My Authors
Read all threads
Suasana di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Pengamal media hanya dibenarkan masuk ke perkarangan pada pukul 8 pagi. Bagi media yang ingin mengikuti keputusan dalam kamar, ada pas khas yang disediakan. @501Awani
[Imbas Kembali] Kronologi kes SRC Najib beta.astroawani.com/berita-malaysi…
[Imbas Kembali] Bekas Perdana Menteri itu mahu kes tersebut dibicarakan dengan adil, dan tidak mahu ia digugurkan hanya kerana permainan politik. astroawani.com/berita-malaysi…
Selain daripada tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta SRC International, Ahli Parlimen Pekan itu juga menghadapi tiga pertuduhan melibatkan dana RM27 juta dari syarikat yang sama. Perbicaraan kes ini bermula 5 Julai, 2021. google.com.my/amp/www.astroa…
Kelaziman dalam perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin kanan politik. Difahamkan ada yang penyokong dari luar Lembah Klang, berkampung di masjid berhampiran Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak semalam bagi menzahirkan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Dari 8 pagi, ke 8.30 pagi, kini 9 pagi pula. Media yang mempunyai pas khas bagi perbicaraan #KesNajibRazak hanya dibenarkan masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah pukul 9 pagi. Hanya peguam sahaja dilepaskan buat masa sekarang.
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan bersama bersama sebilangan besar penyokong berbaju #BossKu menzahirkan solidariti kepada bekas Perdana Menteri itu. #KesNajibRazak
Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar 930 pagi tadi bagi mendengar keputusan berhubung perbicaraan kes SRC International. Liputan telekomunikasi agak terhad tadi. #KesNajibRazak @501Awani
Keadaan keselamatan di hadapan perkarangan Kompleks Mahkamah diperketatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. #KesNajibRazak @501Awani
Taken from Nooryana’s IG just to share the glimpse of how many.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah masuk ke kamar 10.17 pagi tadi bagi menyampaikan alasan penghakiman dan keputusan berhubung #KesNajibRazak. Watch this space.
[Terkini] Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.

Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. @501Awani #KesNajibRazak
Masih ada enam pertuduhan, iaitu tiga berkaitan pecah amanah dan tiga lagi mengenai penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Hakim sedang menyampaikan alasan panghakiman. #KesNajibRazak
Sementara itu, polis sudah memberi amaran menggunakan loudhailer kepada penyokong di luar kompleks untuk melakukan penjarakan sosial atau berdepan tindakan tegas. #KesNajibRazak
[Terkini] Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta dari SRC International.

Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. @501Awani #KesNajibRazak
“Pihak pendakwaan berjaya buktikan kes tanpa keraguan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung 3 tuduhan pecah amanah, dan 3 tuduhan pengubahan wang haram di bawah AMLA. Oleh itu, saya dapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atas 7 tuduhan tersebut." #KesNajibRazak
Ketika ini sedang berlaku proses rayuan untuk mengurang hukuman oleh pasukan pembelaan. Ketua Peguam Bela Muhammad Shafee memohon agar diberi tempoh sehingga Isnin untuk mereka lihat kembali alasan penghakiman. #KesNajibRazak @501Awani
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali tangguh hingga 2 petang ini untuk memutuskan sama ada boleh atau tidak proses mitigasi ditangguh ke hari Isnin depan. Jika pembelaan gagal beri alasan munasabah, maka proses mitigasi dan jatuh hukuman akan dijalankan hari ini juga. #KesNajibRazak
Sementara itu di luar Kompleks Mahkamah ada rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Najib Tun Razak, selepas mendengar keputusan mengenai kes itu. Mereka menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. #KesNajibRazak @501Awani
Memandangkan beliau telah disabitkan bersalah atas kesemua pertuduhan, maka Najib tidak dibenarkan meninggalkan mahkamah. Beliau kini ditempatkan di sebuah bilik sementara menanti proses seterusnya 2 petang ini. #KesNajibRazak
Dalam proses menentukan hukuman, pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan jumlah denda sebanyak RM420 juta, 10 kali nilai dana yang telah diseleweng dari SRC International Sdn Bhd. #KesNajibRazak
Dalam penutupan hujah, pihak pendakwaan mohon Najib dikenakan denda lima kali nilai dana yang telah diselewengkan iaitu sebanyak RM210 juta, berserta hukuman penjara maksimum 20 tahun. #KesNajibRazak
Sementara itu seorang lelaki lingkungan 20an ditahan kerana cuba menceroboh ke dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dengan cara memanjat pagar, kira kira 6.15 petang tadi.
Hukuman #KesNajibRazak

1. Salah guna kuasa: 12 tahun + denda RM210 juta
2. Tiga pertuduhan pecah amanah: 10 tahun x 3
3. Tiga pertuduhan seleweng dana: 10 tahun x 3
Hakim perintah kesemua hukuman berjalan serentak. Bermaksud 12 tahun penjara + denda RM210 juta. @501Awani
Jika bekas Perdana Menteri itu gagal membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, Hakim Mohd Nazlan perintah tambahan lima tahun hukuman penjara. @501Awani #KesNajibRazak
@501Awani Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Hakim Mohd Nazlan akhirnya putuskan Najib Tun Razak dibenar ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin esok

Beliau juga diarah melaporkan diri ke balai polis berhampiran kediamannya setiap 1hb dan 15hb setiap bulan. #KesNajibRazak
Details on this press conference soon. Agak barai sekarang. Basically they’re looking forward to the process of appealing.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Initial: FA

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!