My Authors
Read all threads
AMK Tidak Menyokong Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri.

Boleh ikuti penjelasan 👇🏼
Memang benar, jika dibiarkan Perikatan Nasional berkuasa, maka keadaan akan terus bertambah mudarat.

Tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat ‘lesser than two evils’.
Sekiranya rakan-rakan lain mahu mengembalikan mandat rakyat, yakinkan yang berlima itu untuk menyokong PH, bukannya menggadaikan sokongan kita buat kali kedua.
Kewajaran PH untuk membentuk kerajaan adalah untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dan membela rakyat kebanyakan, bukan dibelenggu dengan ketidak tentuan atau polemik berpanjangan.
Ingatlah, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya Perdana Menteri ketika itu tidak meletakkan jawatan tanpa perbincangan dengan PH.
Kita bukan tidak sedar, pintu belakang sebenarnya dibuka jauh lebih awal yang mana mandat rakyat telah dikhianati dan dipijak begitu sahaja.
Sebagai contoh, KEADILAN tidak pernah mencadangkan Azmin dan kartelnya untuk dilantik sebagai Menteri, tetapi beliau angkat juga dan tubuh kabinet ikut seleranya.
Dasar pecah perintah sebegini rupa menyebabkan habis parti porak-peranda. Sampai sekarang, tindakan Azmin dengan Langkah Sheraton-nya langsung tidak dikecam.
Bila ditanya atau mohon pertimbangan, mulalah ditunjuk taring kuasa eksekutif.
Ketika ada sokongan rakyat dan memiliki panduan yang jelas, perjuangan PH diketepikan dan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Presiden (dasar PH, peralihan, Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain) terus-menerus tidak dipedulikan.
Itulah, hendak ditegur tidak boleh sebab manifesto bukan kitab suci.
Macam mana nak nafikan cerita komplot apabila berduyun-duyun kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu disambut mesra yang mana hari ini terbukti tiada seorang pun setia dengan PH.
Dalam keadaan PH diserang teruk dengan sentimen agama dan perkauman, bukan hendak diredakan tetapi ditambahnya perpecahan seperti melalui Kongres Maruah Melayu.
PH sewajarnya bergerak melangkaui sentimen dan pencaturan politik sedemikian.

Jangan kita lupa kepada sifat dan jati diri yang berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati walaupun berlainan bangsa, agama atau budaya.
Tak perlulah diceritakan satu per satu, cukuplah sekadar peringatan.

Buatlah penjanjian atau mekanisme macam mana sekali pun, bila asyik mungkiri (langgar janji) memang susah hendak dipercayai lagi.
Kekalkanlah mempertahankan prinsip dan kebenaran, malah ini juga demi kebaikan bersama, #DemiMalaysiA
Pendirian saya dan #AMK, kami tidak akan menyokong kerosakan yang sama buat sekian kalinya.
Saya secara peribadi lebih rela kita kembali kepada asas perjuangan, santuni aspirasi orang muda dan kekal fokus kepada isu-isu rakyat walaupun mengambil sedikit masa.
Insyallah, PH tetap akan memimpin negara.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Akmal Nasir

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!