TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS PERLU DIAMBIL UNTUK ISU KESELAMATAN AWAM & PEKERJA: SUSULAN KES LEBUHRAYA SUKE
1. DPPM mengambil maklum kejadian dinding parapet jatuh ke atas kereta bergerak di tapak projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE)
"Laa dharara wa laa dhirara"
"Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain". Hadis riwayat Sa'd bin Malik.
2. Nabi mengajar kita agar tidak melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri kita serta orang lain. Secara tidak langsung, jelas bahawa Islam meminta kita melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugasan dengan penuh kualiti dan teliti agar sebarang kemudaratan turut dapat dielak
3. Setiap sektor mempunyai cabaran dan risiko yang tersendiri. Sebagai seorang yang terlibat di dalam Industri Minyak dan Gas, sektor ini antara yang mengambil berat dan serius mengamalkan cara kerja yang selamat dengan tahap keselamatan yang tinggi.
“Best Industry Practice” ini dimulai dengan dengan perancangan perincian gerak kerja untuk seluruh tugasan-tugasan yang dilaksanakan sama ada rutin atau bukan rutin. Kesemua tugasan perlu mendapat permit dari pihak yang bertanggungjawab sebelum sesuatu kerja itu dilaksanakan.
4. Segala 'hazard' atau risiko bahaya di dalam setiap perincian langkah tugasan akan dikenal pasti dan diikuti dengan langkah-langkah pencegahan yang dapat meminimumkan risiko melalui JHA (Job Hazard Analysis) atau TRA (Task Risk Assessment).
Sekiranya sesuatu tugasan itu didapati berisiko tinggi dan kompleks, maka satu penilaian terhadap risiko bahaya, RA (Risk Assessment) akan dibincangkan oleh SME (Subject Matter Expert & Technical Authority) yang terdiri daripada pakar-pakar di dalam bidang tersebut.
5. Hasil perbincangan seterusnya diangkat untuk kelulusan dari pihak pengurusan tertinggi di dalam organisasi mengikut tahap risiko itu. Semua ini akan dirangkumkan di dalam Permit Tugasan (Work Permit) sebelum sesuatu kerja boleh dilaksanakan.
6. Jika berlaku sebarang insiden di tapak kerja, penyelia kerja perlu melaporkan dan memaklumkan dengan serta merta kepada pihak berkuasa pelantar atau loji.
Setiap pelantar dan loji minyak dan gas akan mempunyai TRT (Tactical Response Team) untuk mengangani insiden di tapak mengikut prosedur TRP (Tactical Response Plan).
Bantuan seterusnya dari pengurusan dalam bentuk IMT (Incident Management Team) pada insiden memerlukan bantuan pada tahap kedua (Tier 2).
7. Dalam kejadian di tapak projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) tempoh hari, walaupun Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melakukan tinjauan keselamatan serta menilai pelaksanaan tanggungjawab di semua peringkat termasuklah..
..tindakan segera Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam mengeluarkan perintah berhenti kerja segera pada pemasangan tembok parapet, TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS PERLU DIAMBIL bagi melindungi orang awam.
8. Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerjanya serta orang awam pada waktu bekerja.
Antara perkara penting yang lain ialah; “Majikan mempunyai kawalan penuh terhadap setiap aktiviti di tempat kerja, termasuk melakukan analisis risiko dan juga rancangan kawalan risiko yang efektif, sebelum membiarkan staf mereka melakukan apa-apa aktiviti kerja.”
9. Perlu diingat, dinding parapet yang jatuh ke atas kereta bergerak dapat dihindari jika semua pihak yang terlibat mematuhi sistem kerja dan prosedur yang betul berdasarkan panduan yang disetujui dan wajib mematuhi spesifikasi dan kontrak.
10. Inilah antara praktis keselamatan yang diamalkan di dalam industri. Menunjukkan betapa aspek keselamatan merupakan hal yang sangat kritikal kerana berpotensi melibatkan korban nyawa selain menjejas kepercayaan terhadap sesebuah syarikat itu sendiri.
11. Maka, DPPM memandang serius perkara ini dan akan memanjangkan kepada pihak berwajib agar tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan. Kita tidak mahu keselamatan pekerja dan rakyat tergadai.
Ir. Khairil Nizam Khirudin,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah Baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan Baginda sekarang.
“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang
Alhamdulillah rezeki sempena Ma'al Hijrah, diterima pendaftaran sebagai ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE) oleh ASEAN Chartered Professional Engineer Coordinating Committee (ACPECC).
Terima kasih Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) 😎
Setiap jurutera ACPE yang diiktiraf mempunyai kelayakan kompetensi teknikal dan profesional yang setara dengan semua negara-negara ASEAN.
Di antara kriteria untuk mendapat pengiktirafan ACPE ialah mempunyai kelayakan akademik kejuruteraan yang diiktiraf, berkelayakan jurutera
profesional di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman praktikal, mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam penyeliaan kerja kejuruteraan dan memenuhi polisi Pembangunan Profesional Berterusan BEM.
Anak muda yang bersemangat kental, akan tetap bangkit meneruskan kehidupan menambah pendapatan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Saya bangga!
Pertemuan singkat saya dengan anak-anak muda pengusaha pusat latihan silat gayung di Marang ketika menyampaikan
sumbangan kepada mereka telah membuka cerita tentang kegigihan mereka menambah pendapata dalam kekangan PKP. Mereka tidak mengalah walaupun tidak dibenarkan meneruskan latihan, tetapi bijak menyesuaikan kehidupan norma baru dengan menjalankan kelas latihan secara dalam talian.
Disamping itu, mereka juga mengusahakan projek fertigasi dan projek penternakan daging arnab bagi menampung kos operasi pusat latihan silat gayung mereka yang masih tidak beroperasi ketika ini.
Selain itu, ada juga kumpulan anak muda yang memberanikan diri menceburi bidang
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang diberikan selama ini serta kesempatan untuk hidup memasuki tahun baru kalendar Islam, 1443 Hijriyyah.
Ini bermakna peristiwa Hijrah Rasulullah SAW membangun sebuah
negara Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat majmuk semakin lama semakin menjauh daripada kita semua.
Hari ini negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang menguji kecekalan kerajaan Perikatan Nasional mengurus krisis berlandaskan kepada Maqasid Syariah.
Saya menyeru kepada semua pihak termasuk ahli politik, barisan NGO, tokoh-tokoh masyarakat serta rakyat berbilang bangsa dan agama untuk sama-sama bergandingan bahu membantu kerajaan keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 ini melalui Pelan Pemulihan Negara.
2 Syawal: Berjayakah Ramadhan kita?
[Peringatan KHUSUS buat Pemuda PAS & UMUM buat semua]
Ir. Hj. Khairil
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Alhamdulillah, semalam raya 1 Syawal 1441H. Ia disambut dgn penuh kegembiraan & sederhana bersesuaian dgn keadaan negara kita sekarang.
<thread>
Kita perlu sabar, redha dan berharap pada Allah SWT atas segala ujianNya. Pasti ada hikmah yang terbaik kepada hambaNya yang beriman.
Ramadhan pula baru saja pergi meninggalkan kita. Pelbagai amalan wajib dan sunat kita laksanakan di festival ibadah ini.
Akademi Tarbiyah Pemuda PAS (AKTAR) pula memperkenalkan Program Mutabaah Ramadhan (sebahagian dari Projek 12k Ansarullah) dgn mempertekankan beberapa amalan sunat Harian yg perlu dilaksanakan pada bulan Ramadhan & diteruskan momentumnya pada bulan Syawal ini dan bulan berikutnya.