Terdapat 2 kalimah yang digunakan dalam konteks Allah SWT utuskan Rasul iaitu:
بعث و رسل
Ba'asa dan Rasala.

Kenapa Allah SWT gunakan 2 perkataan ini?
Apa ertinya?
Apa bezanya jika ada?
Apa pengajaran yang boleh diperolehi daripada 2 kalimah ini?
Akar kalimah
رسل
boleh membawa beberapa erti seperti:

1. Membacakan/menuturkan
2. Menyampaikan
3. Mengutuskan
4. Menghantar
5. Mesej

Kalimah Rasul pula bererti
ذو رسالة
Pemilik risalah, pemilik mesej untuk disampaikan
(Lisanul Arab, Taj Al-Arus min Jawahir al-Qamus)
Maka, ketika Allah SWT guna kalimah

رسل

dalam ayat Al-Quran untuk gambarkan tugas para Rasul, ia bermakna para Rasul diutuskan untuk sampaikan dan bacakan risalah wahyu.

Contoh:
إنا أرسلناك بالحق
Sesungguhnya Kami utuskan kamu dengan kebenaran
(Al-Baqarah:119)
وما نرسل المرسلين إلا مبشرين ومنذرين
Dan taklah Kami utuskan para Rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran
(Al-An'am:48)

Di sini, para Rasul membawa berita gembira dan peringatan, dan menyampaikan berita.
Apa bezanya dengan penggunaan kalimah
بعث
Ba'asa.

Ba'asa boleh membawa beberapa seperti:

1. Utuskan
2. Bangkitkan
3. Hidupkan semula
4. Dirikan
5. Gerakkan sesuatu
Maka, apabila Allah SWT gunakan kalimah ba'asa, ia bererti para Rasul perlu sampaikan dan berusaha tegakkan agama Allah.

Ia tak memadai bagi para Rasul untuk menyampaikan mesej seumpara para utusan dulukala: baca mesej dan berlalu begitu sahaja.
Contoh dalam Al-Quran seperti dalam Surah Al-A'raf:103,
dimana Allah SWT memberitahu Dia ba'asa Nabi Musa AS dengan tanda-tanda dan bukti kekuasaanNya kepada Firaun.

ثم بعثنا من بعدهم موسى بآياتنا إلى فرعون

Perhatikan pada ayat-ayat berikutnya.
Firaun meminta Nabi Musa AS bawa bukti kebenaran terhadap risalah wahyunya dan memanggil ahli sihir untuk menentang Nabi Musa AS.

Ini menunjukkan kesukaran Nabi Musa AS dalam menghadapi Firaun dan menegakkan risalah kebenaran Allah SWT.
Maka Allah SWT gunakan kalimah ba'asa untuk menunjukkan betapa sukarnya tugas para Rasul.

Mereka bukan sekadar membaca dan menyampaikan mesej kewahyuan.

Mereka diperintahkan untuk berusaha mendirikan dan menghidupkan mesej wahyu mereka dalam kalangan masyarakat.
Dan inilah tugas hakiki para Rasul, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Jumaah:2,

هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة

Lihat tugas para Rasul:
1. Sampaikan ayat Allah SWT
2. Ajarkan Kitabullah dan hikmah
3. Sucikan hati umat
Perhatikan dalam Surah Al-Jumaah, Rasul diutuskan pada golongan Ummiy, golongan yang buta huruf.

Kena sucikan hati mereka dengan iman dan amalan soleh.

Kena ajarkan isi kandungan Kitabullah.

Bukan semata sampaikan wahyu dan kata: tugasku selesai
(Tafsir Qurthubi dan Tabari)
Inilah hakikat tugas para Rasul.

Maka, pendakwah yang meneruskan tugas para Rasul seharusnya bersedia dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi para Rasul.

Kerana para Rasul bukan semata sampaikan, bahkan mendidik dan mendirikan mesej wahyu dalam masyarakat mereka.
Semoga kita lebih menghargai jasa Rasulullah setelah faham bahawa beliau di(ba'asa) kepada umatnya.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk berdakwah.

P.s:
Disebabkan den WFH, insya Allah boleh sambung bebenang yang dah lama tertangguh. Doakan.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

16 Oct
Dalam Al-Kahfi:54,

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
Dan telah Kami Sarafna dalam Al-Quran ini bagi manusia dari segala perumpamaan, dan adalah manusia itu terbanyak Jadala dalam sesuatu.

Apa erti ayat ini?
Apa erti kalimah Sarafna dan Jadala?
Perhatikan ada 2 perkataan menarik yang Allah SWT himpunkan dalam 1 ayat iaitu:

1. Sarafna
2. Jadala.

Kenapa Allah SWT hubungkan 2 perkataan ini dalam 1 ayat?
Apa erti Sarafna dan Jadala?
Apa signifikannya?
Apa nilai dari ayat ini?

Sempena hari Jumaat, ayuh bedah ayat ini.
Seringkali, jika kita lihat terjemahan Al-Quran;

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل
Dan telah kami Sarafna dalam al-Quran ini untuk manusia dari segala bentuk perumpamaan.

Sarafna diterjemah sebagai jelaskan.

Namun, apa erti Sarafna yang sebenarnya?
Read 25 tweets
15 Oct
Bila baca kisah-kisah di Internet, teringat firman Allah SWT:

هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Adakah sama mereka yang berilmu dan yang tak berilmu?
(Az-Zumar:9)

Di sini, Allah SWT bertanya akan keadaan orang berilmu dan yang tak berilmu.

Samakah mereka?
Jawapannya mudah: Tak sama.

Allah SWT angkat darjat orang berilmu dari kalangan orang beriman dengan beberapa darjat seperti firmanNya dalam surah Al-Mujadilah:11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Lihat, ini bukti golongan berilmu lebih mulia disisi Allah.
Diriwayatkan dalam tafsir Imam at-Tabari berkenaan ayat ini bahawa Mutarrif bin Abdullah, ulama Tabi'in Basrah berkata:

Kelebihan ilmu lebih aku cintai dari kelebihan ibadah.

Ini antara bukti kelebihan golongan berilmu.

Maka, kita patut berusaha menjadi golongan berilmu.
Read 13 tweets
9 Oct
Bila murajaah Al-Kahfi, Allah SWT beritahu golongan rugi.

Siapa mereka?

الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا
Iaitu mereka yang 'Dhalla Sa'yuhum' dalam kehidupan dunia dan mereka sangka sesungguhnya mereka berbuat baik
(Ayat 104)

Apa itu Dhalla Sa'yuhum?
Apa maksud frasa 'Dhalla Sa'yuhum'

Untuk fahami Dhalla Sa'yuhum, kita kena bedah 2 perkataan iaitu:

1. Dhalla
2. Sa'yuhum.

Lihat erti Dhalla dulu.

ضل

Berasal dari akar
ضلل

Apa ertinya?

ضد الهدى والرشاد
Lawan kepada petunjuk dan jalan yang lurus/tepat.
(Lisanul Arab)
Pendek kata, Dhalla bererti sesat.

Sesiapa yang Dhalla dah tersasar dari jalan yang tepat, dan dia tiada petunjuk untuk tahu yang dia sesat.

Contoh: A memandu ke lokasi yang dia tak tahu jalan ke arahnya dan sesat.
A tiada peta/Waze/Google Maps untuk beritahu dia sesat.
Read 16 tweets
8 Oct
Antara rukun Islam ialah solat.

Namun, ada golongan yang tolak wajibnya solat fardu.

Mereka tunggang ayat Al-Quran untuk tegakkan pendirian mereka dengan etimologi kalimah Solat.

Ini hujahan dan jawapan terhadap mereka yang tunggang kaedah bahasa Arab dalam tafsir Al-Quran.
Menurut antihadis, solat dalam Al-Quran bukan solat menurut istilah syarak:

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير مختتمة بالتسليم غالبا
Kata-kata dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam

Menurut mereka, ini bukan maksud solat yang diperintahkan Allah.
Mereka 'cerdik', jadi mereka guna etimologi bahasa Arab bagi kalimah solat.

Antara makna solat dari segi bahasa ialah:

الدعاء
Doa.

Bagi penuntut ilmu agama, ini erti yang terkenal.

Namun, ada erti lain yang kurang diketahui orang ramai namun dieksploitasi.
Read 19 tweets
7 Oct
Dalam surah An-Nahl:43, Allah SWT berfirman:

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah pada ahli zikri(ilmu) jika kalian tak tahu

Kenapa Allah SWT tak gunakan kalimah
علم

Namun sebaliknya guna kalimah zikri
ذكر

Apa tujuan dan signifikannya pemilihan kalimah ini?
Maksud zikr yang sering kita faham ialah:
1. Ingat
2. Mengulangi sesuatu dengan lafaz (zikir).

Contoh:
Berzikir: Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah

Ini memang salah satu maksud zikr.
Namun, maksud zikr lebih luas lagi lagi jika dikaji dari aspek bahasa.
Dari sudut etimologi, zikr ialah perkataan Semitik yang asalnya digunakan dengan beberapa maksud seperti:

1. Ingat
2. Mengulangi bacaan
3. Tinggalan
4. Fikir
5. Belajar
6. Melaporkan dan menyampaikan sesuatu

Kognat Hebrew bagi zikr ialah zachar.
Read 11 tweets
22 Sep
Antara nikmat memahami etimologi Al-Quran ialah dapat lihat makna disebalik terjemahan.

Contoh: Bila solat, kita wajib baca
اهدنا الصراط المستقيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Usul kalimah Sirat ialah dari Latin, strata.
Apa makna strata?
Strata ada beberapa maksud iaitu:
1. Jalan berturap.

Di zaman Rom, jalan diturap dengan batu. Di zaman moden, jalan berturap dengan tar.
Apapun, jalan berturap lebih selesa untuk pejalan kaki berbanding jalan biasa (kecuali turap berlubang). Image
Dan masyarakat Rom membina jalan berturap dengan tepat (mengambilkira teknologi zaman itu).

Maka, sirat membawa maksud jalan berturap yang dibina dengan ketepatan - dan dikuatkan permintaan kita dengan Mustaqim (lurus, benar).
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!