GINCU MERAH Profile picture
Sep 16, 2020 25 tweets 5 min read Read on X
“KECAM MELAYU?- Malay Bashing?”

Anuar Ahmad

Pernah dengar ada orang kata “Melayu malas”, “Melayu tak pandai berniaga”, “Melayu jahat”, “Melayu kaki tipu” dan berbagai istilah lain?
Ada pemimpin politik kata orang Melayu pemalas, Ada pensyarah universiti kata pelajar Melayu manja, Ada majikan syarikat kata pekerja Melayu tak boleh diharap. Ada pelanggan kata peniaga Melayu tak jual barang berkualiti.
Macam macam dikata tentang Melayu. Semua ini adalah satu keadaan yang disebut sebagai ‘Malay Bashing- Kecam Melayu”.
Jika orang Melayu tak bersedia dan tidak faham fenomena ini, akan ada nanti sebahagian orang Melayu yang perlahan-lahan menerima dan bersetuju dengan amalan “Malay Bashing” ini.
Mereka mula akan berkata ‘memang pun Melayu Malas”, “memang pun Melayu miskin” dan sebagainya.Seterusnya kerana sentiasa diulang -ulang “malay bashing” ini, akhirnya orang Melayu akan percaya dengan label-label ini.
Mereka percaya itulah mereka. Bila sudah percaya, akhirnya orang Melayu akan mula bertingkahlaku begitu. Manusia bertingkah laku mengikut apa yang dia percaya. Seorang anak jika diulang ulang bahawa dia ‘bodoh’ oleh ibubapa dan gurunya, maka dia akan percaya dia bodoh.
Maka dia akan mengambil tingkahlaku mewakili sifat orang bodoh. Anak-anak yang percaya mereka ‘bodoh’ akan takut bertanya soalan, takut menjawab soalan, tidak bersedia menawarkan diri untuk memimpin kumpulan dan sangat kurang memberikan pendapat sendiri.
Saya tidak nafikan memang ada Melayu malas, memang ada Melayu kaki tipu. Melayu kaki pembohong pun ramai. Melayu kaki makan rasuah pun ada. Tapi bukan semua Melayu begitu. Itu sifat individu bukan mewakili sifat bangsa Melayu.
Ramai pelajar Melayu yang rajin dan cemerlang, ramai pekerja Melayu jujur dan ramai peniaga Melayu yang berjaya. Tapi ini jarang disebut-sebut.
“Ethnic Bashing” adalah satu kaedah yang sistematik samada secara dirancang atau mungkin secara tidak dirancang untuk menjatuhkan kekuatan dan keyakinan diri di dalam sesuatu kaum atau bangsa
.Di era penjajahan Inggeris, para pegawai kolonial menggunakan kaedah ini untuk merasionalkan matlamat mereka untuk membawa masuk pekerja untuk bekerja di lombong bijih timah dan estet gerah. “Melayu malas” kata mereka.
Bacalah tulisan Frank Swettenham, “The Malay Sketches (1888) yang mengambarkan betapa Melayu adalah bangsa yang malas. 90 tahun kemudian, tulisan beliau telah dikritik hebat oleh Syed Hussein Alatas di dalam buku beliau “The Myth of The Lazy Native” (1978).
Kerana ratusan tahun di bawah penjajah melalui agenda “Malay Bashing” ini, orang Melayu menjadi bangsa yang inferior (rendah keyakinan diri). Mereka tak berani menjadi peniaga. Mereka mula berfikir bahasa Melayu tak ada masa depan.
Mereka melihat adat budaya Melayu ketinggalan zaman. Melayu adalah tradisional. Melayu tidak moden. Orang Melayu mula berfikir kehidupan mereka lebih sesuai di kampung.
Mereka mula berfikir kerja pertanian dan kerja yang mendapat upah paling sesuai untuk mereka. Berniaga bukan untuk mereka. Apatah lagi menjadi usahawan atau pengilang.
Hinggalah ada lelucon lama yang berbunyi “Melayu tak payahlah bercita-cita tinggi sangat, buat sebatang jarum pun belum tentu boleh”Kerana amalan ‘Malay Bashing’ ini, ramai orang Melayu percaya apa sahaja dari barat adalah baik, maju dan moden.
Apa sahaja dari akar Melayu adalah tidak baik. Ambil satu contoh. Orang Melayu mempunyai warisan ilmu perubatan tradisional yang sangat hebat tapi mereka tinggalkan ilmu perubatan tradisional bangsa Melayu kerana mereka menerima sepenuhnya perubatan barat.
Mereka percaya ilmu perubatan Barat satu-satunya yang terbaik. Penjajahan mendidik mereka percaya begitu. Orang Melayu berhenti mengkaji dan membuat penyelidikan secara komprehensif dan saintifik berkaitan perubatan Melayu.
Universiti pun tidak meletakkan agenda penyelidikan perubatan Melayu sebagai agenda utama. Akhirnya perubatan Melayu hilang dan ditinggalkan. Bayangkan paten untuk perubatan pokok herba Tongkat Ali dipegang oleh MIT USA bukan universiti tempatan.
Bangsa Cina juga ada ilmu perubatan tradisional mereka. Sebagai perbandingan, di China ada lebih sepuluh buah universiti perubatan tradisional Cina. Paling besar Beijing University of Chinese Medicine (BUCM) yang dibuka pada tahun 1958, mempunyai 22 ribu pelajar dengan 15 fakulti
. Saya berpeluang ke sana beberapa tahun yang lalu. BUCM menawarkan lebih 10 program PhD dan puluhan program sarjana. Juga berpuluh program sarjana muda dalam bidang perubatan Cina.
Pelajar antarabangsa datang belajar di universiti ini tentang perubatan tradisional Cina dari lebih 52 buah negara. Ada Universiti Perubatan Melayu di Malaysia yang menawarkan ijazah, sarjana dan PhD? Mengapa tiada?
Sebabnya kita tidak percaya pada diri sendiri. Kita percaya ilmu perubatan Barat satu-satunya ilmunya perubatan terbaik.

“Malay Bashing” ini akan berterusan. Jika tidak disedarkan anak-anak Melayu, mereka akan perlahan-lahan terus hilang keyakinan diri sebagai satu bangsa.
Sebab itu bangsa Melayu kena tolak agenda “Malay Bashing” yang melanda mereka sekarang. Ini perlu dilakukan dengan lebih bersatupadu, bekerja kuat, jangan irihati sesama bangsa, sokong menyokong dan paling utama meningkatkan ilmu pengetahuan
.Kita kena sebarkan seluasnya supaya lebih ramai orang Melayu sedar isu ini. Kita tidak boleh lagi bertolak ansur pada sebarang usaha merendahkan minda Melayu melalui agenda “Malay Bashing” ini. Cukup-cukuplah… Kecam Melayu.

Rujukan thesundaily.my/archive/stop-m…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with GINCU MERAH

GINCU MERAH Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(