>>>Chit Chat Kesihatan Mental<<<
Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020, kami dengan besar hati bekerjasama dengan beberapa pertubuhan lain dalam merancang satu program yang istimewa diberi nama Chit Chat Kesihatan Mental 2020.
Program yang akan diadakan pada 17 Oktober 2020 ini menjadi acara kemuncak bagi Kempen Cakna Kesihatan Mental 2020 yang sedang berlangsung sekarang.
Anda bukan sahaja berpeluang mendapat pendedahan mengenai penyakit mental dari pakar kesihatan mental, tetapi juga perkongsian istimewa daripada pejuang-pejuang pesakit mental yang mungkin akan memberikan anda inspirasi dan motivasi.
New intake yang akan masuk UIA dah tahu ke sistem koku UIA ni macam mana?
Buat yang belum tahu, UIA ada menyediakan empat badan beruniform tau! Bukan tu je, Usrah Budi pun ada empat tau. Tapi semua pelajar UIA perlu ke ambil usrah?
Ini adalah thread tentang kokurikulum di UIA.
“Wajib ke koku ni?”
Sebenarnya, pelajar UIA memang tak boleh lari dari kokurikulum ni sebab itu adalah requirement untuk setiap pelajar UIA untuk graduasi.
Persoalannya, korang nak ambil aliran mana satu?
Secara asasnya, ada tiga aliran kokurikulum yang disediakan di UIA antaranya:
1. Main Stream Programmes (Aliran Biasa) 2. Niche Area Programmes 3. Uniform Bodies (Badan Beruniform)
AGIHAN SUMBANGAN PROJEK RAMADHAN FASA 1
Sumbangan saudara dan saudari telah selamat disampaikan kepada wakil penduduk PPRT Sg. Kertas yang mana penerima manfaatnya ialah seramai 30 buah keluarga.
Sumbangan yang berupa makanan asasi ini telah didanai oleh tabung Projek Ramadhan yang telah dilancarkan pada Ramadhan yang lalu dengan kerjasama antara Harmoni IIUM, IKRAM Gombak dan Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity IIUM.
Buat pengetahuan saudara dan saudari, Harmoni IIUM mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan penduduk PPRT Sg Kertas ini berikutan pelaksanaan projek kelas tusyen percuma “Guide Me Project” yang telah dijalankan pada tahun 2018 dan 2020.
TABUNG RAMADHAN SG MAKMUR & PPRT SG KERTAS
Pada 12 April, sebanyak 143 buah keluarga Sungai Makmur telah diberikan bantuan berupa makanan asasi bagi menampung keperluan sepanjang waktu PKP.
Ramadhan kali ini, pihak kami membuka semula tabung sumbangan fasa kedua yang menyasarkan bantuan kepada 50 buah keluarga Sg Makmur dan Foodbank PKP PPRT Sg. Kertas.
Sebanyak RM1,000 sahaja yang masih diperlukan agar projek bantuan ini dapat diteruskan.
Usaha ini adalah kolaborasi di antara pihak Harmoni IIUM, IKRAM Gombak dan Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity IIUM.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
564799127587 (Maybank)
PERTUBUHAN IKRAM DAERAH GOMBAK
Rujukan : Sg Makmur
APA PERSIAPAN KITA UNTUK MENYAMBUT RAMADAN?
2 hari lagi menuju Ramadan, apa persediaan anda? Jangan risau kalau anda belum bersedia, kami sediakan 4 persiapan untuk anda supaya Ramadan kali ini benar-benar bermakna.
1. Persiapan Minda Dan Akal
Baca, tonton atau dengarkan tazkirah dari Ustaz/Ustazah kegemaran anda mengenai bulan Ramadan. Setelah itu, jangan lupa mind-setting dan rancang bagaimana anda hendak menghadapi bulan Ramadan.
2. Persiapan Emosi Dan Spiritual
Perbanyakkan ibadah sebelum Ramadan, seperti solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, dan lain-lain. Buangkan segala perasaan iri hati, riak dan dendam kepada orang lain. Niatkan ibadah-ibadah yang kita bakal lakukan, ikhlas dan tulus kerana Allah.
ODOJ kini kembali!
One Day One Juzuk (ODOJ) HARMONI merupakan satu komuniti yang menggerakkan inisiatif untuk meningkatkan pembacaan Al-Quran di bulan Ramadan secara istiqomah 💪🏼 melalui aplikasi WhatsApp.
Bukan itu sahaja! ODOJ juga ada membekalkan;
a) ADR Live & Ramadanlicious, untuk kita menghayati dan memahami al-Quran,
b) Perkongsian tips dan trik, sepanjang menjalankan ibadah dalam bulan Ramadan,
c) You, Me & Islam, meningkatkan kefahaman asas kita dengan melihat sisi keindahan Islam
d) dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lanjutan bersama ODOJers untuk menyemarakan lagi bulan Ramadan al-Mubarak ini!