Antara nikmat memahami etimologi Al-Quran ialah dapat lihat makna disebalik terjemahan.

Contoh: Bila solat, kita wajib baca
اهدنا الصراط المستقيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Usul kalimah Sirat ialah dari Latin, strata.
Apa makna strata?
Strata ada beberapa maksud iaitu:
1. Jalan berturap.

Di zaman Rom, jalan diturap dengan batu. Di zaman moden, jalan berturap dengan tar.
Apapun, jalan berturap lebih selesa untuk pejalan kaki berbanding jalan biasa (kecuali turap berlubang). Image
Dan masyarakat Rom membina jalan berturap dengan tepat (mengambilkira teknologi zaman itu).

Maka, sirat membawa maksud jalan berturap yang dibina dengan ketepatan - dan dikuatkan permintaan kita dengan Mustaqim (lurus, benar).
2. Erti lain bagi strata ialah dibentangkan.

Jadi, bila kita minta Siratul Mustaqim - kita minta jalan lurus yang tepat, dan kita minta supaya dibentangkan jalan ini dan menutup semua jalan lain.

Perhatikan, cantiknya Allah ikuti ayat ini dengan penjelasan pada ayat berikutnya.
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Dalam ayat ini, kita minta Allah berikan Sirat yang mana Allah kurniakan pada golongan yang diberi nikmat ke atas mereka - dan kita minta dijauhkan dari Sirat orang yang dimurkaiNya dan sesat.
Kita minta Allah kurniakan kita strata (jalan berturap, jalan tepat yang dipermudahkan kita melaluinya yang dihamparkan, menutup jalan lain) yang lurus seperti yang dikurniakan kepada orang yang diberi nikmatNya.

Dan kita minta strata ini tutup jalan golongan sesat dari kita.
P.s:
Baru habis baca ini
Perbahasan Fiqh Lughah amat menarik.

Entah mana den cari, dapat pula dengan beberapa PDF muqorror bahasa Arab lilbanat Al-Azhar. Lilbanat pun lilbanat lah.
Habis dimuatturun.
Moga dapat habiskan.
xD ImageImage

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

27 Nov
Kenapa Ijtihad bukan benda mudah?
Satu persoalan menarik.

Ijtihad bukan perkara mudah. Ia bukan semudah baca Al-Quran dan Hadis, kemudian terus buat kesimpulan dan hukum-hakam darinya.

P.s: Soalan di Curiouscat ini discreenshot pada jam 3:00 petang tadi. Baru buat bebenang.
Jika kita teliti kalimah 'Ijtihad', ia merupakan masdar (kata nama terbitan) berpola
افتعال
yang bererti untuk berusaha bersungguh-sungguh.

Maka, ijtihad ialah sesuatu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan usaha yang keras.

Ia bukan perkara mudah.
Mujtahid pula ialah isim fail atau kata nama pelaku, bagi seseorang yang melakukan ijtihad ini.

Dari segi bahasa pun, kita dapat lihat bahawa ijtihad bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha keras.

Baik, apa pula erti ijtihad dan mujtahid dari segi istilah?
Read 25 tweets
27 Nov
Dalam Surah Al-Kahfi:108, Allah SWT berfirman bahawa syurga Firdaus ialah tempat bagi golongan yang beramal soleh.

إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات كانت لهم جنات الفردوس نزلا

Apakah hebatnya Jannatul Firdaus?
Ayuh kita teliti Jannatul Firdaus dari segi:
1. Bahasa
2. Dalil
1. Dari segi bahasa, Jannatul Firdaus ialah kombinasi 2 perkataan yang sangat unik iaitu:

i. Jannah
ii. Firdaus

Apa etimologi dan signifikannya 2 kalimah ini, sehingga dinamakan Firdaus lebih unik berbanding nama syurga-syurga lain dalam ayat Al-Quran dan Hadis?
i. Kalimah
جنة
Jannah
Berasal dari akar kalimah
جنن

Ia merupakan perkataan yang berasal dari akar Semitik, Gann.
Ia boleh difahami sebagai taman.

Erti asal dalam konteks Semitiknya ialah berehat atau santai di taman.
Ia juga digunakan bagi taman yang ada banyak tanaman/kebun.
Read 20 tweets
26 Nov
Berita untuk semua pelabur saham Bursa Malaysia yang mencari rezeki halal:

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SAC SC) telah keluarkan senarai saham patuh Syariah baru berkuatkuasa 27.11.2020.

Berikut ialah info tentang perubahan status patuh Syariah saham.
Alamak! Saya ada beli saham Malaysia Smelting Corporation!

Macam mana ini? Jika dah untung, jual segera.
Jangan ragu, jangan malu. Jual segera.

Sabda Baginda SAW, kita akan ditanya akan sumber rezeki kita seperti pada frasa hadis ini:

وماله من أَين اكتسبه
(HR Tirmizi)
Jika beli saham Malaysia Smelting Corporation pada RM 0.60 seunit, dan pada waktu senarai ini dikeluarkan, harganya RM 0.85 seunit - maka perlu dijual segera pada harga pasaran dan untungnya halal untuk disimpan.

Jangan alpa dan leka, dan telitilah sumber rezeki yang halal.
Read 8 tweets
26 Nov
1. Adakah hanya 'great traits' disebutkan tentang anjing dalam Al-Quran?

2. Dalam mazhab Syafi'e, anjing itu najis. Apakah dalil disebaliknya?

3. Adakah benar ia 'personal preferences' atau ia dibelakangi metodologi/usul?

Ayuh kita teliti kenyataan yang tak cerdik ini.
1. Adakah Al-Quran jelaskan 'great traits' sahaja tentang anjing? Tak.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A'raf:176,

فمثله كمثل الكلب إن تحمل عليه يلهث أو تتركه يلهث ذلك مثل القوم الذين كذبوا بآياتنا فاقصص القصص لعلهم يتفكرون

Apa ertinya?
Lihat di untaian berikutnya.
Maka bandingannya seperti anjing, jika kau halaunya, ia jelirkan lidahnya termengah-mengah, dan jika kau biarkannya, ia juga jelirkan lidahnya termengah-mengah. Itulah bandingan bagi kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
Read 12 tweets
25 Nov
Assalamualaikum.
Den Haikal.
'Acah' penganalisis, pedagang saham separuh masa.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UM.
Kini usaha dapatkan CFA (Lulus L1, L2 incoming)

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Fizik (Jarak Jauh) USM
Diploma Syariah (Modular) di Kolej Dar al-Hikmah ImageImageImageImage
Akaun ini bertujuan untuk luahkan perasaan dan berinteraksi sebenarnya.
Juga untuk baca untaian mereka yang hebat dalam ilmu sains, agama dsb.

Ciapan den tak berfaedah mana pun. Harapnya ada lah faedahnya, (kalau ada).

Hobi den?
Baca Light Novel Jepun, Touhou, KDrama.
Inspirasi (selain Rasul dan Sahabat RA):
1. Imam Abu Hanifah
2. Imam Abu Mansur Al-Maturidi
3. Imam al-Ghazali
4. Imam an-Nasafi
5. Michael Merzenich
6. Richard Axel
7. Arthur Ashkin
8. Richard Feynman
9. Warren Buffet
10. John Bollinger
Semoga dapat ikut jejak mereka.
Read 4 tweets
25 Nov
Teringat Al-Furqan:30,

يارب إن قومي اتخذوا هذا القرآن مهجورا
Wahai Tuhan, sesungguhnya kaumku
اتخذوا
Al-Quran ini sebagai
مهجورا

Ia sering diterjemah sebagai:
Wahai Tuhan, sungguh kaumku jadikan Al-Quran ini sebagai sesuatu yang ditinggalkan.

Ada uslub menarik dalam ayat ini.
Jika kita teliti, kalimah
اتخذوا
berasal dari akar kalimah
أخذ
yang bererti ambil.

Kalimah
مهجورا
pula berasal dari akar
هجر
yang bererti tinggalkan, berpisah.

Jadi, ayat ini difahami begini:
Wahai Tuhan, sungguh kaumku mengambil Al-Quran ini sebagai sesuatu yang ditinggalkan.
Bayangkan, Allah SWT berfirman akan kata-kata Nabi bahawa Al-Quran ini diambil sebagai sesuatu yang ditinggalkan.

Ia bukan sekadar 'Al-Quran ini ditinggalkan'.
Tetapi ia lebih tepat difahami sebagai:
'Al-Quran ini mesti dilihat sebagai entiti yang mesti ditinggalkan'.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!