My Authors
Read all threads
Fakta Menarik Perang Uhud

"Selepas Perang Badar, perang apa?"
"Perang Uhuuuud!"

Jawapan itu sebenarnya tidak benar. Sebelum peperangan Uhud, telah berlaku beberapa peperangan & misi ketenteraan.

Jom ikuti bebebang ini untuk lebih banyak fakta menarik berkait Perang Uhud!
1. Perang & Misi Ketenteraan Sebelum Berlakunya Perang Uhud.

- Perang Bani Qainuqa'
*15 Syawal 2 Hijrah
*Diketuai Rasulullah SAW
*Bani Qainuqa' ialah antara rakyat Yahudi di Madinah
*Mereka lama dah cari fasal tetapi Rasulullah SAW tetap bersabar dan hanya menasihati
*Sehinggalah peristiwa seorang Muslimah yang berurusan di pasar mereka, dimalukan dicabul Yahudi Bani Qainuqa' yang mengakibatkan auratnya terbuka.
*Seorang Muslim datang bergelut, dan akhirnya membunuh si pencabul.
*Para Yahudi di sekitar kemudian membunuh si Muslim tersebut.
*Rasulullah SAW isytihar perang, dan mengepung Bani Qainuqa' selama 15 hari, sehingga mereka menyerah diri. Bani Qainuqa' kemudian dihukum usir dari Madinah.
- Perang Al-Sawiq
*Zulhijjah 2 Hijrah
*Diketuai Rasulullah SAW
*Selepas matinya Abu Jahal di Perang Badar, Abu Sufyan diangkat menjadi Ketua Quraisy di Makkah.
*Bernazar tidak membasuh kepalanya dengan air selagi dia tidak dapat memerangi kaum Muslimin, maka Abu Sufyan nekad.
*200 orang tentera berkuda dari Makkah bergerak hingga ke Uraidh, pinggiran Madinah. Di situ Abu Sufyan membunuh 2 orang Muslim yang sedang bekerja di sebuah kebun. Rumah dan tanaman di situ dimusnahkan.
*Selepas itu mereka bergegas lari ke Makkah semula.
*Rasulullah SAW mempersiapkan 200 orang tentera sebaik sahaja khabar itu tiba dan mengejar mereka.
*Abu Sufyan dan tentera berjaya melarikan diri, dan semasa melarikan diri itu, mereka melemparkan 'sawiq'(campuran gandum dan barli) untuk mengurangkan beban mereka.
- Perang Bani Sulaim
*Muharam 3 Hijrah
*Diketuai Rasulullah SAW
*Bani Sulaim dijadikan alat oleh Kaum Musyrikin Makkah untuk memerangi Rasulullah SAW setelah mereka tewas di Badar.
*Bani Sulaim dipilih kerana lokasi mereka hampir dengan Madinah dan mereka sangat memusuhi Islam.
*Tetapi berita itu sudah sampai kepada Rasulullah SAW dan baginda pantas mempersiapkan 200 orang tentera untuk menyerang Bani Sulaim.
*Tidak sempat bersedia, Bani Sulaim telah berjaya lari terlebih dahulu, meninggalkan 500 ekor unta dan seorang hamba.
- Sariyah Muhammad bin Maslamah
*14 Rabiulawwal 3 Hijrah
*Operasi ini berkekuatan 5 orang sahaja. Fokus mereka ialah untuk membunuh Ka'ab bin Al-Asyraf yang suka menghina Islam melalui syairnya dan dia telah membuat provokasi agar Musyrikin Makkah menyerang ummat Islam Madinah.
*Ka'ab bin Al-Asyraf ialah tokoh pembesar Yahudi Bani Nadhir di Madinah, amat kaya dan mempunyai kubunya yang tersendiri.
*Selepas kemenangan Kaum Muslimin di Badar, kebenciannya terhadap ummat Islam makin meluap.
*Provokasi beliau antara pencetus awal kepada peperangan Uhud.
*Muhammad bin Masalah telah datang ke kubunya bersama empat orang sahabat yang lain, dengan muslihat bahawa mereka ada masalah di bawah pentadbiran Rasulullah SAW.
*Ka'ab bin Al-Asyraf kemudian dibunuh oleh mereka.
-Perang Ghatfan
*Rabiulawwal 3 Hijrah
*Diketuai Rasulullah SAW
*Khabar tiba bahawa Bani Thalabah dan Bani Muharib sedang bersiap-siap untuk menyerangi Rasulullah SAW dengan diketuai Du'thur bin Al-Harith.
*Sebagai respons, Rasulullah SAW menyerang mereka terlebih dahulu.
*Du'thur mengetahui hal ini dan lari bersama tentera mereka ke gunung-gunung berhampiran.
*Seorang lelaki bernama Jubar dari Bani Thalabah tidak sempat melarikan diri, dan ditawan oleh Kaum Muslimin. Dia kemudian memeluk Islam di tengah jalan, dan menjadi penunjuk jalan.
*Hujan lebat turun, Rasulullah dan pasukan berehat. Ketika ini, Du'thur berjaya menyelinap dan mengacukan pedang ke tengkuk Rasulullah SAW dan bertanya: "Siapa yang dapat menyelamatkan kamu hari ini?"

Baginda menjawab: "Allah."

Terus pedang di tangan Du'thur jatuh.
Rasulullah SAW pula mengacukan senjata itu dan bertanya: "Siapa yang dapat menyelamatkan kamu daripada aku hari ini?"

Du'thur menjawab: "Tiada siapa." Kemudian dia mengucap kalimah syahadah.

Du'thur kemudian kembali kepada Bani Thalabah dan Bani Muharib, menyerukan Islam.
Rasulullah SAW dan pasukan pula menetap di lokasi tersebut selama 11 hari, kemudian pulang ke Madinah bersama tenteranya.

- Perang Buhran
*Diketuai Rasulullah SAW
*Rentetan Perang Banu Sulaim. Mereka kini kembali untuk balas dendam. Namun Rasulullah serang mereka terlebih dulu.
*300 kekuatan tentera Muslimin, dan Bani Sulaim melarikan diri setelah Rasulullah SAW tiba di Buhran.
*Kali ini, Bani Sulaim melarikan diri buat selama-lamanya.
*Rasulullah SAW pula menetap di Buhran dari Rabiulakhir hingga Jamadilawwal 3 Hijrah.
- Sariyah Zaid Bin Haritsah
*Jamadilakhir 3 Hijrah
*Frust dengan jalan-jalan perdagangan mereka ke Syam kini disekat oleh Kaum Muslimin, maka Mursyikin Quraisy gunakan jalan alternatif selamat melalui Iraq. Satu rombongan pergi menggunakan jalan itu.
*Tetapi hal itu diketahui Salith Bin An-Nu'man, seorang Muslim yang masih menetap di Makkah, dan menyampaikan laporan itu kepada Rasulullah SAW.
*Rasulullah SAW menghantar 100 orang tentera diketuai Zaid bin Haritsah RA untuk menutup laluan tersebut.
*Kedua pasukan bertembung.
*Rombongan dagang Quraisy melarikan diri tanpa melawan, tetapi meninggalkan harta-harta mereka.
*Seorang lelaki bernama Furat bin Hayyan turut ditawan dan dia kemudiannya memeluk Islam.
2. Ketika Hampirnya Peperangan Uhud

*Kemarahan Kaum Musyrikin Quraisy makin memuncak.
*Kekalahan memalukan di Badar, kegagalan misi Abu Sufyan dalam Perang Sawiq, serta sumber ekonomi mereka yang tergugat membuatkan mereka tertekan.
*Safwan bin Umayyah, Ikrimah bin Abu Jahal, dan Abdullah bin Rabiah datang berbincang dengan Abu Sufyan untuk pembiayaan peperangan.
*Para pedagang Quraisy bersetuju membiayainya dengan 1000 ekor unta dan 50,000 Dinar.
*Allah mencela tindakan ini pada Surah Al-Anfat ayat 36-37
*Safwan bin Umayyah mengubah Abu Izzah Al-Jumhi untuk menyemarakkan kebencian Quraisy dengan membacakan syair-syair memerangi Rasulullah SAW. Demikian Musafi' bin Abdul Manaf Al-Jumhi.
*Sekitar setahun perkara ini berlangsung, Musyrikin Quraisy berjaya kumpul 3000 tentera.
*Usaha Quraisy ini dihidu oleh Abbas bin Abdul Muttalib, pakcik Rasulullah SAW, dan dia menghantar surat melaporkannya kepada Rasulullah SAW.
*Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat, dan cencerung menggunakan strategi bertahan di Madinah berdasarkan mimpi yang diperolehinya.
*Cadangan itu dibangkang sebahagian sahabat, terutamanya mereka yang tidak turut serta dalam peperangan Badar.
*Baginda bingkas masuk rumah dan sarung baju besi tanda sudah bersedia untuk berjihad.
*Sahabat2 rasa ralat kerana sangka mereka telah memaksa Rasulullah SAW.
*Tetapi Rasulullah SAW bersabda bahawa tidak pantas seorang Nabi yang telah memakai baju besi untuk berperang buat ummatnya, membuka baju besi itu.
*1000 tentera berjaya dikumpulkan, namun di pertengahan, 300 orang belot. Mereka diketuai ketua munafiq: Abdullah bin Ubay Ibn Salul
*Rasulullah SAW tiba di Uhud dan terus menguasai Bukit 'Ainain. 50 tentera pemanah ditempatkan di situ diketuai Abdullah bin Jabir, dengan pesanan Rasulullah SAW agar mereka tidak meninggalkan tempat itu, walau tentera Muslimin tewas atau sedang kutip harta rampasan perang.
3. Sekitar Peperangan Uhud
*Berlaku pada Syawal 3 Hijrah
*Kaum Muslimin diketuai Rasulullah SAW, Quraisy Makkah diketuai Abu Sufyan
*Kaum Muslimin berkekuatan 1000 orang, manakala Quraisy Makkah 3000 orang.
*Perang dimulakan dengan Perang Tanding.
*Kaum Muslimin diwakili Zubair Al-Awwam, Quraisy diwakili Talhah bin Abi Talhah Al-Abdari. Dalam masa sebentar, Talhah ditewaskan.
*Kemudian 10 orang pembawa panji dari Bani Abd Al-Dar tampil ke hadapan seorang demi seorang, namun semua kecundang.
*Ini meruntuhkan moral Quraisy.
*Perang meletus dengan kaum Muslimin menekan hebat kumpulan Quraisy Makkah.
*Pun begitu, di fasa pertama peperangan, Hamzah Abdul Muttalib berjaya dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi.
*Namun kaum Quraisy Makkah benar2 tak dapat bertahan, dan mereka mula lari lintang pukang.
*Ketika ini berlaku peristiwa bersejarah yang amat masyhur, di mana sekitar 40 orang dari 50 pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW tadi, telah meninggalkan posisi mereka untuk memungut harta rampasan perang.
*Hal ini direkodkan oleh Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 152
*Melihat keadaan tersebut, Khalid Al-Walid dan pasukan tentera berkudanya membuat pusingan U, dan menggempur tentera Muslimin, sehingga mengakibatkan ramai terbunuh, dan barisan mereka kucar-kacir.
*Pada fasa kedua ini, Rasulullah SAW menjadi sasaran bertali arus Quraisy Makkah.
*Baginda telah terkepung, dengan hanya beberapa sahabat mempertahankan baginda. Dalam hadith riwayat Muslim, 7 orang Ansar syahid mempertahankan Rasulullah SAW.
*Baginda direjam dengan batu dan dipukul dengan pedang, sehingga tertusuk pipi baginda dengan tali helmet perang.
*Gigi baginda juga patah dan darah membasahi wajah baginda.
*Salah satu yang masih hidup di sisi baginda ialah Saad bin Abi Waqqas, yang garang melindungi baginda dengan anak-anak panahnya.
*Juga Nusaibah binti Ka'ab, turut mengangkat pedang melindungi baginda.
*Di saat genting ini juga, tersebarlah berita palsu bahawa Rasulullah SAW telah pun terbunuh dan wafat.
*Ada para sahabat yang berputus asa dan risaukan nasib mereka.
*Kemudian turun ayat 144 Surah Ali-Imran
*Para sahabat kembali mendapat momentum.
*Para sahabat kemudiannya berjaya berkumpul di sisi Rasulullah SAW, dan mereka dibawa berundur ke satu tempat perlindungan strategik di bukit Uhud, yang melindungi mereka dari setiap arah kecuali Selatan.
*Ini memaksa Kaum Musyrikin berundur.
*Namun marah kerana tidak dapat benar-benar menewaskan tentera Muslimin, maka tentera Musyrikin telah memotong dan merosakkan jenazah para syuhada', sebelum berundur pulang ke Makkah.
*Melihat keadaan itu, Abu Sufyan dengan bangga merasakan mereka telah menebus kekalahan Badar.
*Bahkan Abu Sufyan mencabar Rasulullah SAW agar mereka berperang di Badar sekali lagi pada tahun seterusnya.
*Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menyahut seruan itu dengan persetujuan.
*Hakikatnya tentera Islam masih belum tewas sepenuhnya.
*Tetapi Perang Uhud berakhir di situ akibat pengumuman kemenangan oleh Abu Sufyan.

4. Pasca Perang Uhud.

- Kaum Muslimin hakikatnya tidak lagi tewas, bahkan menyambung perang Uhud dengan satu lagi Perang bernama Hamra Al-Asad.
- Setelah sehari berlalu selepas tragedi berdarah di Uhud, Rasulullah SAW telah meminta semua tentera yang terlibat di medan Uhud dan masih hidup, agar kembali semula ke medan perang.
- Semua menyahut seruan itu.
- Misi mereka: Mengejar tentera Quraisy Makkah pimpinan Abu Sufyan
- Mereka mengejar sehingga ke kawasan Pergunungan Hamra Al-Asad. Di sini tentera Islam telah bertahan selama tiga hari.
- Tidak berlaku peperangan kerana Quraisy Makkah gentar untuk berpatah balik melawan tentera Islam. Mereka risau mencalarkan rekod 'kemenangan' di Uhud.
5. Angka Korban di Uhud
70 orang kaum Muslimin
22 atau 37 orang Kaum Quraisy
Sekian berkenaan Perang Uhud.
InsyaAllah saya akan usahakan berkenaan perang lain pula pada masa akan datang.

Rujukan:
1) Ensiklopedia Perang Rasulullah SAW
Ahmad Adnan Fadzil & Aizuddin Kamarul Zaman
Telaga Biru
2)Raheeq Al-Makhtum
Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri
ada kesilapan sedikit di sini. Kaum Muslimin hanya berkekuatan 700 orang setelah 300 orang belot di pertengahan jalan.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hilal Asyraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!