Saya kongsi cerita yang agak lucu dari rakan kita di Facebook Apple User Group (AUG).
"Assalammualaikum. Alhamdulillah phone saya dah jumpa. Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspectnya yang masuk ke rumah saya.
Jumpanya dekat belakang rumah cari cari sampai masuk hutan. Saja round round belakang rumah sambil call sebab manala tau ada binatang apa apa masuk rumah cuma tak expect monyet sebab memang tak pernah ada
!!! Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut. Semua legit dia ambik."
- Kredit : Zackrydz Rodzi
Ini iPhone yang dicuri oleh monyet yang dikongsi oleh tuan sebenar iPhone yang hilang tersebut.
U Mobile kembali dengan penawaran pakej iPhone 16 yang pastinya membuatkan ramai teruja!
Dengan pelan U Postpaid 68 serendah RM68 sebulan, kini lebih ramai pengguna boleh memiliki iPhone 16 idaman mereka.
Nikmati kelajuan internet ultra pantas 5G dan 4G dengan kuota sehingga 1,000GB, perkongsian titik penghala (UltraHotspot 5G), perayauan global percuma di 63 destinasi dan panggilan tanpa had melalui pelan U Postpaid.
Rasai fleksibiliti serta penjimatan hebat melalui U SaveMore atau U PayLater bergantung kepada bajet anda.
Sebagai contoh, jika anda memilih iPhone 16 Pro 256GB dan melanggan pelan U Postpaid 68 melalui U PayLater.
Tahun 2023 bakal melabuh tirai, ini bermakna tiada lagi produk baharu dilancarkan oleh Apple.
Secara peribadi, tahun ini dianggap suram, meskipun Vision Pro telah merevolusikan realiti maya / terimbuh.
Gambar : @business
Selain Vision Pro, Mac Pro (M2 Ultra), MacBook Air 15-inci, iPhone 15, AirPods Pro 2 (USB-C), Apple Watch Siri 9, Apple Watch Ultra 2, MacBook Pro, iOS 17, iPadOS 17, tvOS 17, watchOS 10 dan macOS Sonoma merupakan produk yang dilancarkan tahun ini.
Setakat ini tidak dipastikan bila jualan rasmi bagi Vision Pro, namun memungkinkan suku pertama tahun hadapan.
Saya percaya, sambutan terhadap produk ini tidak rancak seperti iPhone atas faktor harga dan jualan tertumpu di Amerika Syarikat (AS).
Pengeluar wajib untuk menawarkan telefon pintar yang membolehkan penukaran bateri secara kendiri (self) tanpa perlu hantar ke pusat servis
Peraturan ini ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) bermula 2027 melibatkan semua pengeluar telefon termasuk iPhone
Gambar : @RasmusNielsen
Maklumat ini bukanlah baharu dan pernah dibincangkan beberapa tahun lalu.
EU dilihat rancak melaksanakan peraturan yang memihak pengguna serta beri kesan kepada pengeluar telefon secara langsung.
EU sebelum ini telah mewajibkan peranti pintar menggunakan USB-C dan sekali gus menyebabkan Apple terpaksa beralih ke USB-C untuk iPhone, AirPods dan lain-lain bermula tahun ini.
Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk naik taraf dari iPhone XS ke iPhone 14 Pro. Rakan-rakan Twitter boleh jadi saksi saya tidak naik taraf iPhone setiap tahun semata-mata mahu jadi orang terawal memiliki iPhone terkini.
iPhone 15 Pro akan dilancarkan tahun ini, apa yang saya lakukan adalah menabung melalui aplikasi MAE.
Saya seperti anda juga, tidak berkemampuan untuk memiliki semua yang kita hajati. Tapi kita boleh berusaha untuk mendapatkannya asalkan tidak berhutang.
Berhutang tidak salah, tapi perlu lihat pada keadaan dan situasi.
Saya pernah membuat ansuran pembelian iPhone melalui kad kredit dengan kadar faedah 0%.
Saya ingin memberi nasihat kepada sahabat Twitter untuk berfikir waras jika anda telah terjerat dengan pinjaman/ansuran iPhone.
Terdapat segelintir warga maya telah terjerat dengan hutang iPhone dan memaksa mereka mendapatkan bantuan untuk sambung bayar.
Adakah dia sedar tindakan tersebut akan merumitkan lagi situasi yang dia hadapi?
Dengan menyerahkan iPhone dan mempercayai individu tersebut membayar pinjaman, ia merupakan tindakan yang kurang bijak.
Penyerahan iPhone kepada orang kedua tidak akan mengubah sebarang perjanjian ke atas penama pinjaman.
Ini bermaksud, orang yang anda serahkan iPhone atas dasar kepercayaan, boleh sahaja tidak membayar pinjaman berkenaan, memandangkan kontrak bukan atas nama dia.