My Authors
Read all threads
"Usul undi tidak percaya" tengah hangat diperkatakan.

Kebetulan pada hari ini, 80 tahun yang lepas (9 Mei 1940), UK pun mengalami krisis politik yang melibatkan undi tidak percaya ke atas PM Neville Chamberlain.

#bebenang
Undi tidak percaya (vote of no-confidence) dicipta oleh Parlimen UK untuk buang PM/kerajaan yang dianggap telah kehilangan "keyakinan" majoriti ahli parlimen akibat kegagalan atau salah laku.
Orang first yang kena no-confidence vote ialah Robert Walpole, PM Britain pertama (gambar kiri). Usul dibentangkan oleh Samuel Sandys (gambar kanan).

Walaupun Walpole selamat dalam undi, Walpole meletak jawatan pada tahun seterusnya.
Undi tidak percaya 9 Mei 1940 terhadap Chamberlain pula diusulkan oleh Clement Attlee, ketua pembangkang (Labour) yang hilang kepercayaan kepada cara Chamberlain menangani ancaman Jerman bawah Hitler.

Ada diceritakan di permulaan filem Darkest Hour lakonan Gary Oldman.
Sebelum WW2 tercetus pada September 1939, Chamberlain berbaik2 dengan Hitler untuk elak peperangan. Tapi hasilnya Jerman jadi makin berani dan UK & Perancis pun terpaksa isytihar perang.
Chamberlain selamat dengan undi 281:200, tapi dia sedar diri dah tak popular & perlu undur.

Maka Chamberlain buat syor kepada Raja George VI untuk melantik Winston Churchill yang selama ini menentang dasar appeasement sebagai PM baharu.
Selain UK, undi tidak percaya juga dipraktikkan di negara2 demokrasi berparlimen.

Bagi negara demokrasi berparlimen beraja (warna merah) spt UK, Jepun & Malaysia, undi tidak percaya boleh diguna untuk buang PM yang merupakan kerajaan. Raja selaku ketua negara ada imuniti.
Bagi negara republik berpresiden spt US, Indonesia & Filipina (warna biru), presiden adalah ketua negara dan juga ketua kerajaan.

Tapi presiden bukan seorang ahli parlimen, tak boleh pakai undi tak percaya.
Jadi cara nak lucutkan jawatannya adalah menerusi impeachment. Macam baru2 ni Trump berdepan dengan impeachment tapi dibebaskan (acquitted).

Cuma impeachment hanya untuk kesalahan besar spt salah guna kuasa. Kalau sekadar "hilang keyakinan" tak boleh buat impeachment.
Bagi negara demokrasi berparlimen berpresiden spt Itali, India & Singapura (warna oren) atau semi-presidential spt Perancis & Poland (warna kuning), PM (ketua kerajaan) boleh kena undi tidak percaya, dan Presiden (ketua negara) boleh kena impeachment.

Complicated kan?
Undi tidak percaya pada asalnya adalah untuk mewujudkan kerajaan yang lebih berkesan. Nak tunggu PRU lama lagi, maka undi tidak percaya menjadi mekanisme untuk membawa perubahan.

Cara ni selalu dipakai oleh Jepun untuk singkirkan PM yang tak perform, spt Kiichi Miyazawa (1993).
Selain Miyazawa, Shigeru Yoshida (1948 & 1953) & Masayoshi Ohira (1980) juga resign selepas undi tak percaya. Yoshida sampai 2 kali.

Ni saat Yoshida kalah undi tidak percaya tahun 1953. Parlimen bubar. Ahli parlimen yang anti-Yoshida berpakat jerit "banzai".
Tapi kadang kala undi tak percaya juga disalahguna sebagai senjata politik untuk menjatuhkan musuh semata2, menimbulkan kekacauan politik spt di UK, Jepun & Itali. Sikit2 "no-confidence", macam mana pelabur dalam & luar nak ada confidence.
Tak ada sistem & mekanisme politik yang perfect di dunia. Wisdom adalah kunci untuk memastikan negara terus berada di landasan yang betul.

Wisdom ni boleh dipelajari dari sejarah politik negara2 lain. Lihat apa yang membawa kepada kemajuan & kekacauan sesebuah negara.

Tammat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!