[HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG DAN IKAT RAMBUT]

Sebelum kita membahaskan berkenaan dengan Hukum, ingin saya kongsikan keadaan rambut Nabi صلى الله عليه وسلم kerana Baginda adalah contoh yang terbaik untuk kita jadikan sebagai ikutan.
Didalam Kitab Syamail Muhammadiyyah karangan al Imam Tirmizi ada membicarakan satu bab khusus berkenaan rambut Nabi صلى الله عليه وسلم dengan mendatangkan beberapa hadis yang menceritakan keadaan rambut Nabi. Diantaranya :
1- Daripada Anas Ibn Malik berkata : adalah rambut Nabi صلى الله عليه وسلم itu sampai kepada separuh daripada telinga Baginda.
2- Daripada al Bara' Ibn 'Azib : Rambut Nabi صلى الله عليه وسلم menyentuh dua daun telinga Baginda صلى الله عليه وسلم .
3- Daripada Anas Ibn Malik : Bahawa Rambut Nabi صلى الله عليه وسلم itu menyentuh bahu Baginda صلى الله عليه وسلم.

Maka daripada 3 hadis ini, dapat kita simpulkan bahawa Rambut Nabi ada 3 keadaan dan dinamakan sebagai : Wafrah, Limmah dan Jummah.
Wafrah : Panjang rambut itu sampai ke daun telinga
Limmah : Panjang rambut itu melebihi daun telinga sampai ke bahu ataupun tidak.
Jummah : Panjang rambut itu sampai ke bahu.

Dan Nabi صلى الله عليه وسلم tidak pernah mencukur rambut melainkan ketika : Umrah Qadha', Hudaibiyah dan
Ketika di Ji'ranah dan Haji Wida'.

Dan Nabi صلى الله عليه وسلم tidak pernah memendekkan rambut Baginda melainkan hanya sekali sahaja.

Maka apa yang kita dapati bahawa, Nabi صلى الله عليه وسلم sering memanjangkan rambut Baginda berbanding memendekkan rambut.
Jadi kesimpulannya adalah, memanjangkan rambut bagi lelaki itu, adalah diharuskan. Dan sekiranya berniat untuk mengikut sunnah Nabi, maka ia mendapat ganjaran pahala kerana ikut akan sunnah. Tetapi ada syarat iaitu perlu dirapikan dan kemaskan rambut tersebut.
Manakala berkenaan dengan Mengikat Rambut yang Panjang.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم pernah mengikat rambut(buat dandan) :
1- Daripada Ummi Hani' Binti Abi Talib : Aku telah melihat Nabi mempunyai 4 tocang(dandanan).
Maka kata al Imam Bajuri :
Mendandankan rambut bukanlah dikhususkan untuk kaum perempuan sahaja. Tetapi ia juga diharuskan bagi lelaki juga walaupun kebanyakkan negara menjadi adat bahawa dandanan/ikatan rambut itu adalah menjadi tanda perhiasan perempuan.
Kesimpulan dari huraian saya :
1- Harus bagi lelaki untuk memanjangkan rambutnya.
2- Wajib dia memuliakan rambutnya dengan menjaga dan merapikan rambut tersebut.
3- Panjang rambut itu tidaklah seperti perempuan.
4- Tidaklah berniat untuk menyerupai wanita/ahli maksiat.
5- Tidak boleh bermegah-megah dan berbangga.

Info Tambahan :

" Ketika solat, adalah makruh sekiranya kita tidak melepaskan ikatan rambut. Maka sebelum solat, lepaskan rambut daripada ikatan tersebut "

Wallahu'alam.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 히샤무딘 🇲🇾

히샤무딘 🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!