Kali ini bukan pasal ajaran sesat, kalau manjang share ajaran sesat je aku risau lama-lama orang takut nak singgah twitter aku, haha
Jadi kita seimbangkan cakap pasal satu lagi displin ilmu Usuluddin, iaitu Tareqat & Tasawwuf.
Mungkin ada diantara kita pernah je dengar perkataan “Tarekat” & “Tasawwuf” ni. Ada yang nampak tasawuf ni macam mazhab, ada yang kata tarekat ni cakap sesat terus.
Haa, jadi hari ini abe miyol akan share pengenalan tasawwuf dan tarekat, seterusnya wirid yang kita biasa baca ini dari tarekat mana?
Hayyabina (Maghi Kito!)
Macam biasa. Ana eken behegikan tupik ini, fuh teruknya sleng arab aku,
Kepada 4 Bahagian.
1. Definisi. 2. Tareqat yang sesat 3. Amalan wirid di Malaysia dari Tariqat? 5. Penutup
1. DEFINISI
TASAWUF :
Definisi tasawuf ini ada pelbagai, tapi saya bagi beberapa jela.
1. Diambil sempena seorang lelaki bernama
Al Ghauth Ibn Mur Ibn Ud In Tabikhah Ibn Ilyas Ibn Mudhar, (Fuh Panjangnya)
Beliau mendapat gelaran “Sufah” kerana beliau menghabiskan kehidupan hanya beribadat kepada Allah SWT di Masjidil Haram.
2. Sebahagian Ulama’ berpendapat asal perkataan tasawuf dari “Suf” iaitu pakaian yang dibuat dari bulu kambing dan pakaian kebiasaan para ahli sufi.
3. Ini antara pendapat majoriti ulama’ iaitu tasawuf berasal dari perkataan “Sofa’ yg bermaksud suci kerana sufi lebih fokus untuk membersih rohani dlm menjalani kehidupan.
Ini diantara pendapat2nya lah, korang boleh pilih mana2, Cuma jgn gaduh2 okay, aku rotan sorang2 nanti.
TAREKAT juga banyak pendapat ulama’, tapi majoritinya berpendapat ianya membawa maksud “Jalan”. Iaitu jalan membawa kepada kebenaran (tasawuf).
Perkataan “toriq” ada digunakan di dalam Al-Quran, antaranya :
Bayang ada sebuah rumah yang mempunyai banyak jalan penjalan kaki.
Semua arah penjalan kaki itu akan pergi dan bertemu pada arah yang besar, iaitu rumah tersebut.
Maka rumah itu adalah tasawuf, pelbagai penjalan kaki itu adalah tarekat untuk ke arah tasawuf.
-Mungkin diantara kita nak kata
“Saya ada dengar bang, ada ustaz/zah kata tarekat ni sesat, siap berzikir main menari terkinja-kinja lagi”
Haa, jom kita lihat
Secara hakikatnya tarekat ini tidak sesat dan tiada masalah, tapi disebabkan sesetengah kelompok atau individu yang membawa tarekat secara salah, itu yang membuat orang pandang tarekat itu sesat.
Contoh pernah terjadi dulu, isu zikir menari di Malaysia.
Dalam Hadith Nabi SAW ada beritahu yang sahabat berzikir sambil-sambil "menggerak-gerakkan badan", antaranya :
Sebahagian ulama' kata HARAM, sebahagian ulama' pula kata HARUS jika pergerakannya itu kecil sekadar menggerakkan kepala atau bahu kiri ke kanan berulangkali.
Maksud disini, selagi ianya berpada-pada dan masih dalam landas syariat, tiada masalah.
Kadang-kadang hal ini terjadi disebabkan ada anak murid yang taksub dengan tarekat, padahal tok guru dia tak salah dan mempengaruh apa-apa pun. Kadang-kadang disebabkan tok guru/anak murid kata sesuatu yang membawa pesongan akidah seperti....
mengatakan mereka sudah capai ma’rifat Allah sampai mereka katakan tak perlu solat dah kalau dah masuk tarekat, atau rasa diri lebih suci dari orang lain.
Orang kata “Gila isim”, kalau gila-gila remaja, itu movie.
Kita ambil contoh pada situasi yang berbeza, andai kata anda melihat seorang ahli Sunnah itu mencarut & berkata lucah, adakah kita terus boleh kata “Semua ahli Sunnah ini tidak baik akhlaknya”
Tidak boleh kan? Maka begitulah dalam kita menilai sesuatu hakikat dalam hidup ini.
Tapi berbeza pula dengan hakikat yang dah sesat tapi pengikutnya melakukan kebaikan.
Contoh syiah itu sesat, tapi ada seseorang syiah itu tidak mencarut & berkata lucah. Adakah terus kita boleh kata syiah ini tidak sesat disebabkan ada seorang yang melakukan kebaikan?
Tidak boleh juga, saya kena jelaskan panjang sedikit dari sudut ini, supaya tidak ada kelompok salahguna konsep hakikat kebenaran dalam falsafah hidup.
2. TAREKAT YANG SESAT :
Berikut Antara tarekat yang diwartakan sesat di Malaysia :
Pernah tak kita tertanya & terfikir wirid yang kita biasa amalkan di Malaysia ini datang dari mana? bagaimana sejarahnya.
Mungkin kita sekadar cakap
“Oh wirid ini datang dari ulama nusantara sekian sekian”
Tapi mesti kebanykkan ulama’ ada bertarekat juga kan? Cuma ada diantara mereka yang tunjuk tak tunjuk saja. Atau mungkin sebahagian kita tiada keinginan untuk ambil tahu, hehe
Biasalah ramai yang nak ambil tahu artis Drama Korea dia je.
(Samalah kita)
Maka asal usul wirid kita selalu baca ini datang dari ulama nusantara bernama Sheikh Abdul Rauf Singkel yang bertarekat Syattariyah. Beliau lahir di Singkel, Barat Aceh. Beliau lahir pada 1615M-1693M, sekitar kurun ke 7.
Beliau mendapat sanad (pertalian) zikir daripada seorang sheikh Ahmad Al Qushashi, kemudian pada awalnya zikir ini dikenali sebagai
1. Al Awrad AL Madaniyyah 2. Al Awrad Al Qushashiyyah
Tarekat Syattariyah disabit nama pengasasnya Abdullah Al Syattar (1428M-1485M)
Contoh kalau nama hang Comel, tapi hang ada pemikiran sendiri. Jadilah Comeliyyah kalau sudut bahasa arabnya bila kita tambah huruf ta marbutoh dibelakang perkataan bila melibatkan pemikiran. (iklan)
Maka zikir ini disusun dan dikumpulkan menjadi satu wirid.
Dari segi istilah, wirid ini bermaksud amalan yg kita lakukan kebiasaannya dilakukan berulangkali. Contoh, setiap pagi sambil kita siapkan breakfast, kita berzikir alhamdulillah 33 kali, haa ini dipanggil wirid.
Lalu Sheikh Abdul Rauf Singkel pun susun zikir-zikir menjadi satu wirid dan boleh didapati di dalam kitab beliau :
1. ‘Umdat al-Muhtajîn ila Suluk Maslak al-Mufradîn
(Pijakan bagi Orang-orang yang Menempuh Jalan Tasawuf,)
2. ‘anbîh al-Mâsyî al-Mansub ila Tarîq al-Qusyâsyî
(Pedoman bagi org yg Menempuh Tarekat al-Qusyasyi)
Maka, tanpa kita sedar, majoriti muslim di Malaysia mengamalkan tarekat Syattariyah. Tu yg agak pelik ada org kata tarekat itu ini sesat, tapi habis solat berwirid juga mcm biasa. Sekeh kang.
Mungkin ada tertanya,
“Kenapa para ulama’ tasawuf nak susunkan zikir-zikir ini untuk masyarakat? Siap ada bilangan lagi bagai. Sedangkan dalam Islam, wirid tiada dalam hadith & Al-Quran, yang hanya ada amalan berzikir”
Itu betul, memang tiada dalil untuk kita berwirid selepas solat, ada sebahagian anggapnya bida’ah ada sebahagian lagi lebih kepada meraikan uruf setempat. (khilaf)
Tapi tapi tapi…… ada dalil yang Nabi SAW berzikir selepas solat, antaranya :
Kenapa ulama’ susunkan zikir-zikir menjadi wirid untuk kita?
Mudah jawapannya, supaya nak mudahkan kita, kita tak perlu nak susah-susah nak susun sendiri mengikut kelebihan zikir-zikir yang ada. Kita tinggal nak amalkan saja.
Contoh lain, tahu tak konsep Akidah Sifat 20 atau Tauhid 3 serangkai tiada pun dalam dalil tentang bagaimana seorang muslim itu nak faham akidah.
Tapi ulama’ elaborasikan(syarah) untuk kita, susunkan, berikan nama konsep supaya masyarakat awam senang nak faham dan...
...tidak mentafsirkan semberono yang boleh membawa kemudaratan pada diri sendiri.
“Jadi boleh tak kalau saya nak berzikir subhanAllah sekali saja selepas solat, saya taknak ikut orang lain berwirid?”
Boleh, silakan.
“Boleh tak juga kalau saya nak halang orang lain dari berwirid dan ikut berzikir selepas solat seperti saya saja?”
Itu tidak boleh geng, wah banyak cekadak kau. Anda perlulah juga menghormati uruf(budaya) setempat. (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/41)
Kang panggil wahabi marah, gurau.
4. PENUTUP
Jadi thread sekadar nak beri penjelasan hakikat ilmu tasawuf & tarekat. Kalau nak cakap pasal sesat ni, kita jaga sehebat mana pun sesuatu hakikat tu, disebabkan berlaku peredaran masa, pasti akan ada orang di dalamnya sendiri nak rosakkan keadaan.
Tak payah pergi jauh, selepas Rasulullah SAW wafat saja, selepas beberapa hari, berapa ramai dah murtad? Berapa ramai yang claim jadi Nabi baru?
Inikan pula tarekat, politik, pemerintahan dan sebagainya.
Sepesen macam tu je geng coraknya.
Persoalannya disini adakah kita boleh halang sesuatu buruk itu berlaku? Jawapannya tidak. Tapi kita boleh berusaha saja untuk jaga dan kekalkan apa yang baik sebaik mungkin dan berdakwah mereka yang sesat, kembali pada jalan Allah SWT.
Selebihnya biar Allah SWT yang tentukan.
JazakAllahukhair.
RUJUKAN :
1. Tarekat dan Tasawwuf, para pensyarah KUIS 2. Wirid Selepas Solat, Dr Sulaiman Ibrahim 3. Ajaran Sesat (Mengenali Jalan Yang Terpesong), Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
“Ya Allah, jika dia bkn jodohku, maka jadikan dia jodoh aku juga”
“Ya Allah, jika dia memilih org lain, aku pun org juga”
“Ya Allah, ini zaman sulit, ke sana ke sini cari2 duit..”
Hal ini kerana..
#PenghuniTeologi
..perbuatan tesebut sudah termasuk dlm istihza’ bid din iaitu bermain-main/berolok-olok dalam beragama.
Doa2 yg seolah2 kita yang memerintah/memaksa Allah SWT utk tunaikan hajat kita atau kita berdoa dlm berniat utk buat orang ketawa seperti dlm video di bawah ini adalah berdosa
Berkata Syeikh Shalih Fauzan di dalam kitabnya Aqidah At-Tauhid wa Bayanu Ma Yudoduha Wunqishuha...
"Mempermain-mainkan agama adalah murtad dari Islam dan keluar dari agama sama sekali"
Kalau jiwa tak kental nak hadapi risiko perjuangan ideologi YANG KAU RASA BETUL tu, nasihat saya tak payah perjuangkanlah.
Bila kena kritik, kau main block-block orang, attack personal orang dan paling sampah kau pi relating your mental issue yang orang tak tahu pun.
Lembik.👌🏻
Dalam bahasa mudahnya percakapan orang Melaka,
"Kalau hati tak kering, jangan cari pasal"
Berapa ramai dah feminist attack dan kritik saya dalam DM or reply, sedikit pun saya tak pernah block mereka, attack personal saya walaupun saya ada cukup maklumat.
In any ideologies of Islam, kalau kita nak perjuangkn hak sebagai seorang manusia tanpa belajar, memahami & mengamalkan dahulu tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, beginilah jadinya.
Ada sbb knp Islam mengharamkn sesuatu perkara, supaya tindakan kita tidak memakan diri.👌🏻