My Authors
Read all threads
Memandangkan result UPU baru sahaja keluar, jadi aku nak cerita sedikit mengenai sejarah UiTM.

Yang dapat UiTM WAJIB baca, sebab benda ni takkan diceritakan dalam MDS atau orientasi
Sebenarnya dulu UiTM ni asalnya dinamakan Dewan Latehan Rida. Ianya diasaskan oleh alm Dato Sir Onn Jaafar, pengerusi RIDA
Ianya diasaskan oleh Tun Dr Ismail pada 14 Februari 1957. Pengambilan pertama ialah seramai 25 orang.
Zaman tu nak masuk U memang susah dan mahal. mana ada PTPTN la apa la waktu tu, jadi RIDA ditubuhkan pada 1955 untuk membantu bumiputera. Dewan Latehan diwiudukan untuk bantu anak bumiputera dari sektor pendidikan.
RIDA kemudian ditukarnama menjadi MARA. begitu juga Dewan Latehan RIDA ditukar menjadi nama Maktab MARA
Tahun 1967. Maktab ni kemudian dinaiktaraf kepada Institut Latihan Rida
Lulusan ITM ni sama taraf dengan penuntut STPM ataupun diploma. Jadi boleh la mereka nak kerja gomen ke kalau ada ijazah tu.
Tapi, pengarah ITM Tan Sri Arsyad Ayub nak lagi tinggi. Dia nak ITM ni jdi sebuah universiti. Dia juga sering aju hal ini kepada pihak atasan.
Di peringkat pelajar, Kesatuan Pelajar ITM juga turut menggesa agar ITM jadi sebuah universiti. Antaranya mereka menghantar memorandum kepada Menteri Pelajaran agar ITM dijadikan sebuah universiti.
Dalam memorandum tu, mereka bagitahu kalau ITM ni jadi universiti, maka ijazah mereka akan lebih laku dan setanding dengan universiti yang ada spt Universiti Ohio , University Michigan dan University Washington.
Tapi memorandum mereka tidak dilayan. Para pelajar pun apa lagi, buat demo lah!
22 April 1974

6000 pelajar ITM berarak dari Shah Alam ke Parlimen untuk mendesak kerajaan agar hasrat mereka dipenuhi.
Tapi, pihak keselamatan spt FRU menunggu mereka lebih awal di Batu Tiga. FRU suruh mereka bersurai, tetapi mereka taknak.
Jadi FRU lepaskan bom asap untuk suraikan mereka. Akhirnya 300 orang sahaja berjaya ke parlimen. Selebihnya kena tangkap.
Pada masa yang sama, penuntut kos kejuruteraan berjaya merampas sebuah kereta api di Shah Alam (power siot) dan menuju ke KL.
Sebab demo tak jadi, pelajar ITM ni pun menguasai kampus mereka di Shah Alam dan Jalan Othman, PJ.
Kenapa pengarah ITM macam relax sahaja kan? sebenarnya gerakan mereka ini “direstui” oleh pengarah pada ketika itu.
Waktu mahasiswa kuasai kampus. semua bekalan terputus. Makanan minuman elektrik semua tak ada.
Jadi mereka buat apa? Haaa macam ni, setiap course mereka dah ditugaskan tugasan masing masing.
pelajar kulinari kena sediakan makanan dan minuman.

pelajar kejuruteraan dan elektrik kena maintainkan electrical power yang ada

pelajar masscom kena sebarkan propaganda

pelajar hotel kena comfortkan pelajar pelajar yang lain buat mereka selesa walaupun bekalan kurang.
Ibu bapa pelajar juga dibawa untuk menyeru supaya anak mereka menyerah. Tapi mahasiswa ni taknak.
Jadi kerajaan pun akur. Kerajaan pun adakan sebuah perbincangan dengan kepimpinan mahasiswa yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali.
Orang kerajaan siap ambil mereka lagi naik kereta rasmi dan dihidangkan makanan lazat.
Tapi Ibrahim Ali tak endah. Apa yang dia nak, UNIVERSITI.
Setelah berlaku rundingan. Akhirnya mereka mencapai kata sepakat.
Walaupun tak dapat naik tarafkan terus tapi, tapi kjaan berjanji akan naikkan ITM jadi Universiti.
Pada 1978 contohnya, ITM adakan program berkembar dengan uni luar negara untuk mendedahkan sistem universiti.
Datuk Ibrahim Ali pula tubuhkan syarikat Teknologi Sdn Bhd untuk kumpulkan graduan ITM
Pada 26 Ogos 1999 Datuk Ibrahim ali mengadakan satu perhimpunan raksasa yang mengumpulkan semua graduan ITM
Waktu tu Tun Dr Mahathir dijemput sebagai tetamu kehormat. Jadi Datuk Ibrahim Ali minta Tun agar ITM dinaiktaraf jadi jadi universiti
Tun pun minta pendapat pada Menteri Pendidikan, Datuk Seri @NajibRazak.
Datuk Seri Najib lalu memberi lampu hijau atas pendapat Tun itu.
Dalam ucapan Tun pada hari itu, Tun pun mengisytiharkan ITM dijadikan sebuah Universiti dan lahirlah Universiti Teknologi MARA yang anda kenali. Akhirnya perjuangan Datuk Ibrahim Ali selama 28 tahun tercapai
Kalau tak ada UiTM, macam mana la nasib anak anak bumiputera ni.
Oleh itu janganlah kalian menyokong gerakan untuk beri non bumi masuk UiTM. UiTM selamanya milik bumiputera.

#uitmdihatiku
cuma nak promote buku titanic sahaja. buku first sejarah titanic di dalam bahasa melayu. Pembaca bertuah akan dapat tiket first class Titanic!

klik di bawah untuk pembelian

thepatriots.store/store/books/ti…
ini ialah tiket Titanic koleksi saya yang dijadikan sebagai penanda buku. tak banyak ni! Siapa cepat dia dapat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with PegawaiKhas

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!