My Authors
Read all threads
Kenapa Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) tak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar?

Ever wonder why? Here's why.

Tradisi menyambut Hari Keputeraan Rasmi YDPA sebenarnya berasal dari King's Official Birthday di Britain.
Di Britain pun, Queen Elizabeth II punya "official birthday" tahun ni jatuh pada 13 Jun, walaupun beliau lahir pada 21 April.

Even ayahnya George VI yang lahir pada 14 Disember pun menyambut "birthday" pertamanya sebagai raja pada 9 Jun 1937.
Raja Britain pertama yang menyambut official birthday ialah George II yang memerintah dari tahun 1727 hingga 1760.

George II ialah seorang yang fanatik hal ketenteraan, dan dia pernah memimpin tentera Britain mencapai kemenangan dalam Battle of Dettingen di Jerman pada 1743.
5 tahun selepas kemenangan di Dettingen, George II teringin buat perarakan tentera untuk mempamerkan kemegahan tentera Britain.

Hari yang sesuai kalau ikutkan adalah hari keputeraan raja. Tapi George II lahir pada 9 November, tarikh tak sesuai sebab dah dekat musim sejuk.
So George II pilih musim panas (Jun-Ogos) untuk menyambut hari keputeraannya dan mengadakan perarakan tentera pertama sempena hari keputeraannya pada 14 Jun 1748.

George II menamakan ia sebagai "Trooping the Colour", merujuk kepada warna pada panji2 rejimen yang diarak.
Sejak itu King's (atau Queen's) Official Birthday akan diadakan sekitar Jun setiap tahun.

Walaupun tiada lagi raja selepas George II yang turun ke medan perang, Trooping the Colour tetap diadakan untuk menonjolkan peranan raja sebagai commander-in-chief angkatan tentera.
Semasa Trooping the Colour, raja akan berkenan memeriksa perbarisan tentera Household Division yang terdiri daripada 7 rejimen di Horse Guards Parade.

Dulu Elizabeth akan naik kuda sendiri untuk memeriksa tapi sekarang usia dah lanjut, tak larat, so naik kereta kuda saja.
Untuk tahun ni Trooping the Colour tetap berlangsung walaupun penularan COVID, cuma ia akan dibuat secara tertutup di Windsor Castle bukannya dibuka kepada orang awam macam tahun-tahun lepas.
King/Queen's Official Birthday turut disambut sebagai cuti umum di negara2 Commonwealth realm (bekas jajahan British yang menjunjung Queen sebagai ketua negara) termasuk Canada, Australia dan New Zealand. Selalunya pada Jun juga.

Untuk tahun ni, Australia buat 8 Jun, NZ 1 Jun.
Negara bekas Commonwealth realm seperti Malaysia, Brunei, Tonga dan Lesotho yang masih ada raja pun ada sambutan Hari Keputeraan Rasmi yang tersendiri, dan juga ada istiadat Trooping the Colour.
Di Malaysia ia dikenali sebagai Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda YDPA di mana panji-panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan diarak.
Kalau ikutkan, Istiadat Mengarak Panji2 di Malasyia boleh diadakan pada bila-bila masa sebab cuaca yang summer sepanjang tahun.

Tapi sejak Merdeka, Hari Keputeraan Rasmi YDPA disambut pada RABU pertama Jun. Hanya bermula tahun 1992 baru disambut pada Sabtu pertama Jun.
Di zaman DYMM SPB Sultan Muhammad V, tarikh Hari Keputeraan Rasmi YDPA dipinda ke 9 September. Dan untuk tahun ini, ia dipinda sekali lagi ke Isnin pertama Jun.
Tak macam Brunei, Lesotho, Tonga or even Thailand dan Jepun di mana sambutan hari keputeraan raja jatuh pada hari kejadian sebenar, hari keputeraan ketua negara Britain dan Malaysia memberi gambaran bahawa monarki di negara-negara ini adalah satu institusi, bukan individu.
Meskipun raja bersilih ganti, sistem beraja kekal berdiri dan terikat dengan Perlembagaan.

Moden, tapi masih memelihara tradisi & identiti, menjamin kestabilan negara.

Gunalah cuti ini untuk menghayati makna institusi raja kita.

Long live the king! Long may he reign.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!