My Authors
Read all threads
[Emas / Gold (Au) vs. Pirit/ Pyrite / Emas Tipu / Fool's Gold : Mendidik Kekeliruan Rakyat Malaysia & seluruhnya]

Kenaikan harga emas dunia sehingga mencecah ke rekod paras tertinggi tlh mendorong lebih ramai org menceburi bidang eksplorasi emas. Namun, ramai yg masih terkeliru.
Sebelum itu, ayuh kita berkenalan dengan galian yg amat berharga ini.

Emas
Formula kimia : Au
Warna : Kuning keemasan
Hasil goresan di permukaan marmar: Warna keemasan
Kekerasan Mohs : 2.5-3
Bentuk : Kebiasaan akan ditemui dalam bentuk 'nugget'.
Sifat istimewa : Mudah lentur.
Manakala pengenalan mineral pirit /pyrite / emas tipu / Fool's Gold adalah seperti berikut :

Pyrite
Formula kimia : FeS2
Warna : Kuning pudar berkilat
Hasil goresan di permukaan marmar : Warna kehitaman
Kekerasan Mohs : 6.5
Bentuk : Kebiasaan ditemui dlm bentuk kiub bergarit.
Kebiasaannya, emas wujud bersama-sama dgn mineral perak (Ag), yg mana emas sbg mineral bijih utama manakala perak sebagai mineral bijih sampingan.

Pirit pula adalah sejenis mineral gangue, iaitu sejenis mineral yg tidak berharga, tapi selalu wujud dgn mineral berharga yg lain.
Antara persamaan atau kehampiran yg boleh dilihat dengan jelas sehingga masyarakat selalunya terkeliru antara dua jenis mineral ini adalah dari segi warna mineral, dan sifat pirit itu sendiri yg berkilauan apabila diletakkan di bawah pancaran cahaya matahari.
Namun, perbezaan yg ketara antara kedua-dua jasad mineral ini adalah pirit mempunyai garitan selari pada permukaan satah hablurnya, manakala mineral galian emas tiada, selalunya ditemui dalam bentuk tidak sekata & terkadang berbentuk 'nugget'.
Pirit juga akan pecah / meletup apabila dicucuk/dibenamkan dgn jarum, manakala mineral emas akan tercucuk masuk dan menghasilkan lubang pada mineral berkenaan, oleh kerana sifatnya yg mempunyai kebolehan lenturan yang tinggi.
Galian emas jika digores pada permukaan marmar akan menghasilkan warna keemasan berkilau, manakala pirit pula jika digores ke permukaan marmar akan mengeluarkan warna kehitaman.
Pirit/pyrite/Fool's Gold /emas tipu adalah sejenis mineral gangue/amang, iaitu sejenis mineral yg tidak berharga & tidak mempunyai nilai komersial (setakat hari ini), tetapi selalu wujud bersama-sama mineral berharga yg lain.
Pirit yang teroksida dan terluluhawa akan menghasilkan besi oksida (iron oxide) oleh kerana kehadiran mineral besi (Fe) dalam komposisi kimianya, manakala galian emas dikenali sebagai mineral berharga yg tahan lasak, mudah dilentur & bernilai tinggi.
Pirit juga amat tidak disukai kehadirannya di dalam bahan binaan (pasir, granit crusher run, batu kapur dll) terutamanya dlm bahan binaan bangunan mahupun jalan raya kerana akan menyebabkan berlaku pengaratan (kemerah-merahan) di bangunan & jalan. Jalan blh rosak lama-kelamaan.
Galian emas pula kebiasaannya wujud dalam keadaan berselerak iaitu boleh wujud dalam pelbagai cara. Antaranya ia wujud berselerak di dalam stokwok jasad rejahan batuan igneus. Sesetengah longgokan ini dirujuk sebagai longgokan emas porfirik.
Galiam emas juga wujud secara berselerak di dalam aliran volkano kuno dan batuan perumah (host rock). Kebiasaannya, permineralan emas wujud dalam jumlah resapan perubahan yang besar dalam batuan riolit, andesit & basalt.
Longgokan galian emas juga biasanya ditemui di dalam batuan bertuf dan formasi besi. Biasanya, ia juga dijumpai di dalam batuan tuf dan batuan piroklas yang lain yang sering terdapat di dalam jaluran batu hijau yang berusia Pra-Cambria.
Selain itu, longgokan galian emas juga banyak ditemui di dalam batuan karbonat (batu kapur) didalam mata air panas batuan volkano & di dalam batuan volkano melalui kes-kes tertentu (Tooker,1985)
Di Malaysia sendiri, terdapat empat jalur emas yang wujud menurut pengkaji (Yeap, 1993) , iaitu Jalur Emas 1 & Jalur Emas 2 (wujud di dalam zon Sutura Bentong-Raub), Jalur Emas 3 (Zon Sesar Lebir-Lepar) & Jalur Emas 4 (Jalur Emas Timur).
Ahli kajibumi bersepakat, bahawa galian emas di semenanjung Malaysia terbentuk dalam jalur2 yg merentasi arah utara-selatan semenanjung, mengikut aktiviti tektonik lampau, pengalgaman Blok Sibumasu, Blok Indochina & Lengkuk Sukhotai.
Dan ini merupakan penyebab mengapa semenanjung Malaysia digelarkan sebagai semenanjung Emas, Suvarnabhumi & The Golden Chersonese di dalam peta-peta kumo hasil lukisan penjelajah barat yang menjajah negara ini.
(Sumber : 'Minerals and Gemstone' handbook)
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with TweetSains #Geosains 🌋

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!