Dalam Al-Kahfi:54,

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
Dan telah Kami Sarafna dalam Al-Quran ini bagi manusia dari segala perumpamaan, dan adalah manusia itu terbanyak Jadala dalam sesuatu.

Apa erti ayat ini?
Apa erti kalimah Sarafna dan Jadala?
Perhatikan ada 2 perkataan menarik yang Allah SWT himpunkan dalam 1 ayat iaitu:

1. Sarafna
2. Jadala.

Kenapa Allah SWT hubungkan 2 perkataan ini dalam 1 ayat?
Apa erti Sarafna dan Jadala?
Apa signifikannya?
Apa nilai dari ayat ini?

Sempena hari Jumaat, ayuh bedah ayat ini.
Seringkali, jika kita lihat terjemahan Al-Quran;

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل
Dan telah kami Sarafna dalam al-Quran ini untuk manusia dari segala bentuk perumpamaan.

Sarafna diterjemah sebagai jelaskan.

Namun, apa erti Sarafna yang sebenarnya?
Sarafna, dari segi bahasa ialah gabungan 2 kalimah iaitu:

a. Saraf

b. Dhamir 'na' yang disini bererti kami.

Kita tak berminat untuk membedah dhamir 'na'.

Kita akan bedah kalimah Saraf untuk memahami erti disebalik frasa

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل
Kalimah Saraf boleh bererti:

التغيير والتحويل
Perubahan dan pertukaran.

Contoh: Morfologi bahasa Arab dinamakan ulama Islam sejak dulukala sebagai Saraf (Kerap dirumikan sebagai Sorof) kerana ia kaji perubahan pola perkataan Arab dari akar kalimahnya.

(Syarah Matan Al-Maqsud)
Ia juga boleh digunakan dengan erti pertukaran.

Contoh penggunaan Saraf sebagai pertukaran ialah Bai' as-Saraf.

Jika dilihat dalam Fiqh Muamalat, Bai' as-Saraf bahaskan hukum-hakam pertukaran barangan ribawi seperti matawang.

Di sini, kalimah Saraf bererti pertukaran.
Selain itu, Saraf boleh bererti berpaling atau memalingkan dan meninggalkan.

Contoh konteks penggunaan Saraf sebagai memalingkan ialah:

صرف الله قلوبهم
Sarafallahu Qulubahum

Allah palingkan hati mereka
(At-Taubah:127)

Di sini, Allah palingkan hati golongan munafik.
Saraf juga boleh bererti indahkan dan hiasi. Jika digunakan dalam ayat

صرفت الكلام
Saya telah menghiasi, meperindahkan kalam saya

Maka ertinya dia telah memperelokkan kata-katanya.

Bagaimana? Wallahu a'lam.
Namun yang jelas, kata-katanya telah diperindah.

(Lisanul Arab)
Jadi, apa erti frasa:

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل

Ertinya:

1. Allah SWT ubah kaedah penyampaian wahyu dalam Al-Quran kepada manusia dengan gunakan pelbagai contoh, perumpamaan dan uslub.

Dalam Al-Quran, Allah tak guna satu contoh atau kaedah penyampaian semata.
Contoh dalam Surah Al-Kahfi, Allah SWT guna:

1. Kisah Ashabul Kahfi untuk golongan biasa yang ingin pelihara akidah

2. Kisah pekebun untuk golongan usahawan dan hartawan

3. Kisah Nabi Musa dan Khidhir AS untuk ahli ilmu

4. Kisah Zulkarnain untuk golongan berkuasa politik
Selain itu, Allah SWT juga guna pelbagai kaedah dalam Al-Quran untuk sampaikan mesejNya.

Ada mesej berbentuk ganjaran nikmat syurga.

Ada mesej berbentuk pengajaran dari kaum yang telah dibinasakan.

Ada mesej berbentuk ancaman dari Allah SWT.

Targhib wa Tarhib.
Maka, Allah SWT gunakan istilah Sarafna kerana:

Allah SWT gunakan pelbagai uslub dan contoh dan lakukannya dengan berulang kali supaya manusia memahami mesej yang Allah SWT ingin sampaikan.

(Tafsir Ruh Al-Maani)

Maka, sesuailah ia diterjemah sebagai Kami jelaskan.
Bahasa yang Allah SWT susun dalam Al-Quran juga amat indah dalam menyampaikan mesej wahyuNya.

Sampaikan golongan Arab yang terkenal dengan kekuataan kesusasteraannya tak mampu menandingi bahasa dan uslub Al-Quran.

Kaum Quraisy tak mampu.
Musailamah Al-Kazzab tak mampu.
Dalam frasa berikutnya, Allah SWT berfirman:

وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

Di sini, Allah SWT memberitahu bahawa manusia ini banyak sekali Jadala.

Apa erti Jadala?
Apa beza Jidal dan Munazarah?
Apa hubungan antara frasa ini dan frasa sebelumnya?
Jadala berasal dari akar kalimah

جدل

Antara erti Jadala ialah berdebat dengan keras.
Namun, erti lain bagi kalimah Jadala ialah:

i. Memintal, memusing, membelit.

Ini dapat dilihat dalam syair Imrul Qais, penyair hebat zaman Jahiliah dalam karyanya Muallaqat.
ii. Kuat

Diriwayatkan dalam Lisanul Arab bahawa antara erti Jadala ialah kuat, sebagaimana anak unta dan gazel yang telah jadal, telah menjadi kuat untuk mengikuti ibunya.

وجدل ولد الناقة والظبية يجدل جدولا : قوي وتبع أمه

Daripada makna-makna ini, apa sebenarnya erti jadala?
Dalam bahasa moden, Jadala bererti kaki debat yang suka putarbelit ayat dan hujah orang lain

Dalam istilah modennya, kaki spin.

Orang cakap A, dia pergi faham B. Kemudian kata apa yang orang tak kata, nafi apa yang orang tak nafi, tuduh orang buat falasi, dan sebagainya.
Dahlah suka berdebat, kuat pula memutarbelit hujah orang lain.

Contoh:

A: Kau dah solat ke belum? Solat itu wajib!
B: Kau tak payah sibuk soal aku! Kau tahu ke isi hati aku?

Persoalannya, siapa cakap tentang isi hati? Tak ada.
Memandai sahaja B pusing ayat A.
C: Kita kena ikut perintah Allah. Allah suruh tutup aurat dengan sempurna, baik lelaki mahupun perempuan.
D: Eh, sibuk suruh orang tutup aurat! Lelaki kena tundukkan pandangan!

Persoalannya, tak ada siapa nafikan perintah tundukkan pandangan. Kita berpesan agar tutup aurat.
Jadi, apa beza antara Jidal dan Munazarah?

Jidal ini debat yang penuh dengan pemusingan.

Adapun munazarah, ia merupakan diskusi di mana pihak-pihak yang memiliki pandangan berbeza melontarkan hujah dan bersedia untuk menerima kebenaran hujah lawan.
Contoh munazarah:

Munazarah Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, di mana kedua Imam Mazhab berdiskusi dan berhujah akan beberapa permasalahan seperti kaedah Fiqh I'tiradi yang tak digemari Imam Malik.

Masing-masing berhujah dengan dalil dan ilmu yang mereka miliki.
Akhirnya, mereka berdua melihat kebenaran dari perspektif dan situasi masing-masing sehingga Imam Abu Laith berkata:

Kalian telah menyumbang kepada Fiqh.

Bahkan, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik saling memuji sesama mereka.

Ini munazarah. Ini dibenarkan.
Jadi, apa signifikannya Allah SWT gabungkan 2 frasa ini menjadi ayat:

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

Allah SWT ingin khabarkan bahawa manusia ini suka spin dan persoalkan ayat Allah SWT biarpun Allah SWT jelaskan sejelas-jelasnya.
Dah bagi banyak contoh pun manusia masih acah tak faham, malah terus 'spin' ayat Allah SWT dan menolaknya dengan pelbagai cara.

Bahkan dalam Tafsir At-Tabari, tafsir ayat ini ialah manusia sering berjidal dengan para Anbiya biarpun wahyu itu jelas.
Semoga kita tak tergolong dalam kalangan kaki spin wahyu Allah dan suka berjidal wahyu Allah SWT.

Adapun munazarah berdasarkan kaedah yang diterima seperti Usul Fiqh dan kaedah bahasa Arab, itu bukan jidal.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

15 Oct
Bila baca kisah-kisah di Internet, teringat firman Allah SWT:

هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Adakah sama mereka yang berilmu dan yang tak berilmu?
(Az-Zumar:9)

Di sini, Allah SWT bertanya akan keadaan orang berilmu dan yang tak berilmu.

Samakah mereka?
Jawapannya mudah: Tak sama.

Allah SWT angkat darjat orang berilmu dari kalangan orang beriman dengan beberapa darjat seperti firmanNya dalam surah Al-Mujadilah:11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Lihat, ini bukti golongan berilmu lebih mulia disisi Allah.
Diriwayatkan dalam tafsir Imam at-Tabari berkenaan ayat ini bahawa Mutarrif bin Abdullah, ulama Tabi'in Basrah berkata:

Kelebihan ilmu lebih aku cintai dari kelebihan ibadah.

Ini antara bukti kelebihan golongan berilmu.

Maka, kita patut berusaha menjadi golongan berilmu.
Read 13 tweets
14 Oct
Terdapat 2 kalimah yang digunakan dalam konteks Allah SWT utuskan Rasul iaitu:
بعث و رسل
Ba'asa dan Rasala.

Kenapa Allah SWT gunakan 2 perkataan ini?
Apa ertinya?
Apa bezanya jika ada?
Apa pengajaran yang boleh diperolehi daripada 2 kalimah ini?
Akar kalimah
رسل
boleh membawa beberapa erti seperti:

1. Membacakan/menuturkan
2. Menyampaikan
3. Mengutuskan
4. Menghantar
5. Mesej

Kalimah Rasul pula bererti
ذو رسالة
Pemilik risalah, pemilik mesej untuk disampaikan
(Lisanul Arab, Taj Al-Arus min Jawahir al-Qamus)
Maka, ketika Allah SWT guna kalimah

رسل

dalam ayat Al-Quran untuk gambarkan tugas para Rasul, ia bermakna para Rasul diutuskan untuk sampaikan dan bacakan risalah wahyu.

Contoh:
إنا أرسلناك بالحق
Sesungguhnya Kami utuskan kamu dengan kebenaran
(Al-Baqarah:119)
Read 13 tweets
9 Oct
Bila murajaah Al-Kahfi, Allah SWT beritahu golongan rugi.

Siapa mereka?

الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا
Iaitu mereka yang 'Dhalla Sa'yuhum' dalam kehidupan dunia dan mereka sangka sesungguhnya mereka berbuat baik
(Ayat 104)

Apa itu Dhalla Sa'yuhum?
Apa maksud frasa 'Dhalla Sa'yuhum'

Untuk fahami Dhalla Sa'yuhum, kita kena bedah 2 perkataan iaitu:

1. Dhalla
2. Sa'yuhum.

Lihat erti Dhalla dulu.

ضل

Berasal dari akar
ضلل

Apa ertinya?

ضد الهدى والرشاد
Lawan kepada petunjuk dan jalan yang lurus/tepat.
(Lisanul Arab)
Pendek kata, Dhalla bererti sesat.

Sesiapa yang Dhalla dah tersasar dari jalan yang tepat, dan dia tiada petunjuk untuk tahu yang dia sesat.

Contoh: A memandu ke lokasi yang dia tak tahu jalan ke arahnya dan sesat.
A tiada peta/Waze/Google Maps untuk beritahu dia sesat.
Read 16 tweets
8 Oct
Antara rukun Islam ialah solat.

Namun, ada golongan yang tolak wajibnya solat fardu.

Mereka tunggang ayat Al-Quran untuk tegakkan pendirian mereka dengan etimologi kalimah Solat.

Ini hujahan dan jawapan terhadap mereka yang tunggang kaedah bahasa Arab dalam tafsir Al-Quran.
Menurut antihadis, solat dalam Al-Quran bukan solat menurut istilah syarak:

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير مختتمة بالتسليم غالبا
Kata-kata dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam

Menurut mereka, ini bukan maksud solat yang diperintahkan Allah.
Mereka 'cerdik', jadi mereka guna etimologi bahasa Arab bagi kalimah solat.

Antara makna solat dari segi bahasa ialah:

الدعاء
Doa.

Bagi penuntut ilmu agama, ini erti yang terkenal.

Namun, ada erti lain yang kurang diketahui orang ramai namun dieksploitasi.
Read 19 tweets
7 Oct
Dalam surah An-Nahl:43, Allah SWT berfirman:

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah pada ahli zikri(ilmu) jika kalian tak tahu

Kenapa Allah SWT tak gunakan kalimah
علم

Namun sebaliknya guna kalimah zikri
ذكر

Apa tujuan dan signifikannya pemilihan kalimah ini?
Maksud zikr yang sering kita faham ialah:
1. Ingat
2. Mengulangi sesuatu dengan lafaz (zikir).

Contoh:
Berzikir: Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah

Ini memang salah satu maksud zikr.
Namun, maksud zikr lebih luas lagi lagi jika dikaji dari aspek bahasa.
Dari sudut etimologi, zikr ialah perkataan Semitik yang asalnya digunakan dengan beberapa maksud seperti:

1. Ingat
2. Mengulangi bacaan
3. Tinggalan
4. Fikir
5. Belajar
6. Melaporkan dan menyampaikan sesuatu

Kognat Hebrew bagi zikr ialah zachar.
Read 11 tweets
22 Sep
Antara nikmat memahami etimologi Al-Quran ialah dapat lihat makna disebalik terjemahan.

Contoh: Bila solat, kita wajib baca
اهدنا الصراط المستقيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Usul kalimah Sirat ialah dari Latin, strata.
Apa makna strata?
Strata ada beberapa maksud iaitu:
1. Jalan berturap.

Di zaman Rom, jalan diturap dengan batu. Di zaman moden, jalan berturap dengan tar.
Apapun, jalan berturap lebih selesa untuk pejalan kaki berbanding jalan biasa (kecuali turap berlubang). Image
Dan masyarakat Rom membina jalan berturap dengan tepat (mengambilkira teknologi zaman itu).

Maka, sirat membawa maksud jalan berturap yang dibina dengan ketepatan - dan dikuatkan permintaan kita dengan Mustaqim (lurus, benar).
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!