, menentang tentera Quraisy berkekuatan 1000 orang.
- Tentera Muslimin dipimpin Rasulullah SAW, tentera Quraisy dipimpin Abu Jahal.
- Walaupun tentera Quraisy ramai, tetapi di mata tentera Muslimin, mereka kelihatan sedikit.
- Allah rekodkan hal ini di dalam Surah Al-Anfal ayat 44.
- Tentera Muslimin rasa dibantu Malaikat, dan dibenarkan oleh Rasulullah SAW bahawa malaikat turun membantu(hadith Riwayat Muslim), dan Allah SWT rekodkan hal ini pada Surah Al-Anfal ayat 9, Ali-Imran ayat 123-125
* Peperangan berlangsung sekitar 2 jam sahaja. Tamat dengan tumbangnya Abu Jahal di tangan dua pemuda - Mu'awwidz bin Afra' dan Muaz bin Amr. Kemudian kepala Abu Jahal dipenggal Abdullah bin Mas'ud RA.
* Tentera Quraisy bertempiaran lari selepas itu.
* 70 terbunuh, 70 tertawan.
6 - Senarai Syuhada' Badar
Umair bin Abi Waqqas
Safwan bin Wahb
Zu Syimalain bin Abdu Amru
Mihja' bin Soleh
Aqil bin Bukair
Ubaidah bin Al-Harith bin Al-Muttalib
Saad bin Khaithamah
Mubassyir bin Abdul Munzir
Haritsah bin Suraqah
Rafi' bin Al-Maala
Umair bin Al-Hammam
Yazid bin Al-Harith
Muawwiz bin Al-Harith
Auf bin Al-Harith

7 - Para Sahabat Yang Tak Pergi Perang, Tapi Dapat Harta Agihan Perang

Uthman Affan
Talhah Ubaidillah
Said bin Zaid
Harith bin Hatib
Asim bin Adi
Abu Siyah bin Thabit
Harith bin Summah
Khawwat bin Jubair
Saad bin Malik
Sekian, untuk Perang Badar.

InsyaAllah di kesempatan lain, saya kongsikan pula fakta menarik untuk peperangan yang berbeza.

Sumber Rujukan:
Ensiklopedia Perang Rasulullah SAW
Ahmad Adnan Fadzil, Aizuddin Kamarul Zaman,
Terbitan Telaga Biru.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hilal Asyraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!