Konsortium Wakaf Profile picture
Sep 6, 2020 21 tweets 4 min read Read on X
'Saya cuma ada RM20 je & mak suruh sedekahkan, tak lama selepas tu pertolongan datang tanpa disangka-sangka' - Berkat dari amalan bersedekah Image
‘Tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima.’ Satu perumpaan yang menggambarkan nikmat sedekah itu memberikan makna yang cukup besar kepada penerima. Oleh sebab itu kita digalakkan untuk bersedekah kepada sesiapa sahaja.
Nikmat sedekah ini juga turut dikongsikan oleh seorang lelaki. Beliau ketika itu buntu memikirkan untuk meneruskan perjalanan kerana wang yang ada pada tangannya tidak mencukupi. Dia menghubungi ibunya dan menceritakan masalah tersebut.
Ibunya menasihatinya untuk bersedekah. Kuasa sedekah, bukan sahaja telah memudahkan urusannya, malahan rezekinya juga bertambah.

CERITA masa di UKM. Lebih kurang 20 tahun lalu. Malam ni saya teringat satu cerita.
Cerita semasa masih belia remaja lagi. Masa saya ditahun pertama di UKM, saya selalu berulang alik dari Muar ke Bangi. Masa tu arwah abah sedang sakit.

Satu hari saya pulang lewat. Masa zaman tu bukan macam zaman sekarang semua kemudahan ada, handphone ada, bas senang.
Masa itu tak semudah sekarang. Kalau nak balik Muar perlu turun naik 4 bas baru sampai.

Dari rumah ke bandar Muar, dari Muar ke Pudu Raya. Dari Pudu Raya ke Kajang. Dari Kajang barulah ke UKM.
Satu hari, saya terlambat. Masa tu arwah abah dirawat di hospital Batu Pahat. Jadinya makin jauhlah perjalanan saya yang perlu naik bas untuk balik belajar. Cuti pun sabtu dan Ahad sahaja.

Saya sampai ke Pudu Raya jam 12 tengah malam. Bas ke Kajang dah habis.
Dalam fikiran saya, perlulah saya tunggu esok untuk balik UKM tetapi masalahnya seawal 8 pagi saya ada exam yang perlu saya hadir. Teksi pun tak ada ,dan duit pun tak banyak ada. Tak Ada Grab macam sekarang.

Saya susah sangat, mati akal nak ikhtiar macam mana.
Saya telefon rumah dan nak bercakap dengan mak. Sekurang-kurangnya saya dapat ketenangan.

Saya cerita dgn mak. Lama juga dapat call mak. Mak suruh saya sabar. Dia tanya saya duit dlm poket ada berapa?. Saya kata ada RM20 je. Cukup-cukup tambang ke UKM. Kalau lebih pun sedikit.
Mak suruh saya pecahkan duit kecil-kecil. Mak suruh saya sedekahkan je duit yang saya ada. Saya cakap dengan mak, itu je duit yang saya ada.

Ingat lagi pesan mak. "Sedekahlah, bila sedekah nanti kita dapat tiga perkara. Pertama ketenangan, keduanya kekuatan
dan ketiganya kejutan dan keajaiban". Masa itu saya tak faham apa yang mak maksudkan.

Setelah saya fikir, saya tak ada apa-apa pun yang boleh saya buat masa itu. Sudah tak ada orang yang boleh membantu saya. Saya ikutlah cakap mak.
Mak suruh saya cari anak-anak yang tak ada rumah dan berbaring kat situ, orang susah atau sesiapa sahajalah yang susah.

Saya ambil duit RM10 dan saya pecahkan duit kecil seringgit. Saya berjalan mencari anak-anak untuk saya sedekahkan duit yang sedikit itu.
Saya jumpa seorang pakcik yang sedang mencari kotak dalam tong sampah dan saya berikan duit padanya. Saya jumpa dua orang anak yang masih kecil lingkungan 10 tahun tidur di bangku dekat Pudu Raya itu. Saya berikan sedikit sedekah.
Benar kata mak. Saya lebih tenang dan kuat. Saya mampu tersenyum.

Saya ke surau utk solat. Saya lepak sebentar di luar surau. Dtg seorang anak muda bertanya yang saya mahu ke mana?. Saya ceritakan, saya mahu ke Kajang. Lebih 10 minit kami berbual dan dia pergi utk urusannya.
Tiba-tiba pemuda itu dtg lagi. Dia maklumkan yang ada seorang pakcik tersesat dan bertanya mahu ke Bangi. Masa tu tak ada Google Map. Dia minta saya bantu pakcik itu. Terkejut saya. Pertolongan yang tidak disangka-sangka datang. Benarlah sedekah mendatangkan keajaiban.
Saya dapat bantu pakcik tu ke rumah anaknya di Bangi. Saya boleh pulang ke UKM dan ambil exam. Saya dapat sedekah dari pakcik itu RM50.

Sejak itu saya benar-benar percaya yang sedekah mendatangkan lebih banyak rezeki.
Sedekahlah bila anda senang dan lebih nampak impaknya sedekahlah tika anda sedang dlm keadaan sukar kerana ianya lebih payah.

Adakah anda berbisnes? Jika ya impak sedekah lebih bermakna. Org bisnes memang mahu hidupnya tenang, dpt sokongan dan ianya mengharapkan sebuah kejutan.
Adakah anda sangka semua pelangan yang anda dapat itu satu kebetulan? Bagaimana Allah tarikan hati mereka berurusan dengan anda. Mereka tidak kenal anda. Marketing hanyalah medium sahaja. Lebih ramai orang yang mempunyai strategi marketing tetapi masih tidak berjaya.
Contoh paling terdekat bila saya dapat peluang bisnes sedangkan saya tak pernah mengenali mereka semua sebelum ini. Allah yang aturkan.

Perkongsian dari Coach Bahar
Baca juga : Hutang Banyak Tak Dapat Bayar?

Ini adalah "Thread 20 Amalan Buat Rezeki Mencurah-Curah"

#Bismillahirrahmanirrahim , Skim Wakaf Al Quran (Sedekah Jariah) Sumbangan bulan September kini dibuka.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Konsortium Wakaf

Konsortium Wakaf Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(