Yang pandai berkata-kata, yang pandai menarik mata.
Tiada yang bersih. Tiada yang suci. Politik.
Kleptokrasi?
Sentimen 'Malay-Supremacist'?
Dakyah Islam?
Tiada siapa tahu. Semua itu cuma 'senjata' ahli politik untuk 'menawan' sokongan. Siapa pula kita?
Kita bukan sesiapa pun.
Sentimen perkauman terus dibakar. Perpaduan rakyat terus tercabar. Ideologi politik pemecah bangsa Malaysia. Ahli politik tetap gembira.
Inikah yang kita mahukan selepas 63 tahun merdeka dan 57 Malaysia dibina?
Hari ini, parti-parti politik sibuk mempromosikan keburukan parti lain. Penyokongnya pun terus menghangatkan suasana.
Apa nasib Malaysia?
Anda pernah mentadbir negara. Anda sudah tahu had keupayaan negara. Hentikan manifesto gila!
Buktikan anda mampu bergerak tanpa sebarang pakatan merapu.
Buktikan demokrasi itu masih bernyawa. Buktikan anda mampu menjadi penyelamat negara.
Negara ini sudah terlalu lama bergantung harap pada parti dominan.