𝘼𝙢𝙞𝙧𝙪𝙡𝙓 Profile picture
Jul 20, 2020 52 tweets 11 min read Read on X
"Apakah agama Baha'i ini?"🧐

"Kenapa agama Baha'i menjadi agama sehingga sekarang?

"Kenapa Baha'i terkeluar dari Islam?"🤔

(A Thread)

#PenghuniTeologi #PerbandinganAgamaPT Image
Assalamualaikum, hi

kembali lagi kita dlm rancangan yg jrg2 diupdate oleh seketul amirul sebab dia busy cari gaduh dgn feminis, ehek

Okay hari ini topik kita dlm subjek perbandingan agama, iaitu salah satu displin ilmu Usuluddin. Jadi agama sesat hari ini adalah agama Baha’i.
Aku bagitahu sesat awal-awal supaya takde orang twist thread aku ni seperti mana ada sesetengah pihak twist tweet aku yang diorang ingat aku sokong kelompok diorang.

Ikut sedap tekak diorang je, tak guna betui.

So bismillah.
Saya bahagikan topik ini kepada 6 sub topik :

1. Asal usul
2. Sejarah
3. Kepercayaan
4. Ritual
5. Kitab suci
6. Pengajaran
1. ASAL USUL :

Okay first kita cerita asal usul agama ini dahulu, agama Baha’I ini muncul ketika abad 19M dan berasal dari Iran.

Yes, salah satu major tempat syiah bertandang selain negara Iraq. Pengasasnya mempunyainya gelaran “Baha’ullah”.
Agama ini menekankan soal kesatuan bagi seluruh manusia dgn menyatukan agama-agama lain.

Hampir sama dengan pemikiran pluralisme iaitu menganggap semua agama sama dan tuhan yg sama dan Baha’ullah mengangap dirinya seorang Rasul.

Dosye an? Hmmm.

Takpa-takpa kita sambung lagi.
Jadi sebelum terjadinya agama Baha’I ini, terdapat bibit-bibit permulaan wujudnya agama ini iaitu dari gerakan keagamaan pada tahun 1844 bernama “Bab” atau “Babiyah” yang bermaksud pintu.
Macam Ahmad Albab cerita P.Ramlee tu, kan maksudnya Ahmad Pintu.

Korang jangan ingat aku nak mencarut pulak. Dah nama dia arab dia Babiyah, mana aku tahu.

Mak kita marah au mencarut ni.
2. SEJARAH

Maka gerakan Babiyah ini ada ketuanya yang bernama Sayyid Ali Muhammad atau lebih dikenali dengan “Sang Bab”. Bukan kebab, kebab tu sebab aku lapau. Jadi disebabkan si Sang Bab ini bagitahu orang ramai yang dia mengaku dirinya sebagai rasul. Image
Maka beliau dipenjarakan pada tahun 1845. Ketika beliau dipenjarakan ada seorang pengikut tegar kagum dengan ajarannya yang bernama “Mirza Hussein Ali” yang berasal bangsawan Iran dan keturunan syiah. Image
Time flies, akhirnya Si Sang Bab ini dihukum mati pada tahun 1850. Pengikut2nya seludup mayatnya secara sembunyi lalu dikuburkan di Bukit Karmel, Palestin (Kini Israel).

Maka disitulah menjadi tempat suci bagi penganut agama Bahai. ImageImage
Pada tahun 1848 -1852, ramai penganut Baha’i dibunuh dan Mirza Hussein pun dipenjarakan.

Beberapa tahun kemudian, dia dibebaskan tapi beliau dipindahkan ke Baghdad, Iraq.
Disebabkan baru keluau penjara, jadi dia tidak tonjolkan misi dakyah secara bebas atas kerana pemantauan pemerintah terhadap kesesatan yang dibawanya.

Tapi beliau berdakyah melalui penulisan yang nanti menjadi kitab suci bagi agama Baha’i ini.
Jadi, Mirza Hussein Ali ini lah menjadi pengasas Baha’i yang mendapat gelaran Baha’ullah yang bermaksud “Kemuliaan Tuhan”.

Pada tahun 1863, akhirnya dia memberitahu secara terang-terangan misi wahyunya ketika berada di Taman Ridwan, Baghdad. Image
Ajaran Baha’i ini mendapat sambutan yang meluaskan kerana slogan yang membawa kepada kesatuan pelbagai agama.

Pandai ek trick orang, tak guna betui.
Pada tahun 1868, Baha’ullah telah dipulaukan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah ke Kota Arce di Palestin (Kini Israel). Ketika itu tempat tersebut dikenali sebagai penjara dibawah pemerintahan Uthmaniyyah. Image
Namun begitu, agama Baha’I ini telah pun tersebar luas ke serata Iran, Iraq dan Israel. Ini kerana penulisan2 beliau menjadi rujukan bagi penganut di sana.

Baha’ullah akhirnya mati pada tahun 1892 & tempat kematian itu juga menjadi kiblat kepada penganut Baha’i iaitu Kota Arce.
Habis siapa yang sambung gerakan agama Baha’i ini? Sudah tentu bukan aku, Takde chance aku nak masuk syurga nanti.

Jadi yang sambung sebarkan ajaran ini adalah anaknya sendiri Bernama Abdul Baha. Image
Abdul Baha ini meluaskan & mengukuhkan lagi struktur Baha’isme ini dengan sasarkan sebarkan ke seluruh dunia.

Sekitar tahun 1910-1913, baha’isme ini sudah tersebar di negara Mesir,Amerika Syarikat, Scotland, Austria & lain-lain negara.
Masa berlalu, maka Si Abdul Baha’ pun mati juga pada tahun 1921 di Haifa, Isreal. Lalu cucu sulungnya bernama padia ntah aku lupa, sat-sat.

Haa “Shoghi Effendi” dan beliau diiktiraf sebagai wali Baha’i.

Jadi apakah peranan si Shoghi Effendi ni? Fuh payahnya nak tulis nama dia. Image
Peranan dia adalah lebih kepada menterjemahkan kitab-kitab baha’i yang berbahasa parsi atau arab kepada bahasa yang universal seperti bahasa inggeris.

Beliau juga banyak membentuk rangkaian agama Baha’i (macam cawangan kecik-kecik) di seluruh dunia termasuk juga di Indonesia.
Di Indonesia tak payah sembanglah, syiah open table rileks je sebarkan ajaran syiah.

Moga-moga di Malaysia tidak sampai tahap begitu sekali, Amin ImageImage
Macam biasa, sampai masa manusia mati, si Shoghi Effendi pun mati juga pada tahun 1957.

Agama baha’i diselia (dikawal) oleh Majlis Rohani Baha’i hingga hari ini. Sumber hukum mereka adalah dari buku-buku tokoh-tokoh mereke yang terdahulu.
3. KEPERCAYAAN :

Okay kita dah cakap pasal perjalanana agama baha’i, kita cakap pasal kepercayaan baha’isme, bagaimana ya? Hmmmm

Baha’isme ini ada 3 prinsip utama.

1. Kesatuan antara tuhan
2. Agama
3. Manusia.
Konsep ketuhanan mereka hampir sama dengan Islam seperti tuhan hanya satu, tidak beranak dan diberanakkan, yg mencipta segalanya dan lain-lain.

Agama ini juga memperjuangkan hak keseramataan lelaki dan wanita (feminist suka la ni) dari sudut ritual keagamaan dan kehidupan sosial
Dari sudut penyatuan manusia, baha’isme mengajar pengikutnya supaya bersih dari segala prasangka buruk terhadap kelompok lain. Ini kerana boleh menimbulkan perbalahan.

Berikut ada senarai tokoh Baha’i yang mengakui sebagai rasul. Image
Disebabkan nak menjaga pendamaian antara agama, seruan jihad & peperangan juga digugurkan. Kalau dalam Islam, lari dari medan peperangan salah satu dosa-dosa besau bapak ar (orang Melaka punya style cakap).
Selain itu juga, Baha’isme melarang penganutnya menyertai politik, juga motif yang sama iaitu mengelakkan perbalahan.
Agama ini juga mengamalkan konsep sinkritisme iaitu gabungan beberapa agama dalam satu naungan iaitu Baha’I seperti Islam Yahudi, Hindu,Buddha, Kristian & Zoroaster.

Contoh agama lain sinkristisme adalah agama Sikh, iaitu mencampur adukkan konsep Islam & Hindu.
4. RITUAL :

Macam kita Islam, solat 5 kali sehari kan, tapi baha’i 3 kali sehari, tak kisah nak buat kat rumah ka atau di rumah ibadat mereka bernama Mashriqul Adhkar, atau nama lainnya Kuil Lotus yang bermaksud

“Tempat pujian kepada Tuhan"
Ini adalah contoh rumah2 ibadat mereka.

1. New Delhi, India. (Dibuka pada 1986)
2. Norte del Cauca, Colombia. (Dibuka pada 2018)
3. Kampala, Uganda. (Dibuka pada 1961)
4. Wilmette, Illinois, United States (Dibuka pada 1953) ImageImageImageImage
Baha’isme juga dianjurkan untuk membaca kitab suci Baha’i dan berpuasa pada 21 Mei setiap tahun.

Seperti syariat Islam juga, Bahai’isme melarang penganutnya minum arak, berzina, homoseksual dan berjudi.
5. KITAB SUCI :

Kitab suci mereka banyak, kebanyakkannya ditulis oleh Baha’ullah sendiri seperti yang paling agung Kitab-I-Aqdas itu sumber hukum2 utama dlm baha’iyah.

Dan Kitab-I-Iqan yang lebih kepada pembentukan pegangan. ImageImage
Ada beberapa tokoh yang bawa konsep penyatuan dalam agama ini pada zaman silam, antaranya :

1. Akhbar Khan dengan menamakan konsep itu “Din Ilahi”
2. Agama Cao Dai di Vietnam
3. Agama Unitarian Universal.
Mungkin ada yang tertanya.

“Salah ke cakap semua agama ini sama?"

"Tuhan kita dengan diorang sama jelakan?”

Wow, tersangatlah salah & bahaya wahai saudara-saudari yang dirohmati Allah sekalian. Fuh macam bagi khutbah.

Sebab apa salah? Ayuh kita lihat.
1. Dalam Islam, apa yang paling awal dan penting adalah akidah kita, kalau akidah kita dah lain dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka dari segi fiqh, social life semua tak diterima.
Akidah yang tidak boleh diterima dari baha’i wujudnya Rasul baru selepas Rasulullah SAW, sedangkan kita semua maklum dan beriman Nabi SAW adalah Nabi yang terakhir.

Maka ianya akan mencalarkan rukun iman kita yang ke 4 iaitu beriman kepada Nabi dan Rasul.
Contoh mudah nak bagi, ada je salah satu mazhab syiah ni iaitu syiah Zaidiyyah yang fiqhnya hampir sama dengan Ahli Sunnah, cuma.......
.....disebabkan mereka berpegang untuk dahulukan Saidana Ali dalam segala hal, contohnya Saidina Ali yang sepatutnya jadi khalifah pertama dan bab metafizik yang lain seperti orang fasik kekal dalam neraka.

Maka mereka tergolong juga dalam akidah yang sesat.
Akidah ini umpama akar pada sebuah pokok mengikut analogi Asy’ariyyah Wal Maturidiyyah (Ni nama wahabi tak suka dengar ni, haha).

Kalau akarnya rosak, tidak kukuh.

Maka rosaklah segala dahan, ranting dan buahnya. Image
2. Dalam Islam, kita semua maklum agama Islam saja benar pada masa yang sama kita juga diajar untuk menghormati agama lain. (Dalil)

Tapi bukan dengan cara menyatukan agama-agama lain dalam satu akidah.

Matlamat tak menghalalkan cara.
Kerana ini akan membuatkan tanggapan penganut lain dan orang luar yang agama mereka juga benar dan menganggap Islam ini tiada prinsip yang kukuh sehingga boleh dicampur adukkan agama untuk mencapai matlamat iaitu kesejahteraan antara agama.
Apa yang kita boleh ambil ibrah(pengajaran) dr Baha’i sesat ini?

1. Paling utama sekali adalah akidah kita, kalau kita mantapkn tauhid Ahli Sunnah kita dahulu, kalau ada ajaran sesat yg lain cuba pengaruhi kita, maka mereka tidak dpt kerana akidah kita sentiasa dgn Ahli Sunnah.
Jadi in case in future nanti, jangan disebabkan kita baca matlamat sesuatu kelompok itu seperti mereka memperjuangkan kedamainan, atau hak sesetengah kelompok.

Kita terus sokong dan cakap mereka golongan benar.

Chill, rileks dulu.
Betul, LGBT tu ada je perjuangkan hak wanita seperti faktor gaji dan sebagainya, tapi disebabkan diselitkan juga ideologi & perjuangan hak LGBT nya, maka tidak boleh kita sokong LGBT apatah laginya LGBT sudah haram dalam Islam.
Banyak lagi NGO yang jelas benar akidah mereka memperjuangkan hak wanita. Cuma kebiasaanya kita suka pandang kelompok yang ada kontroversi dulu. Yang buat kerja takde kontroversi ni kita macam tak pandang sangat. Hmmm well.

Tanyalah diri sendiri tu okay😗
Sat naa, kita nak pi brekpesh jap.

Lapau.

Tunggu au.
Okay dah.

2. Kalau korang nak tahu,hakikat manusia ni memang tak pandai langsung nak cipta agama sendiri yang tiada kaitan dengan agama lain. Pasti mereka akan ceduk sedikit sebanyak dan mengubah isi dari agama lain, lalu dijadikan agama baru.
Contoh agama Hindu, kalau korang kaji lebih dalam ada asal-usul wujudnya agama Hindu, ada disabitkan dengan nama & dakwah Nabi Ibrahim a.s seperti Tuhan Brahma itu asalnya dari nama Nabi Ibrahim. Macam orang Yahudi & Kristian, diorang panggil Nabi Ibrahim a.s “Abraham”.
Itu nanti aku buat thread lain okay. hehe

And aku buat pasal agama sesat Baha'i ni juga sebab ada twitter user ni request pasal agama Baha’i, rasanya 6 bulan lepas, tapi hari ini baru aku buat, sebab weekend ni aku tak kerja. Haha

Jahat teruk mirul.
Okay itu saja, nanti saya share lagi naa.

JazakAllahukhair 🌿
Rujukan

1. 50 Agama Di Dunia, antara risalah dan wahyu

-Ahmad Iqram Ahmad Noor

2. Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?

-Ahmad Iqram Mohamad Noor

3. Ilmu perbandingan agama, suatu Pengenalan

-Ghazali bin Basri

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 𝘼𝙢𝙞𝙧𝙪𝙡𝙓

𝘼𝙢𝙞𝙧𝙪𝙡𝙓 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AmirulRuslam

Apr 6
Tahukah kita?✨

Bermain2 dlm berdoa adalah berdosa seperti:

“Ya Allah, jika dia bkn jodohku, maka jadikan dia jodoh aku juga”

“Ya Allah, jika dia memilih org lain, aku pun org juga”

“Ya Allah, ini zaman sulit, ke sana ke sini cari2 duit..”

Hal ini kerana..

#PenghuniTeologi

Image
Image
Image
..perbuatan tesebut sudah termasuk dlm istihza’ bid din iaitu bermain-main/berolok-olok dalam beragama.

Doa2 yg seolah2 kita yang memerintah/memaksa Allah SWT utk tunaikan hajat kita atau kita berdoa dlm berniat utk buat orang ketawa seperti dlm video di bawah ini adalah berdosa
Berkata Syeikh Shalih Fauzan di dalam kitabnya Aqidah At-Tauhid wa Bayanu Ma Yudoduha Wunqishuha...

"Mempermain-mainkan agama adalah murtad dari Islam dan keluar dari agama sama sekali"
Image
Image
Read 6 tweets
Mar 29, 2023
🫧MUDAHNYA MANDI WAJIB🫧🚿

Mandi hadas? Mandi wajib? Mandi junub?

Susah ke?

Betul ke byk langkah kena buat barulah mandi wajib kita dikira sah?

Haaa….

Tahukah kita?

Bagaimana tatacara mandi wajib yang sah?

Apa sunnah yang ada di dalamnya?

Let’s go.😊

#PenghuniTeologi
Bertemu saya lagi Muallim Amirul dalam rancangan yang tak dirancang.

Jadi persoalannya yang drastik kita boleh tanyakan sekarang tentang isu ini.

Sebab apa kena mandi wajib?
Bagaimana nak mandi wajib?

.....
......

Ada sunnah ke dlm ibadah mandi wajib?

Mari telusuri satu per satu.😊
Read 28 tweets
Mar 13, 2023
Kepada netizen, terutama yg muslim tapi rasa

"KeNaPa KecAm LGBT? DioRaNg Tak KaCaU kitA Pun"

"LOVE IS LovE, BiarLAH DioRaNg"

"It's ThEir HuMan RiGhT"

"BuKaNNya MereKa HinA oRanG IsLam PuN"

Alright😌, let see and read this thread:

#PenghuniTeologi
"LGBT maNa AdA MemBERi KeSan Pada anak-AnaK kiTa dan GenerAsi AkAn DaTanG!"

Heh, nak terberak dengau.
Siap buat channel ye muslimin dan muslimat sekalian nak doktrin masyarakat untuk normalisasikan kehadiran LGBT dalam dunia ni.

Read 17 tweets
Mar 11, 2023
Ada satu cerita masa aku shot wedding, waktu tu sesi bergambar pengantin dan tetamu.

There was a makcik yg kinda kaya from her appearance, jd dia hulur henfon dia kat aku.

Aku pun ckp elok2

"Oh sorry puan, kami tak ambil gambar guna fon tetamu🙂"

Dia still hulurkan...
..pada aku sambil goyang2kan fon dia depan aku seolah-olah dia lantakkan saja apa yg aku ckp td.

Aku ulang benda sama dan tambah sikit

"Oh maaf ya puan, mmg kami tak ambil fon tetamu, puan boleh minta someone untuk ambilkan🙂"

Dia bls kat aku dengan nada yg agak lantang...
"Alaaaa ambil lah pakai henfon I satu, I pakai iphone 12 ni"

Aku malas nak cerita banyak, aku keluarkan henfon aku juga, tunjuk kat makcik tu dan berkata

"Puan, saya pula iphone 13 promax🙂"

Terus makcik tu tarik muka dan naik ke pelamin bergambar dengan pengantin.
Read 4 tweets
Sep 12, 2021
Kalau jiwa tak kental nak hadapi risiko perjuangan ideologi YANG KAU RASA BETUL tu, nasihat saya tak payah perjuangkanlah.

Bila kena kritik, kau main block-block orang, attack personal orang dan paling sampah kau pi relating your mental issue yang orang tak tahu pun.

Lembik.👌🏻
Dalam bahasa mudahnya percakapan orang Melaka,

"Kalau hati tak kering, jangan cari pasal"

Berapa ramai dah feminist attack dan kritik saya dalam DM or reply, sedikit pun saya tak pernah block mereka, attack personal saya walaupun saya ada cukup maklumat.

Tapi itu bukan...
..prinsip saya. Pegangan saya, saya dah tahu saya nak bidas golongan pemikiran sesat ni, bermaksud saya dah bersedia nak hadapi risiko.

Dalam erti kata lain

"Pandai buat, pandai tanggung"

jadi saya akan tanggung risiko dalam membidas mereka ini.
Read 4 tweets
Sep 12, 2021
In any ideologies of Islam, kalau kita nak perjuangkn hak sebagai seorang manusia tanpa belajar, memahami & mengamalkan dahulu tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, beginilah jadinya.

Ada sbb knp Islam mengharamkn sesuatu perkara, supaya tindakan kita tidak memakan diri.👌🏻
Ntahlah, lama-lama saya dah macam tak tahu nak betulkan macam mana lagi pemikiran-pemikiran sesat dalam Islam ni.

Sedangkan mereka sendiri sudah nampak kerosakan moral dan sosial yang berlaku kesan daripada perkara mungkar dan maksiat yang mereka perjuangkan itu.
Bukanlah bermaksud saya nak abaikan tanggungjawab saya dalam terus mengamalkan amar makruf nahi mungkar sebagai seorang pelajar agama.

Cuma bila berlaku kesan buruk atas tindakan perjuangan maksiat mereka sendiri, kita yang mencegah kemungkaran pula disalahkan nanti.

Allahu.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(