Jika ada yang mengikuti @JarrNadjmuddean atau @AfiqShari, pasti akan ingat lebih sebulan yang lalu mereka tweet untuk doakan aku yang baru dimasukkan dalam ICU.
Mari dengar cerita aku sebagai penghidap penyakit kardiovaskular.
Pada bulan puasa, berat aku hanya seberat 82kg, cuma aku hairan, dah agak lama tak turun berat.
Sewaktu PKP, memang aku tak keluar rumah langsung. Aku hanya duduk kerana keadaan aku yang sangat kurang baik.
Aku ada masalah nafas pendek ketika itu dan aku ingatkan ini adalah masalah dari asthma aku yang memang aku hidap sejak kecil.
Memang terpaksa beli Ventolin untuk bantu pernafasan aku sebelum bergerak. Aku cepat sangat penat.
Tak seperti 2-3 tahun yang lalu, masih boleh futsal.
Aku tak tahu itu tanda jantung semakin hampir gagal. Penghujung Jun, aku sendiri jumpa @JarrNadjmuddean & @f4izalhassan di Setiawangsa.
Jarr pandang aku macam aku sakit. Even sangat ramai cakap muka aku macam sakit.
“Eh, hang sakit ke?”
“Eh, Wan kau okay tak?”
Aku terpaksa mengelak untuk jumpa kawan kawan aku kerana aku dah start penat kalau driving dengan sakit pinggang belakang kurang 1 jam.
@isufyen tahu berapa kali aku mengelak bila dia ajak jumpa.
Hakikatnya bukan aku taknak lepak, tapi untuk berjalan 10 meter dari pintu rumah untuk ambil Grabfood pun sudah sangat menyeksakan.
Apatah lagi drive sejauh 50km dari Bangi untuk melepak di KL.
Penghujung Jun, aku perasan kaki aku mula membengkak.
Aku ingatkan kerana aku tak buat physical activities yang sangat lama (pernah terkena ACL injury).
Memang sangat menyakitkan even aku duduk & perkara paling tak dapat aku terima, berat aku mula naik dari 82kg ke 85kg padahal aku tetap jaga makan.
Aku akhirnya masuk ke hospital swasta di Nilai pada 15 September.
Itu pun aku terpaksa terima hakikat, sakit ni tak boleh baik sendiri.
Diagnosis pertama di klinik biasa, ‘acute heart failure’.
Fikir aku, Ya Allah, mungkinkah hampir aku kepada kematian? 😭😭
Sampai sahaja di hospital, aku terus dimasukkan ke emergency ward dan kena ambil darah & sebagainya.
‘Anu’ aku dimasukkan tiub (ini ngilu ya!) & aku diberikan ubat Lasix untuk kencing tanpa henti.
Akhirnya sekitar 2 jam kemudian, doktor pakar sampai dan start lihat kondisi aku.
Bengkak kaki aku dikenali sebagai ‘edema’ iaitu bengkak air.
Thanks @DrBeniRusani for the photos. Tekanan darah aku somewhere 230 over 170 which is fucking crazy la kot dalam medical punya term. 😂
Segala macam procedure kena lalui, termasuklah echodiagram dan ECG.
Doktor beritahu aku, keadaan jantung aku sangat sangat lemah, hanya sekitar 22%.
Ketika ada di atas katil pun, nadi aku berada pada 130bpm. Normal person is 70bpm tau!
Malam 15 Ogos itu juga aku dimasukkan ke dalam ICU atau lebih tepat lagi High Dependable Unit.
Dan malam itu saja sudah berliter-liter air kencing aku dah kencing tapi takde lah merata rata sebab dah masuk tiub.
Keesokkan hari aku semakin pulih, di dalam ICU, aku tak boleh menggunakan telefon bijak walaupun sedar dan bosan. Aku hanya perlu rehat sahaja di atas katil, atau duduk di atas kerusi.
Lupa nak kabor, aku susah nak berjalan sebab telur aku bengkak (jangan gelak please 😭).
Akhirnya Doktor datang beritahu, protein aku rendah & buah pinggang aku hampir tak dapat tapis protein untuk digunakan badan aku.
Selain itu memang jantung aku lemah yang teramat. Masih sekitar 20-25%.
Kalau tak faham kekuatan jantung, ini gambar aku selit.
Doktor khabarkan pada aku kemungkinan besar aku ada masalah endocarditis, yang menyebabkan jantung lemah.
Baca gambar untuk faham. Untuk maklumat lanjut, tanya doktor. 😅
Doktor mencari root cause kepada masalah ini & masih tidak mendapat sebab jelas.
Aku faham kerana ya lah, bukan ada satu sebab je (kalau anda search).
Ini muka aku ketika di dalam ICU, bergambar semasa parent datang melawat.
Keadaan darah, hati aku okay, aku bukan penghidap thalassemia atau hepatitis B atau HIV.
Tapi benda dah nak jadi, apa boleh buat, redha dan pohon keampunan banyak banyak saja lah pada Yang Esa.
Selepas 4 hari, aku keluar dari ICU dan dimasukkan ke dalam wad biasa. Di wad biasa ni, memang dah mantap sedikit.
Blood pressure dah mantap, kadar nadi pun sama. Alhamdulillah.
Mungkin korang tertanya-tanya berat aku berapa sebelum masuk hospital?
Berat aku sebelum masuk hospital sekitar 97kg. Aku dari hanya 82kg, naik kepada 97kg.
Dan akhirnya pada hari terakhir aku di wad, berat aku cuma 71kg.
Maknanya apa? Lebih kurang 26 liter a.k.a 26 kg air yang aku bawak selama ini kehulu kehilir.
Malah sebelum masuk hospital, aku tidak boleh tidur baring, kerana sangat menyeksakan!
Selama 3 minggu tidur di macam budak tidur dalam kelas atas meja. Itupun sehari dalam 4 jam.
Aku pada bulan Mei ada di stage 1, pada bulan Jun, ada di stage 2, dan pada bulan Julai, ada di stage 3.
Dan ada rakaman oleh bapak aku yang aku tidur atas kerusi pun dalam keadaan yang amat penat.
Bayangkan, tidur pun penat bang 😪.
Sebelum keluar hospital juga doktor mengesyorkan untuk aku membuat prosedur Coronary Angiogram & Cardiac MRI.
Setelah follow up pertama, beliau akhirnya merujuk aku ke pakar yang lebih senior di Institut Jantung Negara (IJN) untuk prosedur Cardiac MRI.
Follow up pertama aku pada 4 Sept lalu di hospital menunjukkan sedikit improvement.
LVEF aku meningkat dari 24% sehingga ke 30-35%. Aku bersyukur namun berat badan aku turun sehingga 59kg sahaja (berat aku masa dajahnam).
Pelbagai jenis ubat juga aku terpaksa makan.
Entresto Sacubitril, Concor Bisoprolol, Lipitor Atorvastatin, Bio-Quinone coQ10, Aldactone Spironolactone, Coralan Ivabradine, dan beberapa ubat lain yang dah dihentikan doktor.
Aku ada follow up lagi pada 8 Sept (hari birthday kena cucuk ambil darah, stress aku haha) untuk lihat keadaan buah pinggang aku.
15 Sept pun satu result yang amat baik, buah pinggang aku kembali normal dan tiga hari kemudian aku ke IJN (18 Sept).
Ini adalah gambar aku sebelum masuk sesi MRI di IJN, seriously ada juga yang muda dan ramai juga yang tua.
Ini peringatan bermaksud, sakit ini bukan kira tua muda, cuma probability untuk kena ketika muda kurang.
Sejam jugak lah aku ada dalam mesin MRI, dan aku dan boleh tidur sebab kena buat sesi tahan nafas untuk test kekuatan jantung aku.
Nasib baik ada headphone lagu nasyid Raihan, teringat zaman kecik.
Dah nak habis keluar pulak lagu Yuna - Terukir di Bintang pulak dah hahahaha.
Akhirnya 22hb Sept yang lalu, baca sajalah tweet di bawah.
Apa yang aku kena buat sekarang, adalah terus jaga makan dan lakukan aktiviti fizikal semampu boleh untuk kawal sakit.
Kemungkinan besar aku harus makan ubat sepanjang hayat tapi #KitaOK !
Saya kenal dengan Syed Khairi, @Syedamier_SKA yang merupakan CEO @KertehFC sudah lebih setahun.
Kali pertama kami berjumpa untuk bincangkan mengenai kolaborasi bersama Kerteh FC ketika saya masih bersama @footykidsMY sekitar Jun tahun lalu.
Ketika saya bersama Antlers antara 2017-18, Real Chukai merupakan nama yang lebih dikenali berbanding Kerteh FC.
Kerteh FC hanya popular selepas pertengahan tahun 2019 selepas beberapa pengumuman besar dilakukan mereka.
Saya juga sempat ke Kerteh atas urusan kerja setelah agak lama tidak ke sana dan terkejut, billboard besar Kerteh FC diletakkan di simpang empat utama Kerteh.
Lain macam pergi kelab ni, jadi malam tu pergi jumpa dengan saudara Syed Khairi, pelbagai cerita A-Z diceritakan.
dengan Isaac Newell, antara pengasas bolasepak Argentina.
Arsenal de Sarandi, 'le arsenal' adalah bahasa Sepanyol juga dan kelab ini ditubuhkan dekat dengan pusat simpanan persenjataan di kejiranan Sarandi, Buenos Aires.
BSC Young Boys pula memilih menggunakan Young Boys disebabkan untuk meniru Basel Old Boys. Mereka mewakili bandar Bern.
Go Ahead Eagles menggunakan nama Be Quick pada awalnya & rasanya memang pilih untuk guna nama English.
Aku malu di Malaysia kelab² bola kita pakai Rangers, City, United.
Dah macam takde nama Melayu boleh pakai.
Jom tengok contoh² dari Jerman dan Belanda/Belgium
Ballsportverein Borussia Dortmund = Persatuan Sukan Bola Borussia Dortmund
Jom tengok lagi dekat bawah...
Sportverein Werder Bremen = Persatuan Sukan Werder Bremen
Verein fur Bewegengsspiele Stuttgart = Persatuan untuk Sukan Bergerak Stuttgart
Turn -und Sportgemeinschaft 1899 Hoffenhein = Persatuan Perlawanan Sukan 1899 Hoffenheim
Venlose Voetball Vereniging Venlo = Persatuan Bolasepak Venlose Venlo
Koninklijke Voetbalclub Kortrijk - Royal Football Club Kortrijk (kalau di Belanda, perkataan Koninklijke adalah 'persatuan diraja/kehormat', jadi sangat jarang digunakan.