Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat.
Setiap tuduhan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian.
Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan
...
NCITs boleh digunakan lebih2 lagi pada musim pandemik untuk mengurangkan risiko “cross-contamination” sekaligus mengurangkan penyebaran virus.
1. Mengurangkan risiko penyebaran penyakit (non contact)
2. Mudah digunakan
3. Mudah dibersihkan
4. Mengukur suhu dengan kadar lebih cepat
Walau bagaimanapun, cara penggunaan NCIT perlu tepat dengan mengambil kira jarak dan kedudukan dengan dahi.
Menurut Feng Luzhao, seorang researcher dari Chinese Center for Disease Control and Prevention, IR thermometers berfungsi dengan menerima radiasi thermal yg disebarkan oleh tubuh manusia sendiri.
Alat tersebut MENERIMA RADIASI, bukan MENGELUARKAN RADIASI.
Kalau tak tahu, bertanya. Jangan sesuka hati keluarkan video yang boleh mengelirukan orang ramai.
Ramai netizen cuma baca intro sahaja kalau buat THREAD.
Penat saya taip panjang2, last2 ada juga buat kesimpulan video tu milik saya dan mempersoal ijazah sy.
Buat yang baca sampai habis, TAHNIAH, sebarkan ilmu selagi mana ia bermanfaat ya