My Authors
Read all threads
Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru saja mengumumkan ia akan mengiktiraf Israel dan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

UAE adalah negara Arab ke-3 yang berbuat demikian, selepas Mesir (1979) dan Jordan (1994).
Walaupun Israel dan Palestin tak ada dasar macam "One-China" di mana kalau negara iktiraf PRC (China) maka tak boleh iktiraf ROC (Taiwan), tindakan UAE tetap dikecam oleh ramai yang melihat tindakannya membelakangi perjuangan orang Palestin.
Ye lah kalau dah berkawan dengan Israel macam mana nak fight untuk kepentingan Palestin. Jadi kebanyakan negara majoriti Muslim/Arab mengamalkan dasar tidak mengiktiraf Israel sehingga hak Palestin dikembalikan.
Tapi UAE justify tindakannya sebab Israel turut menangguhkan perancangan penaklukan (annexation plan) yang diumumkan pada awal tahun ni ke atas sebahagian besar kawasan Tebing Barat milik Palestin secara "de jure" (mengikut undang-undang).
Secara "de facto", Palestin tak mempunyai kawalan ke atas kawasan tersebut kecuali kawasan sekitar Jericho.
Parti-parti Zionis yang lebih right-wing berbanding Netanyahu seperti Yamina pun kecam Netanyahu sebab tak laksanakan annexation plan. Namun menjalin hubungan dengan sebuah negara Arab still boleh kira kejayaan bagi pihak Israel, lagi pun Netanyahu kata tangguh bukan batal.
UAE mengikuti jejak Mesir dan Jordan. Mesir sebab nak dapatkan balik Semenanjung Sinai yang ditawan Israel dalam Perang Enam Hari (tahun 1967).
Keputusan Presiden Anwar Sadat tersebut menyebabkannya dibunuh oleh ahli kumpulan Egyptian Islamic Jihad yang anti-Israel.
Kemudian Jordan pun buat yang sama pada tahun 1994 susulan Perjanjian Oslo antara Israel dan Palestin. Jordan pada tahun 1988 pun agreed melepaskan kedaulatannya ke atas Tebing Barat yang ditawan Israel dlm Perang Enam Hari supaya orang Palestin boleh mendirikan semula negara.
Itu negara Arab. Kalau nak kira negara majoriti Muslim yang mengiktiraf Israel, Turki lah pertama. Sejak 1949 lagi. Tapi waktu tu Turki rejim sekularis dan tak ambil port isu Palestin yang dianggap isu Arab.
Selepas Erdogan dan AKP take charge, baru diorang jadikan pembelaan umat Islam serantau agenda Turki, baru hubungan baru start tak ngam dengan Israel. Pernah putus hubungan kejap pastu sambung balik sampai sekarang.
Iran pun iktiraf Israel pada tahun 1950. Tapi waktu tu Iran diperintah oleh Shah yang juga tak kisah sangat dengan sentimen Islam. Selepas Shah digulingkan oleh Ayatollah Khomeini pada tahun 1979, maka Iran menjadi archenemy Israel.
UAE mengiktiraf Israel pun ada kaitan dengan Iran. Negara2 Arab Teluk seperti Saudi & UAE dah lama anggap Iran sebagai ancaman utama. "Enemy of my enemy is my friend", perkongsian common enemy (Iran) menyatukan UAE & Israel.
Benda ni pun diusahakan oleh Trump yang mahu wujudkan pakatan Israel-Saudi-UAE-Mesir menentang Iran.
Tapi kenapa UAE bukannya Saudi? Bukannya Saudi tu lagi otai dari UAE ke kalau ikutkan. Ada 2 kemungkinan.
Pertama, Saudi nak jaga imej & keabsahannya. Walaupun hubungan Saudi-Israel tu open secret, tapi selagi ia tak iktiraf secara rasmi, masih dikira OK.

UAE jadi proksi Saudi & tanggung kecaman sebab kedudukan UAE tak se-sensitif Saudi yang merupakan "penjaga dua kota suci".
Kedua, Saudi dan UAE sebenarnya dah lama tak ngam. Dalam Perang di Yaman pun boleh perasan Saudi dan UAE sokong faction yang berbeza. So UAE ambil peluang cantas Saudi dan membuktikan nilai diri kepada US.
UAE sekali lagi membuktikan bahawa dalam politik antarabangsa, tiada teman yang kekal atau musuh yang abadi. Yang kekal dan abadi hanya kepentingan dan survival.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!