Kali ini bukan bercakap pasal fotografi, kita rehat dahulu.
Hari ini kita cakap tentang ilmu usuluddin.
Iaitu tentang Al-Quran dan Hadith.
Lebih khususnya tentang Qasasul Anbiya’
Bkn yg bila org cucuk lubang hidung kau, kau boleh cucuk lubang hidung dia balik tu.
Itu Qisas bang, lain tu.
Qasas ni Jama’(plural) dari perkataan Kisah lalu menjadi kisah2, Anbiya’ pula jama’ bagi Nabi.
Jadilah Kisah2 para Nabi.
Tapi hari ini, saya bkn nak ajau bahasa arab.
Pernah tak di zaman sekolah rendah anda, atau anda pergi dengar ceramah agama.
Some of para asatizah cakap kisah Para Nabi, contohnya Nabi Nuh a.s, mereka katakan
“Kaum Nabi Nuh a.s yang berak & kencing di bahtera beliau, jilat dan sapu kembali najis mereka setelah dapat tahu..
...ada orang buta yang sembuh disebabkan terkena najis dari bahtera beliau”
Pernah dengar?
Ataupun, pernah dengar kisah Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikhah, perempuan yang pernah menodai beliau?
Persoalannya sekarang adakah babak-babak ini mempunyai kesahihannya?
Atau hanya sekadar kisah Isra’iliyyat?
Mari kita mulakan.
Bismillah....
First, apakah maksud isra’illiyat?
Bila kita sebut Isra’il, majoriti maklum ianya gelaran kepada Nabi Yaakub a.s yang bermaksud “Hamba Tuhan(Allah).
Tapi bagaimana pula bila ditambahkan “liyyat” dibelakangnya?
Bukan liat yang susah nak bangun tidur tu, tu kau.
Secara mudahnya,
isra’illiyyat ni maksudnya kisah-kisah yang bersumberkan dari ahli kitab, ianya dari agama Yahudi dan Nasrani (Kristian).
Tapi kebiasaannya Ahli Kitab ni lebih merujuk kepada orang-orang Yahudi kerana ianya lebih dominan.
Bagaimana ianya berlaku?
Wujud bebeberapa orang yahudi masuk Islam di zaman Nabi, sahabat atau tabi’in , yang duduk di Madinah & Mekah, menjadi ulama’.
Kemudian mereka mengajar para sahabat & memasukkan kisah-kisah umat terdahulu dari kitab mereka ke dalam kitab2 Islam.
Antara Yahudi yang masuk Islam di awal peradaban Islam:
-Abdullah bin Salam
-Kaab Al Ahbar
-Wahab bin Munabbih
Kadang-kadang mereka ini bukanlah berniat jahat masukkan kisah isra’iliyyat dalam tafsir seperti nak rosakkan Islam ke apa.
Tapi disebabkan kisahnya ada di dalam kitab mereka (Talmud & Taurat).
Maka mereka masukkan sekadar “penambah rasa”
Seperti dikatakan, ulama’-ulama’ Islam di zaman itu yang belajar kisah-kisah para Nabi dengan mereka ini (Yahudi yang masuk Islam).
Lalu diselitkan kisah-kisah isra’iliyyat dalam kitab mereka, bercampur dengan Al-Quran & Hadith.
Tapi mereka tidak menerimanya bulat-bulat. Mereka menapisnya berlandaskan akal dan syarak.
Terdapat beberapa kitab tafsir yang memasukkan sedikit kisah isra’iliyyat didalamnya.
Antaranya
-Tafsir Ibnu Kathir
-Imam Al-Qurtubi
Tapi mereka menjelaskan di dalam kitab mereka yang ianya isra’iliyyat atau ianya dari hadith yang lemah kerana faktor perawinya.
Cuma apabila wujud beberapa golongan selepas generasi mereka tidak terus menjelaskan ianya isra’iliyyat di dalam kitab mereka sendiri.
Dan wujud musuh-musuh Islam yang sengaja menambahkan kisah-kisah Israi'liyyat di dalamnya.
Akhirnya masyarakat yang mendengar tidak tahu ianya isra’iliyyat, lalu ada yang sampai taksub, akidahnya terpesong dek kerana mereka jadikan ianya sebagai hujah dan pegangan.
Bagaimana kita berinteraksi dengan unsur isra’iliyyat dalam kisah para nabi ni?
Sebagai muslim, ada 3 hukum dalam mempercayai kisah Isra’iliyyat ni.
1. Wajib 2. Maskut ‘anhu 3. Haram jaddah.
Ceh dak aih, haram ja.
1. WAJIB.
Apabila kisah isra’iliyyat ini tidak bertentangan dengan skop Al-Quran & Hadith.
Contoh Nabi Nuh a.s ada bahtera, dalam ketiga-tiga sumber ada kata Nabi Nuh a.s ada bahtera.
Jadi kita boleh menerima.
Kerana hadith Nabi SAW juga ada bersabda
“Boleh kamu mendengar cerita dari Bani Israel, tiada salahnya (sekadar mendengar cerita)”…
(Jilid 3. Hadis Nombor 1508)
Melainkan kisah Isra’iliyyat kata Nabi Nuh a.s hadapi banjir pakai sampan ja, haa tu takyah percaya lah, kerana sambungan kepada hadith tadi tu.
“Dan siapa yang sengaja berdusta tentang aku (membuat hadis palsu), maka hendaklah ia mendiami tempatnya dalam neraka."
(Ibid)
2. MASKUT ‘ANHU
Haa mesti ada yang first time dengau, takpa2.
Kita sama-sama belajau.
Maksudnya adalah “Tidak dapat dikenalpasti kedudukannya”
Boleh jadi betul, boleh jadi salah.
Contoh kisah Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikhah.
Dalam Al-Quran dan hadith tidak diberitahu langsung nama isteri pemerintah yang menggoda Baginda itu bernama Zulaikhah.
Hanya disebut dalam Al-Quran, isteri pemerintah.
3. HARAM
Ianya jadi haram, apabila isra’iliyyat itu bertentang dengan Al-Quran dan Hadith, dan kisah itu merosakkan akidah & merendahkan martabat para nabi.
Kita ambil kisah Nabi Yusuf juga, ada yang percaya endingnya Baginda berkahwin dengan Zulaikhah, betul?
Tapi hakikatnya ianya Isra’iliyyat dalam kategori yang haram.
Kerana
-Zulaikhah itu, orang pernah yang menodai Nabi Yusuf a.s
-Suami Zulaikha tidak jelas dikatakan sudah mati untuk Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.
Jadi sebagai seorang Nabi, kita semua tahu Nabi ini sifatnya maksum (terhindar dari melakukan dosa).
Maka, amatlah pelik jika dikatakan Nabi berkahwin dengan Zulaikha ketika suaminya masih hidup dan yang pernah menodai beliau.
Di sini saya kepilkan beberapa kisah isra’iliyyat yg selama ini kita percaya
1. Anak Nabi Adam a.s Qabil membunuh Habil kerana dengki dijodohkan bukan dgn adik perempuan yg Qabil suka.
2. Pertemuan Nabi Adam a.s dan Hawa di Jabal Rahmah sebagai symbol pencarian jodoh utk muslim
3. Kisah Orang buta yang terjatuh dalam bahtera Nabi Nuh a.s kemudian sembuh, lalu semua yang pernah mengejek dan buang najis di situ, jilat kembali najis-najis tersebut sehingga licin.
4. Nabi Nuh a.s dan kaumnya buat bubur asyura selepas banjir reda.
5. Asal Usul khinzir, tikus dan kucing di dalam kisah Nabi Nuh a.s dimana ketika dalam pelayaran banjir yang besar itu, najis-najis haiwan terlalu banyak dan membusukkan bahtera, lalu Nabi Nuh a.s menggosokkan dahi gajah, lalu keluarlah khinzir yang memakan najis.
Kemudian...
...iblis menggosokkan punggung khinzir, keluar pula tikus. Kemudian Nabi balas balik dengan menggosok belakang harimau, lalu keluarlah kucing untuk makan tikus. Semenjak itu kucing dan tikus menjadi musuh.
6. Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikha
7. Nabi Ayub a.s dan penyakit yang menimpanya, dikhabarkan ulat jatuh dari nanahnya, lalu beliau angkat kembali ulat itu untuk elak ulat itu kebuluran.
Dan banyak lagi, kang aku tulis semua jadi thesis nanti.
Mungkin ada yang tertanya atau mempersoalkan.
“Tapi bang, kenapa Islam tak terperincikan kisah-kisah para Nabi sepertimana orang-orang Yahudi/Nasrani ceritakan secara terperinci tentang kisah nabi-nabi mereka?”
Haaa, let's take a look.
Islam mengajar kita bila mendengar kisah-kisah para Nabi ini untuk fokus diambil ibrahnya (pengajaran) dahulu.
Seperti mana firman Allah SWT :
Sebab kalau kita terlalu fokus pada sudut terperincinya, takut nanti kita lupa untuk ambil ibrahnya.
Dan ianya sudah berlaku pada sesetengah masyarakat muslim zaman sekarang.
Bila berborak pasal Nabi Nuh a.s, mereka ini akan cakap pasal saiz bahtera, apa jenis kayu bahteranya, hari asyura’ dan lain-lain.
Sedangkan ibrah kisah Nabi Nuh a.s ini adalah tentang perngorbanan dan perjalanan dakwah nabi Nuh a.s, bagaimana sabarnya nabi berdakwah..
....pada ummatnya selama lebih 900 tahun, dan bagaimana tabahnya nabi apabila isteri dan anaknya Kan’an tidak mahu mengikut dakwah Nabi Nuh a.s.
Seperti mana firman Allah SWT.
Firman Allah Taala: "Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian daripada...
...kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab al-Quran yang menjadi) peringatan." (Surah Taha, ayat 99)
Maka konklusinya, bila mendengar kisah isra’iliyyat ni.
Menilailah dengan elok seperti mana 3 jenis hukum yang dinyatakan tadi.
Namun jika kita sebagai masyarakat awam kurang arif dalam menilai (mentakwil & tadabbur)...
....dan kurang membaca lalu menganalisis tafsir-tafsir muktabbar yang ada. Maka menghindarkan diri dari mengambil kisah isra’iliyyat ini adalah lebih baik.
Kalau anda rasa macam bersalah sebab baru tahu ada beberapa babak dalam kisah para nabi rupanya berunsurkan isra’illiyat.
Chill.
Aku pun sama ja.
Aku baru tahu semua tu lepas aku masuk bidang Usuluddin, haha
Kalau tak, sampai ke tua lah percaya bulat-bulat.
But it’s okay as long mengaku salah, nak belajar dari kesalahan dan rajinkan bertanya pada mereka yang alim.
Kerana Allah berfirman.
Sorry dah lama tak buat thread Usuluddin.
Busy dengan job dan attack feminis, haha
So saya doakan urusan harian anda dipermudahkan okay.
JazakAllahukhair.🌿
RUJUKAN :
1. Qasasul Anbiya, Ibnu Kathir. 2. Isra’iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir, Dr. Muhammad bin Abu Syahbah 3. Misteri Bahtera Nabi Nuh a.s, Ahmad Iqram Ahmad Noor.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
“Ya Allah, jika dia bkn jodohku, maka jadikan dia jodoh aku juga”
“Ya Allah, jika dia memilih org lain, aku pun org juga”
“Ya Allah, ini zaman sulit, ke sana ke sini cari2 duit..”
Hal ini kerana..
#PenghuniTeologi
..perbuatan tesebut sudah termasuk dlm istihza’ bid din iaitu bermain-main/berolok-olok dalam beragama.
Doa2 yg seolah2 kita yang memerintah/memaksa Allah SWT utk tunaikan hajat kita atau kita berdoa dlm berniat utk buat orang ketawa seperti dlm video di bawah ini adalah berdosa
Berkata Syeikh Shalih Fauzan di dalam kitabnya Aqidah At-Tauhid wa Bayanu Ma Yudoduha Wunqishuha...
"Mempermain-mainkan agama adalah murtad dari Islam dan keluar dari agama sama sekali"
Kalau jiwa tak kental nak hadapi risiko perjuangan ideologi YANG KAU RASA BETUL tu, nasihat saya tak payah perjuangkanlah.
Bila kena kritik, kau main block-block orang, attack personal orang dan paling sampah kau pi relating your mental issue yang orang tak tahu pun.
Lembik.👌🏻
Dalam bahasa mudahnya percakapan orang Melaka,
"Kalau hati tak kering, jangan cari pasal"
Berapa ramai dah feminist attack dan kritik saya dalam DM or reply, sedikit pun saya tak pernah block mereka, attack personal saya walaupun saya ada cukup maklumat.
In any ideologies of Islam, kalau kita nak perjuangkn hak sebagai seorang manusia tanpa belajar, memahami & mengamalkan dahulu tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, beginilah jadinya.
Ada sbb knp Islam mengharamkn sesuatu perkara, supaya tindakan kita tidak memakan diri.👌🏻