Bila baca Surah Al-Kahfi:1,

الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا

Segala puji bagi Allah yang telah turunkan kepada hambaNya Al-Kitab, dan tak jadikan padanya kebengkokan.

Teringat mereka yang 'berhujah' guna Al-Quran demi benarkan hujah dongengan Bumi Rata.
Menurut golongan Bumi Rata, Al-Quran mengesahkan bahawa bumi itu rata.

Menurut mereka, jika bumi bukan rata - maka kita telah mendustakan Al-Quran.

Dan jika bumi benar-benar bukan rata, maka Al-Quran telah silap.

Namun, adakah cara mereka memahami Al-Quran benar?
Al-Quran tiada kesalahan dan pemesongan.

FirmanNya:
ولم يجعل له عوجا

Apa ertinya? Ertinya, Al-Quran yang diturunkan Allah SWT tiada sebarang pemesongan, kebengkokan.

Namun, mereka yang tak faham Al-Quran yang 'memesongkannya'.

Bagaimana? Dengan salah tafsir Al-Quran.
FirmanNya dalam Surah Al-Jumaah:2,

هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة

Dia yang telah bangkitkan dalam kalangan Ummiyyin, Rasul SAW.

Antara tugasnya seperti dalam ayat ini ialah untuk mengajarkan Al-Kitab, iaitu Al-Quran.
Disini, jelas bahawa tugas Baginda SAW untuk mengajarkan Al-Quran.

Apa pengajaran dari Surah Al-Jumaah:2 dalam meneliti erti ayat Surah Al-Kahfi:1?

Pengajarannya ialah:

Al-Quran itu benar dan tak terpesong walau sedikitpun.
Namun, memahaminya perlu kepada kaedah yang benar.
Apa kaedah yang benar?

Iaitu mengikut kaedah yang diajarkan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA yang mempelajari dari Baginda SAW.

Bukan memahami Al-Quran mengikut kefahaman sendiri tanpa landasan ilmu yang benar. Ini sesuatu yang berbahaya.

Lihat:
Mereka yang salahtafsir Al-Quran, yang sebenarnya pesongkan erti asal dalam ayat-ayat Al-Quran.

Sedangkan kita memahami Al-Quran seperti diajarkan RasulNya, dan kefahaman ini diwarisi para Sahabat RA dan ulama Mufassirin. Dengan kefahaman ini, Al-Quran berdiri atas kebenaran.
Tiada kebengkokan dalam Al-Quran.
Tiada kesalahan dalam ayat Al-Quran, melainkan kita yang salah faham.

Kita kena faham Al-Quran seperti yang diajarkan Baginda SAW yang diwarisi para ulama mengikut disiplin ilmu tafsir.

Bukan memandai-mandai tafsir Al-Quran sendiri tanpa ilmu.
P.s:
Hari ini, perkongsian santai sahaja. Tak boleh buat bebenang panjang sangat. Kena kawal diri.

Rujukan:
1. Tafsir at-Tabari
2. Tafsir Baghawi
3. Tafsir Ibn Kathir

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

22 Nov
Ramai ada orang salah faham bahawa sedekah mesti dibuat tanpa mengambil kira prioriti.

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis dari Nabi SAW, di mana Baginda berkata:
تصدقوا
Bersedekahlah kalian

Ada satu lelaki jawab:
يا رسول الله عندي دينار
Wahai Rasul Allah, aku ada 1 dinar.
Apa jawapan Nabi SAW?

تصدق به على نفسك
Bersedekahlah dengannya ke atas diri kamu sendiri.

Di sini, Nabi SAW tak bersabda: Ha, bersedekahlah pada orang lain.

Baginda suruh belanjakan pada diri sendiri sebagai satu bentuk sedekah.

Kemudian apa kata lelaki itu?
Lelaki itu berkata:

عندي آخر
Disisiku ada lagi 1 dinar

Apa Nabi SAW suruh?

تصدق به على زوجتك
Bersedekahlah dengannya ke atas isteri kamu.

Bagi yang tak ada isteri, tunggu ada isteri nanti bolehlah bersedekah lebih-lebih pada isteri ya.

Kemudian lelaki itu membalas. Apa dia?
Read 7 tweets
22 Nov
Memahami ayat:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
(Qaf:16)

Apa kefahaman sebenar ayat ini?

P.s: Lepas ni den memang tak layan komen pelik sebegini di Curiouscat den. Haiih lah, kenapalah kronik sebegini dalam memahami nas. Image
Cuba kita teliti secara penuh ayat yang dihujahkan.

ولقد خلقنا الإنسان ونعلم ما توسوس به نفسه
Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dan tahu apa yang dibisikkan hatinya.

Kemudian baru diikuti:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
Dari sini, mufassirin seperti Al-Baghawi berkata bahawa dekat disini ialah dekatnya ilmu Allah, bukan ZatNya.

Kerana apa? Kerana Allah mengetahui apa yang tersembunyi dalam jiwa manusia, dan diberikan bidalan 'hampirnya', iaitu ilmuNya lebih hampir dari urat leher manusia.
Read 18 tweets
21 Nov
Antara kesalahan fatal dalam memahami nas syarak ialah mengabaikan Usul Fiqh.

Dalam ilmu Usul Fiqh, ada perbahasan bab Al-Am.

Apa itu Al-Am?

P.s: Ini komen yang diajukan di Curiouscat den.
Fokus den ialah menjawab tafsiran songsang. ImageImage
Apa itu Al-Am?
Al-Am ialah lafaz yang meliputi keseluruhan makna yang sesuai dengannya berdasarkan satu peruntukan

اللفظ المستغرق لجميع ما يصلح بحسب وضع واحد

Contoh:
Lelaki.
Bila kita sebut 'lelaki', ertinya semua yang memenuhi kriteria lelaki tergolong dalamnya.
Tak kiralah dia orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, tinggi, pendek, gelap, cerah, kuning langsat - jika dia memenuhi kriteria lelaki, maka dia termasuk dalam kategori lelaki.

Buruh: Tak kiralah apa kerjanya, berapa umurnya, apa bangsanya, selagi dia pekerja - dia buruh.
Read 21 tweets
16 Oct
Dalam Al-Kahfi:54,

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
Dan telah Kami Sarafna dalam Al-Quran ini bagi manusia dari segala perumpamaan, dan adalah manusia itu terbanyak Jadala dalam sesuatu.

Apa erti ayat ini?
Apa erti kalimah Sarafna dan Jadala?
Perhatikan ada 2 perkataan menarik yang Allah SWT himpunkan dalam 1 ayat iaitu:

1. Sarafna
2. Jadala.

Kenapa Allah SWT hubungkan 2 perkataan ini dalam 1 ayat?
Apa erti Sarafna dan Jadala?
Apa signifikannya?
Apa nilai dari ayat ini?

Sempena hari Jumaat, ayuh bedah ayat ini.
Seringkali, jika kita lihat terjemahan Al-Quran;

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل
Dan telah kami Sarafna dalam al-Quran ini untuk manusia dari segala bentuk perumpamaan.

Sarafna diterjemah sebagai jelaskan.

Namun, apa erti Sarafna yang sebenarnya?
Read 25 tweets
15 Oct
Bila baca kisah-kisah di Internet, teringat firman Allah SWT:

هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Adakah sama mereka yang berilmu dan yang tak berilmu?
(Az-Zumar:9)

Di sini, Allah SWT bertanya akan keadaan orang berilmu dan yang tak berilmu.

Samakah mereka?
Jawapannya mudah: Tak sama.

Allah SWT angkat darjat orang berilmu dari kalangan orang beriman dengan beberapa darjat seperti firmanNya dalam surah Al-Mujadilah:11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Lihat, ini bukti golongan berilmu lebih mulia disisi Allah.
Diriwayatkan dalam tafsir Imam at-Tabari berkenaan ayat ini bahawa Mutarrif bin Abdullah, ulama Tabi'in Basrah berkata:

Kelebihan ilmu lebih aku cintai dari kelebihan ibadah.

Ini antara bukti kelebihan golongan berilmu.

Maka, kita patut berusaha menjadi golongan berilmu.
Read 13 tweets
14 Oct
Terdapat 2 kalimah yang digunakan dalam konteks Allah SWT utuskan Rasul iaitu:
بعث و رسل
Ba'asa dan Rasala.

Kenapa Allah SWT gunakan 2 perkataan ini?
Apa ertinya?
Apa bezanya jika ada?
Apa pengajaran yang boleh diperolehi daripada 2 kalimah ini?
Akar kalimah
رسل
boleh membawa beberapa erti seperti:

1. Membacakan/menuturkan
2. Menyampaikan
3. Mengutuskan
4. Menghantar
5. Mesej

Kalimah Rasul pula bererti
ذو رسالة
Pemilik risalah, pemilik mesej untuk disampaikan
(Lisanul Arab, Taj Al-Arus min Jawahir al-Qamus)
Maka, ketika Allah SWT guna kalimah

رسل

dalam ayat Al-Quran untuk gambarkan tugas para Rasul, ia bermakna para Rasul diutuskan untuk sampaikan dan bacakan risalah wahyu.

Contoh:
إنا أرسلناك بالحق
Sesungguhnya Kami utuskan kamu dengan kebenaran
(Al-Baqarah:119)
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!