Sahabat EmpayarSaham Profile picture
Oct 1, 2020 37 tweets 5 min read Read on X
😎APA ITU SAHAM?

Saham ni ibarat bisnes.

Contohnya,peniaga A jual air soya dengan modal RM 500, kawannya B keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes ini, sahamnya menjadi 50%.

Bisnes berkembang, peniaga A pun pergi bank minta pembiayaan, Bank luluskan - dapat buka kilang.
Bisnes terus berkembang. A pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
Mereka setuju. 50% dari saham peniaga A dan rakannya B tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).
Sekarang, pemilik saham syarikat berhad air soya tadi adalah peniaga A, rakan B dan beribu-ribu lagi pemegang saham yang lain.
Wilson (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pemilik saham yang baru itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai yang mahu saham syarikat berhad air soya, harga sahamnya naik di Bursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama Wilson. Dia pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain.
M. Nasir (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham. Walaupun harga saham telah naik, tapi dia tak mahu jual lagi.
Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah, dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya.
Peniaga A selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat menumpang keuntungan syarikat dengan membeli saham-saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia.
Cuma peniaga A selaku pembeli / penjual saham, urusan jual beli ini diuruskan oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar.
Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk tujuan kawalan selia.

sc.com.my
APA ITU PASARAN SAHAM?

Pasaran saham pula ialah tempat orang jual beli saham syarikat-syarikat berhad yang diapungkan. Secara tepatnya disebut sebagai stock exchange, security exchange atau pun bourse.
Di Malaysia, stock exchange ini dulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dan zaman telah berubah. Bukan saham sahaja yang dijual beli di sini, ada lagi pelbagai sekuriti yang dijual beli. Dan sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia.
Ada pelbagai sekuriti selain saham yang didagangkan di sini.

1. Stocks (Saham)
Ini adalah pelaburan yang paling popular di Bursa Malaysia. Kita dapat menjadi pemilik syarikat dalam pelbagai jenis syarikat yang tersenarai.
2. Futures & Options (Pasaran hadapan & opsyen)
Derivatif. Ada dari jenis komoditi, kewangan dan ekuiti.
Antaranya ialah pasaran hadapan komoditi melibatkan kelapa sawit (FCPO), emas (FGLD) dan yang terbaru 2016 bijih timah (FTIN). Untuk pasaran hadapan kewangan adalah seperti 3 Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate (KLIBOR) Futures (FKB3).
Manakala pasaran hadapan ekuiti melibatkan KLCI futures (FKLI) dan single stock futures (SSF).

Opsyen, secara teori saya tahu tetapi saya tidak pasti aplikasinya di Bursa Malaysia walaupun ianya ada diniagakan. Justeru, saya tidak dapat menceritakan lanjut mengenai hal ini.
Untuk mula berurusniaga dalam pasaran hadapan, satu akaun yang berbeza perlu dibuka menerusi mana-mana syarikat broker pasaran hadapan yang sah & berlesen. Tidak boleh guna akaun yang sama dengan akaun pembelian saham.
3. Warrants

Warrant adalah hak untuk membeli saham syarikat pada harga yang spesifik pada waktu yang spesifik.
Cth: syarikat BIMB Holdings ada mengeluarkan warrants bagi tujuan menambah modal perniagaan. Memandangkan BIMB Holdings adlh syarikat yg patuh Shariah, maka warrants yg dikeluarkan oleh BIMB Holdings juga adlh patuh Shariah. Warrants yg sebegini sahaja yg berstatus patuh Shariah.
Manakala warrants yang dikeluarkan oleh mana-mana bank pelaburan, juga dikenali sebagai structured warrants merupakan instrumen yang tidak patuh Shariah kerana hak tersebut tidak dapat ditukarkan menjadi saham syarikat.
4. Exchange Traded Fund (ETF)
Ia adalah seperti unit trust, tetapi diniagakan di Bursa Malaysia.Ya, unit trust yang didagangkan macam saham syarikat-syarikat awam berhad. Kena ada akaun sama macam nak beli saham.
5. Real Estate Investment Trust (REIT)
Ingat tak iklan ada seorang makcik alihkan pasu di pejabat orang ? Itulah cara paling mudah untuk menerangkan apa itu REIT.
Macam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tapi tidak serupa. Tetapi ada banyak persamaan. Atau dalam bahasa lain, “unit trust” yang beli hartanah. Nak melabur dalam REIT sama seperti nak melabur dalam saham, ETF. Perlu ada akaun CDS.
6. Fixed Income
Pelaburan yang dapat memberikan pendapatan tetap.

Setakat hari ini ada 2 jenis yang didagangkan. Loan stocks dan bon / sukuk. Nak beli sama macam nak beli saham, iaitu kena CDS / trading account yang dibuka dengan mana-mana syarikat broker yang berlesen.
i. Loan stocks i.e Irredeemable Convertible Unsecured Loan Shares (ICULS)

Ia adalah produk yang mempunyai ciri-ciri ekuiti dan bon.

Pemiliknya menerima dividen tetap sama seperti bon dan apabila matang pemilikannya berubah menjadi ekuiti i.e. saham.
Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) pada 30 Julai 2015 dan 27 Ogos 2015 telah membincangkan produk yang dikenali sebagai Redeemable Convertible Unsecured Islamic Debt Securities (RCUIDS) yang menyamai sifat ICULS.
Apa yang dapat difahami, ICULS (konvensional) ini dapat distrukturkan secara patuh Shariah melalui RCUIDS.
ii. Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS)

Bon Islam dikenali sebagai sukuk.

Sukuk ini adlh lebih popular di kalangan pelabur institusi kerana dpt memberikan pendapatan yg lebih tetap berbanding saham yg volatile sifatnya.
Bermula 2013 pelabur runcit telah dapat membeli sukuk secara terus.
Macam mana nak bermula?
Nak beli saham atau apa-apa yang ada di Bursa Malaysia ni tak sama macam macam beli barang dapur. Kena ada akaun khas. Saya cadangkan 5 langkah berikut:
1. Buka akaun
Terus buka CDS / trading account dengan mana-mana syarikat broker atau bank pelaburan. Kos buka akaun ini RM10 sahaja. Nak buka akaun? Sila klik link ini dan klik ‘Open A Trading Account’ untuk bermula. Nanti pihak broker akan hubungi kalian semula:
2. Masukkan modal
Berapa kos beli saham? Modal 500 ringgit pun dah boleh beli saham.

Jadi nak letak modal berapa banyak? Gunakan modal yg mana kalau rugi 100% sekali pun tak akan jatuh miskin dan papa kedana. Sebab ini baru bertujuan nak belajar kenal pasaran saham dulu.
3. Belajar guna trading platform
Belajar lah guna online trading platform tu. How to buy, how to sell. Perkara-perkara teknikal semacam itu. Perkara ni tak payah lah pergi kelas sampai kena bayar beratus-ratus. belanja je lah remisier tu makan sambil belajar perkara teknikal ni.
4. Beli je apa-apa saham
Terus beli 2,3 syarikat dulu. Hentam sahaja dulu beli saham apa. Sebab ini untuk tujuan belajar. Kalau ini pun tak berani nak buat susah lah.
Kita membuat pelaburan pertama dalam keadaan kita masih bodoh dalam logik pelabur saham. Pembelian-pembelian tersebut memang DIJAMIN rugi. Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.
5. Dah beli saham, baru masuk kelas saham
Dah buat step #4, baru pergi kelas dan belajar. Ikutlah nak baca buku, pergi kelas, atau coaching saham. Mana-manalah. Ikut kemampuan masing-masing.
Asalkan sifu saham tu bukan kaki penipu - claim hari-hari boleh buat untung.

Sumber: Suzardi Maulan (Pakdi)
Credit foto: asriahmadacademy

pakdi.net/apa-itu-saham/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sahabat EmpayarSaham

Sahabat EmpayarSaham Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @stEmpayarsaham

Sep 25, 2021
🥶 SAMA KE KRISIS EVERGRANDE CHINA DGN KRISIS SUBPRIME MORTGAGE 2008 DI US?

Admin rasa anda mungkin sudah membaca dan mengetahui ttg isu EVERGRANDE ini yang berkaitan dgn market China.
Malah, mungkin ade yang mengaitkan krisis EVERGRANDE ini sama seperti krisis subprime mortgage pada tahun 2008 di US. Sedikit sebanyak ini mungkin mengecutkan perut sesetengah orang utk melabur di dalam pasaran saham.
Oleh itu, dalam sharing ini kita akan cuba menyimpulkan isu EVERGRANDE dan melihat sejauh mana ia memberi kesan kpd pasaran saham.
Read 40 tweets
Sep 25, 2021
⭐ 15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME YANG WAJIB DIKETAHUI.

Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Image
Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.
Volume diplot dalam bentuk histogram dengan ketinggian histogram mewakili jumlah volume pada hari tersebut. Perubahan volume memberikan petunjuk bagaimana bull dan bear bertindak dan seterusnya mempengaruhi perubahan price.
Read 25 tweets
Jun 20, 2021
ASAL USUL ASET, LIABILITI DAN EKUITI.

"Saya cuba belajar, tapi masih tak faham apa itu aset, liabiliti, ekuiti, dividen,... semua istilah-istilah ni datang dari mana?"
Memang kadang-kala kalau baca buku saham, bila masuk bab nak terangkan istilah-istilah yang diguna dalam saham ni, ade sesetengah buku saham tak begitu friendly. Namun, tak mengapa, bagaimana kalau kita ikuti kisah di bawah?
KISAH SI PENJUAL BURGER.

Alkisah, pada satu hari, ada seorang pemuda yang bercita-cita tinggi ingin memulakan perniagaan. Dia dapati perniagaan burger mudah untuk dimula, jadi pemuda itu memilih untuk membuka gerai burger.
Read 39 tweets
May 30, 2021
👍 APA ITU VOLATILE DALAM SAHAM

Volatile bermaksud rancak. Jadi, maksud volatile dalam saham adalah kerancakan perubahan harga yang berlaku dalam sesebuah kaunter. Semakin besar harga berubah, maka semakin rancak saham tersebut.
Volatile dalam saham tidak terpalit dengan trending atau sideway phase kerana volatility hanya fokus kepada price change dan bukannya market wave.
Volatility memberikan ukuran risiko pasaran dan sentimen para pelabur. Maka tidak hairanlah Volatility juga dikenali dengan nama lain seperti ‘Fear Gauge’ atau ‘Fear Index’.
Read 20 tweets
May 26, 2021
🤒 BUSINESS SENSE & INVESTMENT RISK APPETITE.

Di dalam fundamental analysis, ikut style Admin, Admin bahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama ialah menentukan fundamental sesebuah syarikat. Di sini anda mengkaji adakah syarikat berada dlm keadaan yang kukuh atau tidak. Adakah syarikat untung atau tidak.Tujuannya ialah utk melihat kekuatan asas syarikat.

Seperti kata bidalan, kuat pokok kerana akarnya.
Bahagian kedua ialah menentukan prospek syarikat pada masa akan datang.

Di sini anda mengkaji adakah syarikat mampu utk terus berkembang dan terus menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi.
Read 11 tweets
Apr 18, 2021
🤫 MACD : RAHSIA TENTANG MACD YANG HANYA DIKETAHUI OLEH OTAI-OTAI TRADER .

Kalau ikutkan sebenarnya ramai trader yang tahu tentang teori dan psikologi MACD histogram.
Kami juga pernah share tentang teori dan psikologi MACD histogram. Bagi yang terlepas boleh baca di sini.
Tetapi, kali ni rahsia yang bakal kami dedahkan ini, hanya geng otai-otai trader sahaja yang yang tahu.

Kenapa ia rahsia?
Read 33 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(