Tahukah Anda, Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada Malam Rabu? Nak kongsi hari-hari terakhir tersebut | Thread
1. 4 HARI SEBELUM WAFAT. Hari Khamis. Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
2. Pada waktu Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan telah pengsan 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah pengsan.
3. Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
4. 2 HARI SEBELUM WAFAT. Hari Sabtu. Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang lelaki untuk hadir Solat Zohor.
Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat.
Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar. Lalu beliau solat mengikuti solat Rasulullah dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
5. SEHARI SEBELUM WAFAT. Hari Ahad.
Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar (approx RM100) dari harta baginda.
Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kpd seorang Yahudi dgn harga 30 Sha' gandum.
6. HARI KEWAFATAN. Isnin.
Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda TERSENYUM.
Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
7. Sahabat ada yang hendak berhentikan solat kerana GEMBIRA dan merasakan Rasulullah bertambah sihat.
Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar diteruskan solat. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
8. Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ berjumpa dengan Fatimah, Hasan & Husain, isteri-isteri baginda beri nasihat & peringatan.
Sakit itu ditambah dgn pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yg Rasulullah makan ketika di Khaibar
9. DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN.
Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya"
10. Kemudian, Rasulullah angkat tangan & jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda "Allahumma ar-Rafiq al-A'la (Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)" sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telahpun WAFAT menemui Kekasih nya😭.
11. Peristiwa ini berlaku pada Waktu Dhuha, Hari Isnin, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
Ramai sahabat & orang-orang di Madinah seperti tidak percaya.
Banyak riwayat ceritakan tentang Umar & Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
12. PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
Ringlasnya, kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah.
13. Kemudian ahli keluarga sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
Tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki keluarganya sahaja.
14. 1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH. Hari Selasa.
Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ. Sahabat yang mandikan adalah,
Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
15. Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
Ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia..
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia".
Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ.
Ia KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
16. 2 HARI SELEPAS KEWAFATAN.
Orang ramai masuk ke dalam rumaj bergilir-gilir 10 orang untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorangpun menjadi imam.
Giliran pertama dari ahli keluarga, orang Muhajiran & Ansar. Selesai lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak mensolatkan.
17. Semua itu berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
Ia berakhir pada malam Rabu.
Dalam hadis disebutkan, Aisyah berkata, "Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (kebumi Rasulullah di tengah malam Rabu".
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntungnya kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan Rasulullah di Syurga kelak.
Mari banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. WA.
Aku dah sebolehnya nak kongsi fakta je berbanding cerita dengan cara yang menyedihkan.
Tapi tetap sebak dan menangis 😭.
Teringat masuk bab ni dalam pengajian Kitab Rahiqul Maqtum dulu. Dengan ustaz sekali menangis beramai-ramai.
Solluu A'laa Nabi ﷺ.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sebelum tu. Kenapa nak pergi haji guna Pakej Swasta?
1. Sebab utama. 80% peluang dapat pergi haji pada tahun yang kita nak.
Jadi tak perlu tunggu giliran haji 10-30 tahun lagi yang mungkin kita dah sakit/mati. Lelagi yang dah berusia.
2. Hotel Muassasah Mekah jarak 900m - 1.2km dari Masjidilharam.
2km (pergi-balik) tu mudah bagi yang muda dan kuat. Tapi agak sukar bagi yang berusia. Lebih-lebih lagi nak berulang alik masjid 4x sehari selama 35+ hari.
Jarak hotel pakej, 50-200 meter. Lebih dekat.
3. Bilik lebih selesa.
Hotel TH memang selesa. Namun biasanya duduk 4-6 orang sebilik. Kalau musim sesak ada 8 orang sebilik.
Keselesaan setiap orang berbeza. Guna pakej, boleh pilih bilik 2,3,4 orang ikut kemampuan.
3 faktor inilah SEBAB UTAMA orang pilih Pakej Haji Swasta.