Bila murajaah Al-Kahfi, Allah SWT beritahu golongan rugi.

Siapa mereka?

الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا
Iaitu mereka yang 'Dhalla Sa'yuhum' dalam kehidupan dunia dan mereka sangka sesungguhnya mereka berbuat baik
(Ayat 104)

Apa itu Dhalla Sa'yuhum?
Apa maksud frasa 'Dhalla Sa'yuhum'

Untuk fahami Dhalla Sa'yuhum, kita kena bedah 2 perkataan iaitu:

1. Dhalla
2. Sa'yuhum.

Lihat erti Dhalla dulu.

ضل

Berasal dari akar
ضلل

Apa ertinya?

ضد الهدى والرشاد
Lawan kepada petunjuk dan jalan yang lurus/tepat.
(Lisanul Arab)
Pendek kata, Dhalla bererti sesat.

Sesiapa yang Dhalla dah tersasar dari jalan yang tepat, dan dia tiada petunjuk untuk tahu yang dia sesat.

Contoh: A memandu ke lokasi yang dia tak tahu jalan ke arahnya dan sesat.
A tiada peta/Waze/Google Maps untuk beritahu dia sesat.
Itulah antara sebab Allah gunakan istilah
ضالين

Dalam surah Al-Fatihah dalam gambarkan sirat/jalan golongan yang tersesat.

Ertinya, kita tak nak ikut jalan/sirat golongan sesat yang tak sedar yang mereka sesat.

Etimologi Sirat:

2. Sa'yuhum ialah kombinasi 2 perkataan:

سعي
هم

Hum ialah dhomir/kata ganti nama yang bererti mereka.
Ini bukan fokus kita.

Kita nak tahu erti
سعي

Sebab kalimah ini yang memberi makna yang bernilai untuk kita renungi dan ambil pengajaran darinya
سعي

Ada beberapa erti iaitu:

I. Mengejar

Istilah Sai'e di mana kita bergerak antara bukit Safa dan Marwah berasal dari kalimah ini.

Asalnya, Siti Hajar berkejaran mencari air untuk anaknya Nabi Ismail AS.

Memang asal erti kalimah ini ialah mengejar sesuatu.
II. Bersegera

Selain berkejaran, ia juga bererti bersegera untuk sesuatu.

Contoh dalam Surah Al-Jumuah:9, Allah SWT berfirman:

فاسعوا إلى ذكر الله
Maka bersegeralah mengingati Allah

Bila diseru ke solat Jumaat maka kita disuruh untuk bersegera.

Jangan lupa solat Jumaat!
III. Berusaha

سعي

Juga bererti berusaha bersungguh dengan penuh kepayahan untuk sesuatu.

Dalam Surah An-Najm:39, Allah SWT berfirman:

وأن ليس للإنسان إلا ما سعى

Di sini, Allah SWT beritahu bahawa tiada apa yang bernilai disisi manusia melainkan apa yang dia usahakan.
Jadi, bila Allah SWT beritahu yang golongan rugi ini

ضل سعيهم

Ertinya golongan ini tersesat, tak tahu yang mereka sesat, tiada petunjuk untuk bimbing mereka dan lebih teruk lagi, mereka ini berusaha sungguh ke arah kesesatan.

Kesian golongan ini.
Bayangkan seorang pemandu, A dari Gopeng nak ke Kuala Pilah.

Ketika memandu, A dah tersesat, dia tak tahu yang dia tersesat, dia tiada peta/Waze/Google Maps dan dia bertegas yang dia tak sesat.

Tahu-tahu A dah melencong ke Ayer Paabas, Melaka.

Beginilah hal Dhalla Sa'yuhum.
Inilah sebab Allah SWT terangkan hal mereka yang Dhalla Sa'yuhum dengan frasa:

وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا

Dan mereka menyangka sesungguhnya mereka berbuat baik.

Sebab golongan Dhalla Sa'yuhum sesat, usaha untuk terus dalam kesesatan dan tak sedar kesesatan mereka.
Jadi, siapa golongan Dhalla Sa'yuhum yang sesat tak boleh dibawa bincang ini?

Antaranya ialah:

A. Penolak wahyu Allah dan beramal selain dari perintah Allah SWT

Contoh:

ومن يشرك بالله فقد ضل

Dan siapa yang syirikkan sesuatu dengan Allah maka dia telah sesat.

(An-Nisa:116)
Allah larang manusia mensyirikkanNya dengan sesuatu, tetapi musyrikin pergi syirikkan Allah.

Mereka antara golongan Dhalla Sa'yuhum itu.

Selain itu, dalam Al-Maidah:12,

فمن كفر بعد ذلك منكم فقد ضل

Allah SWT beritahu, golongan yang kufur pada perintah Allah ialah Dhalla
Pemahaman ini juga bertepatan dengan tafsir Imam Ibn Kathir dan Imam At-Tabari.

Keduanya meriwayatkan bahawa golongan Dhalla Sa'yuhum ialah golongan yang kufur pada perintah Allah dan beramal dengan selain perintah Allah SWT.
B. Golongan Dhalla Sa'yuhum ialah munafik.

Apa persamaan mereka?

Golongan Dhalla Sa'yuhum tak sedar yang mereka sesat.

Golongan munafik tak sedar yang mereka melakukan kerosakan sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah:12

ألا إنهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون
P.s: Dalam syarah hadis menghafaz 10 ayat pertama dan terakhir sebagai benteng dari fitnah Dajjal, Imam Nawawi berkata:

فمن تدبرها لم يفتنن بالدجال

Maka siapa yang mentadabburnya takkan pernah tertipu dengan fitnah Dajjal.

Bukan semata baca dan ingat, tapi perlu tadabbur.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

8 Oct
Antara rukun Islam ialah solat.

Namun, ada golongan yang tolak wajibnya solat fardu.

Mereka tunggang ayat Al-Quran untuk tegakkan pendirian mereka dengan etimologi kalimah Solat.

Ini hujahan dan jawapan terhadap mereka yang tunggang kaedah bahasa Arab dalam tafsir Al-Quran.
Menurut antihadis, solat dalam Al-Quran bukan solat menurut istilah syarak:

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير مختتمة بالتسليم غالبا
Kata-kata dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam

Menurut mereka, ini bukan maksud solat yang diperintahkan Allah.
Mereka 'cerdik', jadi mereka guna etimologi bahasa Arab bagi kalimah solat.

Antara makna solat dari segi bahasa ialah:

الدعاء
Doa.

Bagi penuntut ilmu agama, ini erti yang terkenal.

Namun, ada erti lain yang kurang diketahui orang ramai namun dieksploitasi.
Read 19 tweets
7 Oct
Dalam surah An-Nahl:43, Allah SWT berfirman:

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah pada ahli zikri(ilmu) jika kalian tak tahu

Kenapa Allah SWT tak gunakan kalimah
علم

Namun sebaliknya guna kalimah zikri
ذكر

Apa tujuan dan signifikannya pemilihan kalimah ini?
Maksud zikr yang sering kita faham ialah:
1. Ingat
2. Mengulangi sesuatu dengan lafaz (zikir).

Contoh:
Berzikir: Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah

Ini memang salah satu maksud zikr.
Namun, maksud zikr lebih luas lagi lagi jika dikaji dari aspek bahasa.
Dari sudut etimologi, zikr ialah perkataan Semitik yang asalnya digunakan dengan beberapa maksud seperti:

1. Ingat
2. Mengulangi bacaan
3. Tinggalan
4. Fikir
5. Belajar
6. Melaporkan dan menyampaikan sesuatu

Kognat Hebrew bagi zikr ialah zachar.
Read 11 tweets
22 Sep
Antara nikmat memahami etimologi Al-Quran ialah dapat lihat makna disebalik terjemahan.

Contoh: Bila solat, kita wajib baca
اهدنا الصراط المستقيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Usul kalimah Sirat ialah dari Latin, strata.
Apa makna strata?
Strata ada beberapa maksud iaitu:
1. Jalan berturap.

Di zaman Rom, jalan diturap dengan batu. Di zaman moden, jalan berturap dengan tar.
Apapun, jalan berturap lebih selesa untuk pejalan kaki berbanding jalan biasa (kecuali turap berlubang). Image
Dan masyarakat Rom membina jalan berturap dengan tepat (mengambilkira teknologi zaman itu).

Maka, sirat membawa maksud jalan berturap yang dibina dengan ketepatan - dan dikuatkan permintaan kita dengan Mustaqim (lurus, benar).
Read 7 tweets
21 Sep
Antara ayat yang digemari segelintir yang sesat ialah:
وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله
Dan jika kau ikut kebanyakan mereka di bumi, mereka akan sesatkan kau dari jalan Allah
(Al-An'am:116)

Contoh:
Antihadis berkata majoriti umat Islam sesat kerana ikut hadis.
Itu Al-Quran, cuma bukan konteksnya.

Dalam tafsir Al-Qurthubi, dijelaskan bahawa golongan yang sesat ialah orang kafir.

Dalam tafsir As-Sa'di, dijelaskan bahawa golongan sesat ialah golongan yang rosak agama, amalan dan ilmu mereka.
Perhatikan bahawa Allah SWT berfirman:
أكثر من في الأرض
Kebanyakan mereka di dunia.

Allah SWT luaskan skop perbincangan pada semua manusia di dunia, bukan sekadar umat Islam.

Dan golongan beriman, bukan majoriti dari populasi dunia pun.

صدق الله العظيم
Read 7 tweets
17 Sep
Bila murajaah Surah Furqan - pasti baca ayat 2 iaitu:

الذي له ملك السماوات والأرض ولم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك وخلق كل شيء فقدره تقديرا

Ayat ini ialah ayat Tauhid yang jelas.

Ada beberapa perkara, yang jika didalami - akan jelaskan prinsip asas akidah.
Disini, Allah tegaskan yang Dia tiada anak dan tiada sekutu.
Bila dikatakan Allah tiada anak, ia jelas.
Dalam surah Al-Ikhlas juga ditegaskan prinsip akidah ini.
لم يلد ولم يولد.

Allah SWT tak mempunyai anak, bukan seperti tuduhan Musyrikin Quraisy dan Ahli Kitab.
Maklum bahawa golongan Nasrani berakidah dengan akidah Nabi Isa AS anak Tuhan.

Golongan Musyrikin Mekah pula menasabkan patung-patung sembahan mereka kepada Allah melalui hubungan kekeluargaan.

Allah SWT menafikan dakwaan mereka dengan ayat ini, dan beberapa ayat lain.
Read 15 tweets
17 Sep
Lihat keputusan pelajar di Al-Azhar yang cemerlang. Inspirasi belaka.

Perjalanan diri sendiri masih jauh.

Semoga direzekikan dapat menuntut ilmu dengan lebih meluas dan mendalam lagi.

Kita ambil inspirasi dari orang lain dulu. Hehe :D
P.s: Belajar dimana pun, yang penting ilmunya benar dan berkat.
Kalau belajar di lokasi paling gah, namun keliru antara isim dan fe'el, itu masalah besar.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan.
Kalau nak bicara lokasi dan pengiktirafan, Mufti Wilayah Persekutuan semasa belajar Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (Degree dan Masters) di universiti tempatan.

PhD beliau di United Kingdom.

Siapa berani kata beliau tak berkeahlian dalam ilmu Islam?
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!