Sab nak elakkan nama shades terlalu common dan nak nama shades yang dekat dengan semua rakyat Malaysia tak kira kaum.
Start dengan nak letak nama kaum (Melayu/ Cina/ India), lepastu nak letak nama pakaian tradisional sampai lahh nak letak nama wanita dari setiap kaum! 😂 *cutie
Finally, kami pilih nama shades inspirasi dari ‘slang’ atau bahasa rojak yang biasa kita dengar Malaysian guna. ☺️
Rasa lebih dekat dengan jiwa semua kaum di Malaysia dan of course lebih catchy! 💃🇲🇾
Shades 1 : OK SIS
Sis = kakak
Biasanya guna ganti nama sis untuk panggil orang lain (perempuan) dengan panggilan yang lebih sopan / hormat.
“Ok sis, nanti saya buat payment”
.
Panggilan sis ganti ‘kakak’ tu dah common lagi lagi kat media social atau whatsapp. Kan? 😍
Code : #oksis adalah rosy-pink shades. Warna pink ni antara yang paling susah nak produce sebab tak senang nak match dengan semua skin tone.
Ok sis? Confirm match tak kisah lah awak fair, tanned atau dark skin! 😍
Shades 2 : YA KAH?
Kita guna bila nak dapatkan confirmation betul ke tak maklumat yang kita dengar.
“Ya kah?”
“Ye ke??”
V1 : “Wehhh kau tau takk diorang tu dah cerai?!”
*gosip
V2 : “Omg....ye ke?!”
.
Ada tak kawan korang yang tak lepass guna ayat ni setiap hari? Haha!
Peminat tone brick caramel orangy, wajib beli shades #yakah ! Senang gila nak match dengan any warna baju / tudung. 🍊
Confirm akan jadi fav korang 😍💜
Malas nak makeup? Apply je shades ni terus nampak ‘siap’!
Shades 3 : OTW
Otw = dalam perjalanan
Tapi biasanya yang cakap otw tu still kat rumah sebenarnya! 🤣
+++
“Aaaa i otw ni!”
*kat rumah lagi
Janji pukul 3, dah pukul 3.30
“Otw, otw. Jalan jem,”
.
Tag lahhh kawan korang yang suka bagi alasan ‘otw’ kalau dah lambat! 😛🤣
Shades #otw - tone nude peachy orangy. Sab panggil shades ni ‘nude for all’.
Kenapa?
Even tanned skin pun sesuai; tak perlu takut nampak pucat kalau tak makeup! Sesuai sangat untuk daily look.
Kalau suka buat ombre lips, shades ni korang wajib ada 😍💜
Shades 4 : CHUP!
Chup = kejap
Chup = booking sesuatu
“Chupppp ni aku punya!”
“Chupppppp nak makan kat mana ni??”
“Chup chup chup! Ulang balik jap apa kau cakap tadi,”
.
Korang pun biasa guna tak? *siap pakej tangan ya 🤣