Dalam surah An-Nahl:43, Allah SWT berfirman:

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah pada ahli zikri(ilmu) jika kalian tak tahu

Kenapa Allah SWT tak gunakan kalimah
علم

Namun sebaliknya guna kalimah zikri
ذكر

Apa tujuan dan signifikannya pemilihan kalimah ini?
Maksud zikr yang sering kita faham ialah:
1. Ingat
2. Mengulangi sesuatu dengan lafaz (zikir).

Contoh:
Berzikir: Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah

Ini memang salah satu maksud zikr.
Namun, maksud zikr lebih luas lagi lagi jika dikaji dari aspek bahasa.
Dari sudut etimologi, zikr ialah perkataan Semitik yang asalnya digunakan dengan beberapa maksud seperti:

1. Ingat
2. Mengulangi bacaan
3. Tinggalan
4. Fikir
5. Belajar
6. Melaporkan dan menyampaikan sesuatu

Kognat Hebrew bagi zikr ialah zachar.
Bahkan, antara maksud kalimah zikr dalam bahasa Arab ialah belajar.

Allah SWT gunakan maksud ini di Surah Al-Baqarah:63 ketika Bani Israel diberikan kitab Taurat, frasa

واذكروا ما فيه

Diertikan dengan:
ادرسوا ما فيه
Pelajarilah apa di dalamnya
(Lisanul Arab)
Dalam menafsirkan frasa
واذكروا ما فيه

Imam At-Tabari juga menerangkan bahawa maksud frasa ini ialah:

Mentadabbur, mempelajari, mengambil ibrah dan pelajaran dari kandungan Taurat.

Di sini, Allah SWT menggunakan kalimah zikr dalam konteks belajar dan bukan semata ulang/ingat.
Maka, tak aneh pun jika frasa

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Diterjemah sebagai:
Maka tanyalah ahli ilmu jika kalian tak mengetahuinya.

Kerana zikr juga boleh membawa maksud belajar, dan ahli zikr boleh bermaksud golongan terpelajar atau golongan berilmu.
Tambahan pula, ayat penuhnya ialah:

وما أرسلنا من قبلك إلا رجالا نوحي إليهم فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Dan taklah Kami utuskan sebelummu melainkan lelaki-lelaki yang Kami wahyukan pada mereka, maka tanyalah ahli zikr jika kalian tak tahu.
Signifikannya penggunaan ahl zikr di sini ialah:

Dalam tafsir At-Tabari dan Qurthubi, ahli zikr ialah ulama ahli kitab (Taurat dan Injil) yang beriman.

Mereka bukan sekadar ahli ilmu.
Mereka juga sampaikan kebenaran risalah Rasulullah SAW, yang juga menepati erti asal zikr.
Berdasarkan pemahaman erti ahl zikr dalam ayat ini, ulama menggunakan ayat ini untuk berhujah bahawa:

Jika kamu hendak tahu sesuatu, tanyalah ahli zikr dalam disiplin ilmu tersebut.

Kerana ahli zikr bukan sekadar tahu, mereka juga:

1. Ingat
2. Terpelajar
3. Sampaikan ilmu itu
Jadi, ahli zikr yang kita rujuk dalam disiplin ilmu Islam:

1. Mempelajari ilmu agama Islam dengan mendalam
2. Mengingati fakta, prinsip, dalil dan sandaran agama dengan baik
3. Menyampaikan ilmu yang mereka miliki

Mereka ulama.

Jangan rujuk golongan yang bukan ahlinya.
P.s:
Harap menjawab soalan @SantoDidik

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

9 Oct
Bila murajaah Al-Kahfi, Allah SWT beritahu golongan rugi.

Siapa mereka?

الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا
Iaitu mereka yang 'Dhalla Sa'yuhum' dalam kehidupan dunia dan mereka sangka sesungguhnya mereka berbuat baik
(Ayat 104)

Apa itu Dhalla Sa'yuhum?
Apa maksud frasa 'Dhalla Sa'yuhum'

Untuk fahami Dhalla Sa'yuhum, kita kena bedah 2 perkataan iaitu:

1. Dhalla
2. Sa'yuhum.

Lihat erti Dhalla dulu.

ضل

Berasal dari akar
ضلل

Apa ertinya?

ضد الهدى والرشاد
Lawan kepada petunjuk dan jalan yang lurus/tepat.
(Lisanul Arab)
Pendek kata, Dhalla bererti sesat.

Sesiapa yang Dhalla dah tersasar dari jalan yang tepat, dan dia tiada petunjuk untuk tahu yang dia sesat.

Contoh: A memandu ke lokasi yang dia tak tahu jalan ke arahnya dan sesat.
A tiada peta/Waze/Google Maps untuk beritahu dia sesat.
Read 16 tweets
8 Oct
Antara rukun Islam ialah solat.

Namun, ada golongan yang tolak wajibnya solat fardu.

Mereka tunggang ayat Al-Quran untuk tegakkan pendirian mereka dengan etimologi kalimah Solat.

Ini hujahan dan jawapan terhadap mereka yang tunggang kaedah bahasa Arab dalam tafsir Al-Quran.
Menurut antihadis, solat dalam Al-Quran bukan solat menurut istilah syarak:

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير مختتمة بالتسليم غالبا
Kata-kata dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam

Menurut mereka, ini bukan maksud solat yang diperintahkan Allah.
Mereka 'cerdik', jadi mereka guna etimologi bahasa Arab bagi kalimah solat.

Antara makna solat dari segi bahasa ialah:

الدعاء
Doa.

Bagi penuntut ilmu agama, ini erti yang terkenal.

Namun, ada erti lain yang kurang diketahui orang ramai namun dieksploitasi.
Read 19 tweets
22 Sep
Antara nikmat memahami etimologi Al-Quran ialah dapat lihat makna disebalik terjemahan.

Contoh: Bila solat, kita wajib baca
اهدنا الصراط المستقيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Usul kalimah Sirat ialah dari Latin, strata.
Apa makna strata?
Strata ada beberapa maksud iaitu:
1. Jalan berturap.

Di zaman Rom, jalan diturap dengan batu. Di zaman moden, jalan berturap dengan tar.
Apapun, jalan berturap lebih selesa untuk pejalan kaki berbanding jalan biasa (kecuali turap berlubang). Image
Dan masyarakat Rom membina jalan berturap dengan tepat (mengambilkira teknologi zaman itu).

Maka, sirat membawa maksud jalan berturap yang dibina dengan ketepatan - dan dikuatkan permintaan kita dengan Mustaqim (lurus, benar).
Read 7 tweets
21 Sep
Antara ayat yang digemari segelintir yang sesat ialah:
وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله
Dan jika kau ikut kebanyakan mereka di bumi, mereka akan sesatkan kau dari jalan Allah
(Al-An'am:116)

Contoh:
Antihadis berkata majoriti umat Islam sesat kerana ikut hadis.
Itu Al-Quran, cuma bukan konteksnya.

Dalam tafsir Al-Qurthubi, dijelaskan bahawa golongan yang sesat ialah orang kafir.

Dalam tafsir As-Sa'di, dijelaskan bahawa golongan sesat ialah golongan yang rosak agama, amalan dan ilmu mereka.
Perhatikan bahawa Allah SWT berfirman:
أكثر من في الأرض
Kebanyakan mereka di dunia.

Allah SWT luaskan skop perbincangan pada semua manusia di dunia, bukan sekadar umat Islam.

Dan golongan beriman, bukan majoriti dari populasi dunia pun.

صدق الله العظيم
Read 7 tweets
17 Sep
Bila murajaah Surah Furqan - pasti baca ayat 2 iaitu:

الذي له ملك السماوات والأرض ولم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك وخلق كل شيء فقدره تقديرا

Ayat ini ialah ayat Tauhid yang jelas.

Ada beberapa perkara, yang jika didalami - akan jelaskan prinsip asas akidah.
Disini, Allah tegaskan yang Dia tiada anak dan tiada sekutu.
Bila dikatakan Allah tiada anak, ia jelas.
Dalam surah Al-Ikhlas juga ditegaskan prinsip akidah ini.
لم يلد ولم يولد.

Allah SWT tak mempunyai anak, bukan seperti tuduhan Musyrikin Quraisy dan Ahli Kitab.
Maklum bahawa golongan Nasrani berakidah dengan akidah Nabi Isa AS anak Tuhan.

Golongan Musyrikin Mekah pula menasabkan patung-patung sembahan mereka kepada Allah melalui hubungan kekeluargaan.

Allah SWT menafikan dakwaan mereka dengan ayat ini, dan beberapa ayat lain.
Read 15 tweets
17 Sep
Lihat keputusan pelajar di Al-Azhar yang cemerlang. Inspirasi belaka.

Perjalanan diri sendiri masih jauh.

Semoga direzekikan dapat menuntut ilmu dengan lebih meluas dan mendalam lagi.

Kita ambil inspirasi dari orang lain dulu. Hehe :D
P.s: Belajar dimana pun, yang penting ilmunya benar dan berkat.
Kalau belajar di lokasi paling gah, namun keliru antara isim dan fe'el, itu masalah besar.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan.
Kalau nak bicara lokasi dan pengiktirafan, Mufti Wilayah Persekutuan semasa belajar Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (Degree dan Masters) di universiti tempatan.

PhD beliau di United Kingdom.

Siapa berani kata beliau tak berkeahlian dalam ilmu Islam?
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!