My Authors
Read all threads
Teori dan Asal Usul Nama Negeri Perlis

[Ini adalah thread]
Perlis adalah merupakan negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia dan satu ketika dahulu, kawasan negeri Perlis berada di bawah naungan kerajaan negeri Kedah.
Terdapat banyak bukti-bukti bahan pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu, Beseri yang menunjukkan kewujudan penempatan awal kawasan negeri ini satu ketika dahulu. Jadi, pernahkah anda terlintas bagamana negeri Perlis diberi nama?
Teori pertama ada menyatakan bahawa dahulunya kawasan di negeri Perlis ini dikenali sebagai kayang atau kayangan. Nama Perlis ini diambil daripada nama seseorang individu yang bernama Tok Perlis.
Tok Perlis adalah seorang warga tua yang dikatakan amat warak dan dianggap seorang keramat. Beliau amat dihormati dan dikenali penduduk tempatan sehinggakan nama beliau diangkat sebagai nama negeri Perlis.
Antara teori lain yang ada berkenaan dengan asal usul nama negeri Perlis ini adalah berkenaan dengan perkataan dari bahasa siam iaitu Phrau Loi. Perkataan Phrau Loi ini membawa makna sebagau kelapa hanyut.
Kisahnya orang-orang siam sering menggunakan laluan sungai di Kuala Perlis untuk ke Kedah. Mereka mendapati bahawa terdapat banyak kelapa hanyut yang ada di sungai tersebut.
Lama-kelamaan, perkataan Phrau Loi turut digunakan oleh penduduk tempatan sehingga bertukar sebutan menjadi Perlis.
Teori ketiga yang menceritakan tentang asal dan usul nama negeri Perlis ini sebenarnya berasal dari perkataan melayu iaitu peroleh yang membawa maksud sebagai kurnia daripada kerajaan negeri Kedah.
Oleh kerana loghat penduduk tempatan di dalam kawasan negeri Perlis begitu pekat kedengarannya, semakin lama sebutan nama peroleh tertukar menjadi sebutan Perlis.
Teori ke empat pula merujuk kepada kawasan di negeri Perlis yang ada terlalu banyak pasir jerlus. Keadaan tanah yang lembut dan jika terdapat beban diatasnya, pasti akan tenggelam.
Lama-kelamaan, sebutan pasir jerlus menjadi gelaran perlus untuk kawasan sekitar negeri Perlis sehinggalah tertukar dengan sendirinya dari perkataan perlus hang menjadi Perlis.
Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato’ Yazid bin Mat dalam buku Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat menyatakan bahawa nama negeri Perlis sebenarnya diambil dari nama pokok iaitu Pokok Perlis yang dahulunya banyak tumbuh di kawasan negeri Perlis.
Sumber : Freddie Aziz Jasbindar

Subscribe : t.me/mathadesmelayu
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Mat Hades

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!