Sahabat EmpayarSaham Profile picture
Sep 24, 2020 39 tweets 7 min read Read on X
✅ KENALI 5 CANDLESTICK BULLISH DAN 5 CANDLESTICK BEARISH YANG BIASA DITEMUI

Dalam ilmu Technical Analysis,amatlah penting utk kita kuasai ilmu Candlestick ini.Kena faham cara utk baca candlestick dan kena kenal bullish candlestick yg menunjukkan harga saham berpotensi utk naik. Image
Dan kita juga kena kenal bearish candlestick yang menunjukkan harga saham berpotensi untuk turun.
Apa Itu Candlestick?

Candlestick merupakan salah satu cara utk menceritakan pergerakan harga saham. Carta candlestick ini sangat popular dan digemari oleh penganalisa teknikal kerana carta ini membolehkan kita menterjemahkan maklumat tentang pergerakan harga saham dengan cepat.
Terdapat tiga asas candlestick yang kita perlu tahu:

1)Badancandlestick, menggambarkan julat harga pembukaan dan penutupan

2)Bayang candlestick, menggambarkan pergerakan harga tertinggi dan terendah dalam masa sehari. Image
3) Warna candlestick, menggambarkan arah pergerakan harga, badan candle hijau (atau putih) menunjukkan harga meningkat. Sebaliknya untuk candle yang berwarna merah (atau hitam) pula, menunjukkan harga menurun.
Setelah kita telah mengenal dan memahami tentang asas dan cara pembentukan candlestick ini, kita juga boleh meramal pegerakan aliran pasaran saham dengan berpandukan bentuk candle yang terhasil apabila pasaran ditutup pada hari tersebut.
Mari kita kenali corak-corak candlestick yang sering digunakan oleh pedagang bagi membantu mereka membuat keputusan untuk jual atau beli sesuatu saham.
5 CORAK BULLISH CANDLESTICK

Corak bullish candlesiticki kebiasaannya terjadi apabila fasa aliran menurun pasaran sudah sampai ke garisan penamatnya disertai denganfasa pembetulan pada pergerakkan harga pasaran.
1.     Hammer

Candlestick Hammer ini terbentuk dengan badan candle yang pendek dan mempunyai bayang dibawah yang panjang yang menyerupai ekor. Hammer candlestick akan berada di fasa aliran menurun di dalam pasaran. Image
Hammer ini menunjukkan bahawa terdapat tekanan jualan pada hari tersebut. Namun di pengakhiran sesi dagangan, tekanan belian daripada pembeli telah berjaya menolak naik semula harga saham.
Warna hammer ini selalunya tidak begitu penting tetapi Hammer berwarna hijau adalah lebih baik berbanding merah.
2.     Inverse Hammer

Sama seperti candlestick hammer, cuma bentuk candlestick ini terbalik daripada candlestick hammer. Badan candlestick ini pendek tetapi mempunyai bayang yang panjang di atas menyerupai toncet. Image
Candlestick ini meggambarkan terdapat tekanan belian pada pembukaan pasaran dan diikuti dengan tekanan jualan pada akhir sesi dagangan.
Namun, tekanan jualan ini tidak berjaya untuk menolak harga menjadi lebih rendah daripada pembukaan. Candlestick inverse hammer ini menjangkakan para pembeli akan megawal pasaran kelak.
3.     Bullish Engulfing

Candlestick Bullish Engulfing ini terbentuk hasil daripada dua bentuk candlestick. Cadlestick yang pertama adalah candle yang berwarna merah yang berbadan pendek yang akan diliputi sepenuhnya oleh candle berwarna hijau pada hari selepasnya. Image
Pembukaan harga pada candle kedua akan lebih rendah berbanding harga penutupan untuk candle pertama. Namun, tekanan belian untuk candle kedua ini telah menolak harga saham naik lebih tinggi sehingga membentuk candle hijau yang panjang dan meliputi candle sebelumnya.
4.     Morning Star

Candlestick Morning Star ini memberi harapan ketika pasaran yang suram berada dalam fasa aliran menurun. Image
Candle Morning Star ini terdiri daripada tiga candlestick di mana ada satu candle yang kecil menyerupai bintang kecil berada di tengah antara dua candle panjang berwarna merah (pada sebelumnya) dan hijau (pada selepasnya).
Kebiasaanya, candle berbentuk bintang tersebut tidak akan bertindih dengan dua candle yang panjang tersebut. Ini kerana jurang harga ketika pasaran dibuka pada hari berkenaan dengan harga pasaran ditutup pada hari sebelumnya.
Apabila corak ini berlaku, ianya menandakan bahawa tekanan jualan sudah  mula reda dan fasa aliran menaik bakal menyusul.
5.     Three White Soldiers

Corak pembentukan candlestick Three White Soldier terhasil dalam masa tiga hari berturut-turut. Image
Corak ini terhasil apabila candle hijau yg panjang terjadi selama tiga hari berturut-turut dan candle tersebut sedang membuat fasa kenaikan sepanjang tiga hari tersebut.
5 CORAK BEARISH CANDLESTICK

Corak candlestick bearish pula kebiasaanya terjadi ketika fasa aliran menaik di dalam pasaran. Ini  menandakan fasa aliran kenaikan sudah berada di penghujungnya dan fasa aliran menurun bakal bermula.
1. Hanging Man

Candlestick Hanging Man ini mempunyai bentuk serupa dengan candlestick hammer, cuma candlestick ini muncul pada aliran fasa kenaikkan. Image
Candlestick Hanging Man ini menggambarkan terdapat tekanan jualan apabila pasaran dibuka, namun tekanan belian oleh pedagang telah berjaya menolak harga naik semula pada penutupan sesi dagangan pada belah petang.
2. Shooting Star

Untuk candlestick Shooting Star pula, candlestick ini menyerupai candlestick Inverted Hammer iaitu mempunya badan candle yang pendek dan mempunyai bayang yg panjang menyerupai ekor. Tetapi candlestick ini terbentuk ketika pasaran berada pada fasa aliran menaik. Image
Kebiasaanya,terdapat jurang harga ketika pasaran dibuka. Namun, tekanan belian menolak harga naik ke paras tertinggi bagi hari tersebut sblm ditutup pd paras yg sama seperti ketika pasaran ditutup pada hari sebelumnya. Candlestick ini kelihatan seperti tahi bintang jatuh ke bumi.
3. Bearish Engulfing

Corak candlestick Bearish Engulfing ini pula berlawanan sifatnya dengan Bullish Engulfing. Corak ini akan berlaku pada penghujung fasa aliran menaik. Image
Candle pertamanya mempunyai badan berwarna hijau yang lebih pendek dan diliputi oleh candle berwarna merah yang panjang pada hari berikutnya.
Ini menandakan kemuncak fasa aliran menaik bakal berakhir dan fasa aliran kejatuhan akan tiba. Semakin rendah harga jatuh untuk candle hari kedua tersebut, semakin kuat sentimen kejatuhan terhadap harga saham.
4. Evening Star

Candlestick Evening Star ini adalah hasil daripada tiga candle berturut-turut pada fasa aliran menaik. Image
Corak candlestick ini terbentuk apabila satu candle yang badannya pendek dan mempunyai sedikit bayang pada atas dan bawah candle tersebut, dan diapit di antara dua candle panjang hijau (pada hari sebelumnya) dan merah (pada hari selepasnya).
Ini menunjukkan pasaran akan membuat fasa pembetulan dan disambung dengan fasa aliran menurun. Tanda ini menjadi lebih kuat sekiranya candle yang ketiga lebih panjang daripada candle yang pertama.
5. Three Black Crows

Pembentukan Candlestick Three Black Crows terdiri daripada kemunculan tiga candle merah yang panjang secara berturut-turut. Image
Setiap kali pada pembukaan sesi dagangan, harga akan dibuka hampir sama dengan harga pada hari sebelumnya sebelum harga tersebut menerima tekanan jualan yang kuat dan menolak harga jatuh ke bawah sehingga pasaran ditutup.
Para pedagang mentafsirkan corak ini sebagai permulaan kepada aliran fasa menurun, kerana tekanan jualan yang kuat telah terjadi selama tiga hari beturut-turut yang membuatkan emosi perdagang bercelaru.
RUMUSAN

Demikianlah beberapa contoh candlestick popular yang sering digunakan para pedagang. Sebenarnya terdapat banyak lagi candlestick lain yang boleh dijadikan rujukan.
Pengunaan candlestick ini hanyalah sekadar ilmu tambahan kepada pelabur, kerana untuk menjadi seorang pelabur berjaya, kita memerlukan ilmu pelaburan yang lebih mendalam dan meluas lagi.

Sumber TheKapital

thekapital.my/kenali-candles…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sahabat EmpayarSaham

Sahabat EmpayarSaham Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @stEmpayarsaham

Sep 25, 2021
🥶 SAMA KE KRISIS EVERGRANDE CHINA DGN KRISIS SUBPRIME MORTGAGE 2008 DI US?

Admin rasa anda mungkin sudah membaca dan mengetahui ttg isu EVERGRANDE ini yang berkaitan dgn market China.
Malah, mungkin ade yang mengaitkan krisis EVERGRANDE ini sama seperti krisis subprime mortgage pada tahun 2008 di US. Sedikit sebanyak ini mungkin mengecutkan perut sesetengah orang utk melabur di dalam pasaran saham.
Oleh itu, dalam sharing ini kita akan cuba menyimpulkan isu EVERGRANDE dan melihat sejauh mana ia memberi kesan kpd pasaran saham.
Read 40 tweets
Sep 25, 2021
⭐ 15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME YANG WAJIB DIKETAHUI.

Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Image
Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.
Volume diplot dalam bentuk histogram dengan ketinggian histogram mewakili jumlah volume pada hari tersebut. Perubahan volume memberikan petunjuk bagaimana bull dan bear bertindak dan seterusnya mempengaruhi perubahan price.
Read 25 tweets
Jun 20, 2021
ASAL USUL ASET, LIABILITI DAN EKUITI.

"Saya cuba belajar, tapi masih tak faham apa itu aset, liabiliti, ekuiti, dividen,... semua istilah-istilah ni datang dari mana?"
Memang kadang-kala kalau baca buku saham, bila masuk bab nak terangkan istilah-istilah yang diguna dalam saham ni, ade sesetengah buku saham tak begitu friendly. Namun, tak mengapa, bagaimana kalau kita ikuti kisah di bawah?
KISAH SI PENJUAL BURGER.

Alkisah, pada satu hari, ada seorang pemuda yang bercita-cita tinggi ingin memulakan perniagaan. Dia dapati perniagaan burger mudah untuk dimula, jadi pemuda itu memilih untuk membuka gerai burger.
Read 39 tweets
May 30, 2021
👍 APA ITU VOLATILE DALAM SAHAM

Volatile bermaksud rancak. Jadi, maksud volatile dalam saham adalah kerancakan perubahan harga yang berlaku dalam sesebuah kaunter. Semakin besar harga berubah, maka semakin rancak saham tersebut.
Volatile dalam saham tidak terpalit dengan trending atau sideway phase kerana volatility hanya fokus kepada price change dan bukannya market wave.
Volatility memberikan ukuran risiko pasaran dan sentimen para pelabur. Maka tidak hairanlah Volatility juga dikenali dengan nama lain seperti ‘Fear Gauge’ atau ‘Fear Index’.
Read 20 tweets
May 26, 2021
🤒 BUSINESS SENSE & INVESTMENT RISK APPETITE.

Di dalam fundamental analysis, ikut style Admin, Admin bahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama ialah menentukan fundamental sesebuah syarikat. Di sini anda mengkaji adakah syarikat berada dlm keadaan yang kukuh atau tidak. Adakah syarikat untung atau tidak.Tujuannya ialah utk melihat kekuatan asas syarikat.

Seperti kata bidalan, kuat pokok kerana akarnya.
Bahagian kedua ialah menentukan prospek syarikat pada masa akan datang.

Di sini anda mengkaji adakah syarikat mampu utk terus berkembang dan terus menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi.
Read 11 tweets
Apr 18, 2021
🤫 MACD : RAHSIA TENTANG MACD YANG HANYA DIKETAHUI OLEH OTAI-OTAI TRADER .

Kalau ikutkan sebenarnya ramai trader yang tahu tentang teori dan psikologi MACD histogram.
Kami juga pernah share tentang teori dan psikologi MACD histogram. Bagi yang terlepas boleh baca di sini.
Tetapi, kali ni rahsia yang bakal kami dedahkan ini, hanya geng otai-otai trader sahaja yang yang tahu.

Kenapa ia rahsia?
Read 33 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(