Bila baca kisah-kisah di Internet, teringat firman Allah SWT:

هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Adakah sama mereka yang berilmu dan yang tak berilmu?
(Az-Zumar:9)

Di sini, Allah SWT bertanya akan keadaan orang berilmu dan yang tak berilmu.

Samakah mereka?
Jawapannya mudah: Tak sama.

Allah SWT angkat darjat orang berilmu dari kalangan orang beriman dengan beberapa darjat seperti firmanNya dalam surah Al-Mujadilah:11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Lihat, ini bukti golongan berilmu lebih mulia disisi Allah.
Diriwayatkan dalam tafsir Imam at-Tabari berkenaan ayat ini bahawa Mutarrif bin Abdullah, ulama Tabi'in Basrah berkata:

Kelebihan ilmu lebih aku cintai dari kelebihan ibadah.

Ini antara bukti kelebihan golongan berilmu.

Maka, kita patut berusaha menjadi golongan berilmu.
Maka, bagaimana caranya menjadi golongan berilmu?

Dengan menuntut ilmu.

Sebagai seorang Muslim, pastinya kita perlu pelajari agama untuk kehidupan seharian.

Tahu ibadah yang diwajibkan dan persoalan ringkas mengenainya, tahu fardu ain.

Dan tuntutlah ilmu bidang lain.
Sebagai contoh:

Ilmu perniagaan, pengaturcaraan, seni, kejuruteraan, psikologi, perubatan, biologi dan semua cabang ilmu yang membawa manfaat.

Semoga memberi manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.

Yang penting, jangan lekehkan perjalanan hidup orang lain.
Sama ada seseorang belajar di jalanan, kolej komuniti, GIATMARA, politeknik, universiti, pondok, atau di mana sahaja.

Fokus pada penambahbaikan diri sendiri dan meningkatkan ilmu, kerana ilmu yang bermanfaat pasti meningkatkan iman kepada Allah.
Ingat firman Allah SWT dalam Surah Fatir:28,

إنما يخشى الله من عباده العلماء
Sesungguhnya mereka yang khusyuk kepada Allah dari para hambaNya ialah ulama.

Siapakah ulama' di sini?

Mereka yang tahu keagunganNya dan semua sifat kesempurnaanNya.
(Tafsir Ibn Kathir)
Adakah semestinya mengetahui keagungan Allah hanya melalui kitab agama berbahasa Arab?

Tak!

Boleh jadi seorang peniaga mengetahui kuasa Allah atas rezeki hambaNya dan ilmuNya tanpa batasan apapun.

Maka, dia berniaga dengan cara halal dan bertawakal kepada Allah.
Boleh jadi seseorang itu ahli kaji bahasa/linguist yang melihat keindahan dan kehebatan penggunaan bahasa Al-Quran yang diturunkan Allah SWT dibandingkan dengan bahasa manusia.

Maka, dia menjadi kagum dan tunduk dengan penuh kekhusyukan kepada Allah SWT.
Boleh jadi seseorang itu ahli geologi yang melihat kehebatan Allah SWT menciptakan bumi dan batuan dengan ciri tertentu yang membawa manfaat.

Maka, dia tunduk dengan penuh kekhusyukan kepada Allah SWT dan menyedari betapa lemahnya dirinya.
Boleh jadi seseorang itu doktor yang merawat manusia, dia mengkaji kompleksnya tubuh manusia yang diciptakan Allah SWT.

Dia melihat lemahnya tubuh manusia, hinggakan virus yang kecil mampu tumbangkan manusia yang angkuh.

Maka, timbul rasa khusyuk dalam hatinya kepada Allah.
Maka, belajarlah dan tak perlu lekehkan proses pembelajaran orang lain.

Usah sibuk berkata: Aku tak masuk universiti pun boleh berjaya.

Usah juga pandang rendah mereka yang tak lanjutkan pengajian di universiti.

Allah SWT menilai ilmu dan amalan.
P.s: Memandangkan WFH, dapat juga login portal PJJ USM.

Kursus intensif PJJ USM dirancang pada 22.2.2021. Semoga Allah angkat wabak agar dapat ke kampus untuk kursus intensif.

Dan pensyarah den semangat upload tugasan seawal mungkin untuk subjek Thermodynamics xD

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

16 Oct
Dalam Al-Kahfi:54,

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
Dan telah Kami Sarafna dalam Al-Quran ini bagi manusia dari segala perumpamaan, dan adalah manusia itu terbanyak Jadala dalam sesuatu.

Apa erti ayat ini?
Apa erti kalimah Sarafna dan Jadala?
Perhatikan ada 2 perkataan menarik yang Allah SWT himpunkan dalam 1 ayat iaitu:

1. Sarafna
2. Jadala.

Kenapa Allah SWT hubungkan 2 perkataan ini dalam 1 ayat?
Apa erti Sarafna dan Jadala?
Apa signifikannya?
Apa nilai dari ayat ini?

Sempena hari Jumaat, ayuh bedah ayat ini.
Seringkali, jika kita lihat terjemahan Al-Quran;

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل
Dan telah kami Sarafna dalam al-Quran ini untuk manusia dari segala bentuk perumpamaan.

Sarafna diterjemah sebagai jelaskan.

Namun, apa erti Sarafna yang sebenarnya?
Read 25 tweets
14 Oct
Terdapat 2 kalimah yang digunakan dalam konteks Allah SWT utuskan Rasul iaitu:
بعث و رسل
Ba'asa dan Rasala.

Kenapa Allah SWT gunakan 2 perkataan ini?
Apa ertinya?
Apa bezanya jika ada?
Apa pengajaran yang boleh diperolehi daripada 2 kalimah ini?
Akar kalimah
رسل
boleh membawa beberapa erti seperti:

1. Membacakan/menuturkan
2. Menyampaikan
3. Mengutuskan
4. Menghantar
5. Mesej

Kalimah Rasul pula bererti
ذو رسالة
Pemilik risalah, pemilik mesej untuk disampaikan
(Lisanul Arab, Taj Al-Arus min Jawahir al-Qamus)
Maka, ketika Allah SWT guna kalimah

رسل

dalam ayat Al-Quran untuk gambarkan tugas para Rasul, ia bermakna para Rasul diutuskan untuk sampaikan dan bacakan risalah wahyu.

Contoh:
إنا أرسلناك بالحق
Sesungguhnya Kami utuskan kamu dengan kebenaran
(Al-Baqarah:119)
Read 13 tweets
9 Oct
Bila murajaah Al-Kahfi, Allah SWT beritahu golongan rugi.

Siapa mereka?

الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا
Iaitu mereka yang 'Dhalla Sa'yuhum' dalam kehidupan dunia dan mereka sangka sesungguhnya mereka berbuat baik
(Ayat 104)

Apa itu Dhalla Sa'yuhum?
Apa maksud frasa 'Dhalla Sa'yuhum'

Untuk fahami Dhalla Sa'yuhum, kita kena bedah 2 perkataan iaitu:

1. Dhalla
2. Sa'yuhum.

Lihat erti Dhalla dulu.

ضل

Berasal dari akar
ضلل

Apa ertinya?

ضد الهدى والرشاد
Lawan kepada petunjuk dan jalan yang lurus/tepat.
(Lisanul Arab)
Pendek kata, Dhalla bererti sesat.

Sesiapa yang Dhalla dah tersasar dari jalan yang tepat, dan dia tiada petunjuk untuk tahu yang dia sesat.

Contoh: A memandu ke lokasi yang dia tak tahu jalan ke arahnya dan sesat.
A tiada peta/Waze/Google Maps untuk beritahu dia sesat.
Read 16 tweets
8 Oct
Antara rukun Islam ialah solat.

Namun, ada golongan yang tolak wajibnya solat fardu.

Mereka tunggang ayat Al-Quran untuk tegakkan pendirian mereka dengan etimologi kalimah Solat.

Ini hujahan dan jawapan terhadap mereka yang tunggang kaedah bahasa Arab dalam tafsir Al-Quran.
Menurut antihadis, solat dalam Al-Quran bukan solat menurut istilah syarak:

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير مختتمة بالتسليم غالبا
Kata-kata dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam

Menurut mereka, ini bukan maksud solat yang diperintahkan Allah.
Mereka 'cerdik', jadi mereka guna etimologi bahasa Arab bagi kalimah solat.

Antara makna solat dari segi bahasa ialah:

الدعاء
Doa.

Bagi penuntut ilmu agama, ini erti yang terkenal.

Namun, ada erti lain yang kurang diketahui orang ramai namun dieksploitasi.
Read 19 tweets
7 Oct
Dalam surah An-Nahl:43, Allah SWT berfirman:

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah pada ahli zikri(ilmu) jika kalian tak tahu

Kenapa Allah SWT tak gunakan kalimah
علم

Namun sebaliknya guna kalimah zikri
ذكر

Apa tujuan dan signifikannya pemilihan kalimah ini?
Maksud zikr yang sering kita faham ialah:
1. Ingat
2. Mengulangi sesuatu dengan lafaz (zikir).

Contoh:
Berzikir: Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah

Ini memang salah satu maksud zikr.
Namun, maksud zikr lebih luas lagi lagi jika dikaji dari aspek bahasa.
Dari sudut etimologi, zikr ialah perkataan Semitik yang asalnya digunakan dengan beberapa maksud seperti:

1. Ingat
2. Mengulangi bacaan
3. Tinggalan
4. Fikir
5. Belajar
6. Melaporkan dan menyampaikan sesuatu

Kognat Hebrew bagi zikr ialah zachar.
Read 11 tweets
22 Sep
Antara nikmat memahami etimologi Al-Quran ialah dapat lihat makna disebalik terjemahan.

Contoh: Bila solat, kita wajib baca
اهدنا الصراط المستقيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Usul kalimah Sirat ialah dari Latin, strata.
Apa makna strata?
Strata ada beberapa maksud iaitu:
1. Jalan berturap.

Di zaman Rom, jalan diturap dengan batu. Di zaman moden, jalan berturap dengan tar.
Apapun, jalan berturap lebih selesa untuk pejalan kaki berbanding jalan biasa (kecuali turap berlubang). Image
Dan masyarakat Rom membina jalan berturap dengan tepat (mengambilkira teknologi zaman itu).

Maka, sirat membawa maksud jalan berturap yang dibina dengan ketepatan - dan dikuatkan permintaan kita dengan Mustaqim (lurus, benar).
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!