Ini merupakan cabaran besar untuk dirinya
Dan menyatukan seluruh Semenanjung Arab ketika itu
Iaitu Muaz Bin Jabal, Abu Musa Asy'ari dan Dirar Bin Azwar pulang membawa laporan yg mendukacitakan kpd Saidina Abu Bakar di Masjid Nabawi
Golongan ini mendapat sokongan daripada Sebahagian besar kabilah kabilah Arab.
Tulaihah Al Asadi mengaku menjadi Nabi. Mendapat sokongan Bani Asad dan Toi
Tulaihah mengarahkan agar kaumnya tidak mengerjakan solat 5 waktu dan membayar zakat
Bani Fazarah turut memberi sokongan kepada Tulaihah Al Asadi
Tulaihah Al Asadi seorang wanita..mana ada Nabi Rasul Wanita
Kerana pada ketika itu Sebahagian Besar Tentera Islam Madinah dihantar ke Syam di bawah pimpinan Usamah Bin Zaid.
Jadi Operasi agak bahaya sbb kurang anggota
Melihat Saidina Abu Bakar membiarkan aktiviti itu. Tulaihah menjadi berani
Dia menghantar utusan kepada Khalifah Abu Bakar.
Dia mengatakan melalui utusan itu bahawa Jibril telah menurunkan wahyu kepadanya.
Utusan itu juga meminta agar Khalifah Abu Bakar tidak mencampuri urusan mereka dan dia menegaskan bahawa Tiada bayaran zakat lagi kepada Kerajaan Madinah
Khalifah Abu Bakar juga menolak tawaran utusan itu dan jika Tulaihah berdegil dia akan diperangi
Penduduk Madinah juga diarahkan duduk di Kawasan Masjid Nabawi agar Keselamatan mereka dpt dikawal
Tulaihah menghantar orangnya menyerang Madinah. Pasukan pertama masuk ke Kota Madinah dan Pasukan kedua berada di Zi Husa sbg sokongan
Pasukan pertama diserang hendap oleh Pasukan pengawal Madinah
Tulaihah yakin bahawa Pertahanan Madinah sudah lemah
Khalifah Abu Bakar segera lancar counter attack. Menyerang barisan belakang yg terdiri daripada Bani Asad dan Toi pada waktu malam. Pasukan ini dipimpin sendiri oleh beliau
Khalifah Abu Bakar segera membuat Persediaan untuk menyerang Semua golongan murtad dan yg enggan membayar Zakat
Namun dibantah oleh para Sahabat
Kerana mereka menerima maklumat bahawa golongan ini dibantu Rom dan Parsi
Saidina Umar risau jika pasukan Tentera dibentuk. Kurangnya org untuk mempertahankan Madinah. Berpaling tadah nya Golongan ini menyebabkan Madinah kekurangan anggota Tentera
Namun mereka tidak berehat.
Pasukan ini dipimpin oleh beliau sendiri.. meskipun mendapat bantahan para sahabat kerana risau akan keselamatannya.
Al Harith ketua golongan murtad di Zi Qassah mengetahui perkara itu dan mengarahkan pengikutnya berundur lalu bergabung dgn Auf Ketua di Abraq. Mereka membina kubu bagi hadapi serangan Tentera Islam
Al Harith dan Auf ditawan.. namun Abbas Jar ketua Bani Bakr dan orangnya berjaya berundur ke Rabzah dan bergabung bersama Bani Zibyan
Serangan terus dilancarkan Khalifah
Banyak harta rampasan perang diperolehi berikutan kawasan Rabzah yg subur dan merupakan tempat pengumpulan binatang ternakan
Namun ujian baru tiba. Saidina Umar Al-Khattab melaporkan pada Khalifah bahawa
Khalifah Abu Bakar memutuskan untuk berundur ke Madinah. Khalifah memberi peluang untuk mereka bertaubat. Sebelum diperangi habis-habisan
Khalifah Abu Bakar mendapat tahu bahawa Musailamah pernah menghantar surat kepada Rasulullah SAW sebelum Baginda Wafat untuk memberitahu bahawa dia seorang Nabi
Gabungan itu menyebabkan Golongan Murtad muncul di Yaman, Syam, Bahrain, Maharah, Hadralmaut dan Hawazin
Mereka memperoleh sokongan daripada Romawi dan Parsi
Beliau menyatakan bahawa Musailamah itu memang Nabi Palsu
Beliau berkata seorang lelaki tua dibunuh kerana Meminta Musailamah menunjukkan mukjizat
Zumar juga mengatakan bahawa Musailamah diminta oleh seorang petani agar berdoa supaya
Zumar juga menceritakan bahawa dia mengancam hendak membunuh sesiapa yg tak mengaku dia seorang Nabi
Pengikutnya tidak lagi solat 5 waktu. Dibenarkan minum arak dan berzina. Tidak perlu bayar zakat dan berpuasa. Ini menyebabkan pengikutnya makin ramai
Mesyuarat membuat keputusan melantik Ikrimah bin Abu Jahal sebagai Panglima
Ikrimah diarahkan memerangi Malik Bin Nuwairah Ketua Bani Hanifah
Khalifah mengarahkan Ikrimah supaya mengajak mereka kepada jalan damai Sebelum perang dimulakan
Jgn bunuh wanita dan kanak-kanak serta membakar ladang tanaman
Beliau bersama beberapa pengiring segera berjumpa dgn Malik Bin Nuwairah selepas tiba
Ikrimah meminta mereka menyerah dan kembali kepada Ajaran Islam. Selain Meminta agar mereka
Malik Bin Nuwairah menolak tawaran itu lalu Ikrimah pulang bersama pengiringnya ke Pengkalan Tenteranya
Malik mengarahkan Tenteranya dan penduduk masuk ke dalam benteng pertahanan Bersedia untuk berperang
Ini menyebabkan Tentera Islam hanya mampu mengepung mereka
Ikrimah membuat tipu helah lalu mengarahkan Tenteranya berundur
Namun Ikrimah memecahkan pasukan kepada tiga dan melancarkan Serangan daripada belakang Tentera Malik
Malik Nuwairah dan Bani Hanifah tewas lalu menyerah kalah. Dan mereka bersetuju untuk kembali kepada Ajaran Islam dan mengiktiraf Saidina Abu Bakar sebagai khalifah
Khalifah Abu Bakar merancang hendak melancarkan Serangan Terhadap gabungan golongan murtad dan Nabi Palsu ini serentak
Khalifah Abu Bakar membentuk 11 Pasukan Tentera dgn 11 Orang Panglima bagi memerangi mereka keseluruhan dan habis-habisan
Abdul Rahman Bin Auf diarahkan untuk membuat seruan Jihad ke Seluruh Mekah Kufah Madinah
Persiapan dibuat dan Jumlah Tentera yg besar dapat dikumpulkan dalam masa yg singkat
1) Pasukan Pertama berjumlah 10,000 Tentera dipimpin Ikrimah Bin Abu Jahal. Mereka akan memerangi Musailamah Dan pengikutnya di Yamamah
2) Pasukan kedua di bwh pimpinan Shurahbil Bin Hasanah berjumlah 7,000 org. Team Backup Ikrimah
5) Pasukan Kelima berjumlah 5,000 org ke Oman. Pasukan ini di bawah pimpinan Hudhaifah Bin Muhsam
7) Pasukan ketujuh di bawah pimpinan Al Ula Bin Hadhramy menuju ke Bahrin Bersama 3,000 tenteranya
9) Pasukan kesembilan ke Negeri Bani Qudaah. Pasukan ini berjumlah 3,000 orang dipimpin oleh Amru Al As
10)Pasukan kesepuluh dipimpin Khalid Bin Said ke Syam. Total 2500 Tentera
Ikrimah tiba di Yamamah bersama tenteranya. Beliau mahu melancarkan serangan segera. Tetapi ditegah oleh beberapa sahabat Rasulullah SAW yg mengikuti perang Badar dan Uhud
Mereka meminta Ikrimah Menunggu Pasukan Kedua tiba
Namun Jumlah Tentera Musailamah yg ramai berjaya mengalahkan Tentera Ikrimah
Khalifah Abu Bakar melarang Ikrimah daripada berundur ke Madinah. Ikrimah diarahkan membantu Al Muhajir bin Umaiyah di Yaman dan
Pasukan Khalid Al Walid berjaya mengalahkan Tulaihah di Bazakhah dan Battah
Seluruh Formasi 10 Pasukan Tentera Islam juga akan diketuai Khalid Al Walid selepas mereka tiba Di Yamamah
Kemudian Pasukan Bantuan daripada Oman pimpinan Jaifar Bin Jalandi tiba bergabung dgn Pasukan Ikrimah
Pasukan Gabungan Ikrimah terus ke Daba
Kemudian Ikrimah ke Hadhramaut, Syam, Hawazin, Bahrain dan Negeri Bani Qudaah bagi membantu Tentera Islam
Selepas musuh tewas. Semua pasukan bergabung di bawah Ikrimah
Pasukan Musailamah tak gentar dgn kehadiran Panglima Pedang Allah itu dan menolak mentah-mentah utusan damai
Berlaku pertempuran antara Tentera Islam pimpinan Khalid Al Walid dan Tentera Gabungan Murtad dan Nabi Palsu pimpinan Musailamah
Tentera Berkuda Islam menyerang daripada belakang dan menghuru-harakan Tentera Musailamah
Tentera Khalid mengepung kawasan itu. Seorang tentera bernama Barak bersama beberapa rakannya menawarkan diri untuk memanjat Tembok Hadiqat
Plan dijalankan pada waktu malam. Tentera Islam acah attack sebelah kiri nak attention Tentera Musailamah.. fokus mereka beralih ke sblh kiri. Meninggalkan Kubu sebelah kanan tak berapa dikawal
Barak berjaya memanjat dan membuka pintu dari dlm
Ramai terbunuh instantly kerana Serangan Pantas Tentera Islam . Ada yg terbunuh dipijak dan dihimpit oleh Tentera yg lari
Pertempuran berlanjutan ke siang. Wahsyi Pembunuh Saidina Hamzah berjaya mengesan dan Membunuh Musailamah dgn lembing.
Kepalanya Musailamah dipenggal dan Tentera Musailamah menyerah kalah
Tentera Islam disambut gembira oleh penduduk Madinah. Ikrimah yg mulanya dicemuh disanjung kerana membantu Pasukan Tentera Islam yg lain
Selepas penyatuan Ini. Tentera Islam terus memandang ke depan iaitu Rom dan Parsi
Sekiann
Feel free to RT read and Like my Thread below








