Antara kesalahan fatal dalam memahami nas syarak ialah mengabaikan Usul Fiqh.

Dalam ilmu Usul Fiqh, ada perbahasan bab Al-Am.

Apa itu Al-Am?

P.s: Ini komen yang diajukan di Curiouscat den.
Fokus den ialah menjawab tafsiran songsang.
Apa itu Al-Am?
Al-Am ialah lafaz yang meliputi keseluruhan makna yang sesuai dengannya berdasarkan satu peruntukan

اللفظ المستغرق لجميع ما يصلح بحسب وضع واحد

Contoh:
Lelaki.
Bila kita sebut 'lelaki', ertinya semua yang memenuhi kriteria lelaki tergolong dalamnya.
Tak kiralah dia orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, tinggi, pendek, gelap, cerah, kuning langsat - jika dia memenuhi kriteria lelaki, maka dia termasuk dalam kategori lelaki.

Buruh: Tak kiralah apa kerjanya, berapa umurnya, apa bangsanya, selagi dia pekerja - dia buruh.
Antara ciri-ciri Al-Am ialah adanya lafaz yang menunjukkan semua/menyeluruh.

Contoh dalam bahasa Melayu:
SEMUA staf diwajibkan menghadiri perhimpunan mingguan.
SEMUA pelajar diwajibkan memakai tali leher sekolah.
SEMUA pekerja kerajaan mesti amanah dalam tugas.
Jika kita lihat ayat yang dijadikan hujah bahawa:
i. Allah menciptakan diriNya
ii. Allah berpasangan

Kita dapati bahawa ayat-ayat bersifat Am berdasarkan cirinya iaitu:
Adanya perkataan semua iaitu
كل شيء

bererti semua perkara.
Namun, ada satu persoalan.
Adakah ayat Am memang bererti semua?
Atau ia dikhususkan kepada golongan tertentu?
___________
Eh? Kalau dah semua, ertinya semua lah! Apa dikhususkan pula?
Ini tak logik!
___________
Sebenarnya perkara ini normal.
Bahkan dalam bahasa Melayu pun benda ini berlaku.
Contoh:
Pengetua SMK Munshi Abdullah berkata: Semua pelajar diwajibkan memakai baju korporat sekolah setiap hari Rabu.

Ayat ini Am, kerana pengetua berkata: Semua pelajar.

Namun, adakah arahan ini mencakupi pelajar SMK Tinggi Melaka, SMK Durian Daun, SBPI Selandar dsb?
Mestilah tak! Pengetua SMK Munshi Abdullah mesti arahkan pelajar sekolahnya sahaja!

Pandai.

Inilah yang kita namakan Al-Am yang ada pengkhususannya.
Bukan semua Al-Am dibiarkan atas keumumannya.

Jadi, apa kriteria Al-Am yang ada pengkhususan pada erti ayatNya?
i. Ada pengecualian
ii. Ada limitasi masa
iii. Ada syarat
iv. Ada sifat yang jelaskan zat/perbuatan
v. Akal manusia
vi. Adat setempat

Hal ini boleh berlaku dalam satu ayat atau pada ayat berbeza. Ulama pisahkan kriteria ini kepada:
Mukhasis al-Muttasil dan Mukhasis al-Munfasil.
Ok, kita lihat jika ayat yang dijadikan hujah ialah Am yang dibiarkan atas keumumannya atau Am yang dikhususkan.

الله خالق كل شيء
Allah Pencipta semua perkara
(Az-Zumar:62)

Kononnya, dengan ambilkira kalimah Syai'in merangkumi Allah SWT - kelihatan seolah Dia ciptakan diriNya.
Namun, Nabi SAW bersabda:

يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا؟ من خلق كذا؟ حتى يقول: من خلق ربك؟

Syaitan akan mendatangi salah seorang dari kamu dan bertanya: Siapa ciptakan ini, siapa ciptakan itu sehinggalah dia berkata: Siapa ciptakan Tuhanmu?

Apa jawapan Nabi SAW?
Nabi SAW menjawab:

فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته
Sekiranya soalan ini sampai, maka hendaklah dia istighfar kepada Allah dan berhenti melayannya.
(HR Bukhari)

Nabi SAW tak kata: Allah ciptakan diriNya.
Baginda suruh kita beristighfar dan tak layan soalan mengarut ini.
Maka, jelaslah jika kita rangkumi Allah SWT dalam kalimah
شيء
sekalipun, ia tak bererti Allah SWT mencipta diriNya.

Ini akidah mengarut.

Begitu juga dalam masalah sama ada Allah SWT memiliki pasangan.
Ayuh kita lihat takhsis pada ayat yang dijadikan hujah.
Menurutnya:
ومن كل شيء خلقنا زوجين
Dan dari semua perkara telah Kami ciptakan pasangannya
(Az-Zariyat:49)

Adakah ayat ini merangkumi Allah SWT?
Jawapannya tak.
FirmanNya:

ولم يكن له كفوا أحد
(Al-Ikhlas:4)
Allah tiada satupun Kufuwan bagiNya.
Apa erti Kufuwan?
Antara erti Kufuwan ialah:
صاحبة

Ertinya, Allah tiada isteri atau pasangan yang dijadikan untuk mendampingiNya.

Jadi, sekalipun jika kita katakan Allah juga termasuk dalam
شيء

Ia tetap tak bererti Allah SWT ada pasangan.
Az-Zariyat:49 ialah ayat Am yang telah dikhususkan.
Baik, ini jika kita katakan Allah SWT tergolong dalam
شيء
yang dimaksudkan dalam setiap ayat Al-Quran.

Adakah Dia perlu tergolong dalam setiap kalimah
شيء
dalam Al-Quran?

Jawapannya tidak.

Apa hujahnya?
Kita akan menjawab dengan konsep Al-Am yang ada pengkhususannya.
Lihat ayat:

وجعلنا من الماء كل شيء حي
Dan telah Kami jadikan semua perkara yang hidup dari air.
(Al-Anbiya:30)

Adakah SEMUA PERKARA YANG HIDUP dijadikan dari air?

Jin diciptakan dari nyala api seperti dalam Surah Al-Rahman:15,

وخلق الجان من مارج من نار

Jin hidup.
Malaikat diciptakan dari cahaya seperti sabdaNya:

خلقت الملائكة من نور
Telah diciptakan malaikat dari cahaya
(HR Muslim)

Malaikat juga hidupan, namun ia bukan dari air bahkan diciptakan dari Nur.

Maka, adakah frasa:
كل شيء حي

Bererti SEMUA PERKARA?
Betulkah pemahaman ini?
Sudah tentu tidak.

Ada lafaz Am yang dikhususkan.
Maka, apabila kita berinteraksi dengan dalil Syarak, kita kena fahami nas Syarak (Al-Quran dan Hadis) melalui disiplin ilmu yang betul.

Bukan tafsir sesuka hati sampai berkata: Allah ada pasangan, Allah cipta diriNya sendiri.
Ruj:
1. Al-Wajiz fi Usul Fiqh
2. Usul Fiqh, Sh Wahbah Zuhaili
3. Ilm Usul Fiqh, Sh Abdul Wahhab Khalaf
4. Turuq Istinbat al-Ahkam min Al-Quran Al-Karim
5. Usul Fiqh al-Islami
5. Al-Mahsul, Fakhruddin al-Razi
5. Lisanul Arab
6. Taj al-Arus
7. Tafsir at-Tabari
8. Tafsir Ibn Kathir
9. Tafsir al-Qurthubi
10. Fathul Bari syarah Sahih Bukhari

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ح.ف.ت.ش.ا تويت

ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ahnewyear19

22 Nov
Ramai ada orang salah faham bahawa sedekah mesti dibuat tanpa mengambil kira prioriti.

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis dari Nabi SAW, di mana Baginda berkata:
تصدقوا
Bersedekahlah kalian

Ada satu lelaki jawab:
يا رسول الله عندي دينار
Wahai Rasul Allah, aku ada 1 dinar.
Apa jawapan Nabi SAW?

تصدق به على نفسك
Bersedekahlah dengannya ke atas diri kamu sendiri.

Di sini, Nabi SAW tak bersabda: Ha, bersedekahlah pada orang lain.

Baginda suruh belanjakan pada diri sendiri sebagai satu bentuk sedekah.

Kemudian apa kata lelaki itu?
Lelaki itu berkata:

عندي آخر
Disisiku ada lagi 1 dinar

Apa Nabi SAW suruh?

تصدق به على زوجتك
Bersedekahlah dengannya ke atas isteri kamu.

Bagi yang tak ada isteri, tunggu ada isteri nanti bolehlah bersedekah lebih-lebih pada isteri ya.

Kemudian lelaki itu membalas. Apa dia?
Read 7 tweets
22 Nov
Memahami ayat:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
(Qaf:16)

Apa kefahaman sebenar ayat ini?

P.s: Lepas ni den memang tak layan komen pelik sebegini di Curiouscat den. Haiih lah, kenapalah kronik sebegini dalam memahami nas. Image
Cuba kita teliti secara penuh ayat yang dihujahkan.

ولقد خلقنا الإنسان ونعلم ما توسوس به نفسه
Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dan tahu apa yang dibisikkan hatinya.

Kemudian baru diikuti:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
Dari sini, mufassirin seperti Al-Baghawi berkata bahawa dekat disini ialah dekatnya ilmu Allah, bukan ZatNya.

Kerana apa? Kerana Allah mengetahui apa yang tersembunyi dalam jiwa manusia, dan diberikan bidalan 'hampirnya', iaitu ilmuNya lebih hampir dari urat leher manusia.
Read 18 tweets
20 Nov
Bila baca Surah Al-Kahfi:1,

الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا

Segala puji bagi Allah yang telah turunkan kepada hambaNya Al-Kitab, dan tak jadikan padanya kebengkokan.

Teringat mereka yang 'berhujah' guna Al-Quran demi benarkan hujah dongengan Bumi Rata.
Menurut golongan Bumi Rata, Al-Quran mengesahkan bahawa bumi itu rata.

Menurut mereka, jika bumi bukan rata - maka kita telah mendustakan Al-Quran.

Dan jika bumi benar-benar bukan rata, maka Al-Quran telah silap.

Namun, adakah cara mereka memahami Al-Quran benar?
Al-Quran tiada kesalahan dan pemesongan.

FirmanNya:
ولم يجعل له عوجا

Apa ertinya? Ertinya, Al-Quran yang diturunkan Allah SWT tiada sebarang pemesongan, kebengkokan.

Namun, mereka yang tak faham Al-Quran yang 'memesongkannya'.

Bagaimana? Dengan salah tafsir Al-Quran.
Read 9 tweets
16 Oct
Dalam Al-Kahfi:54,

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
Dan telah Kami Sarafna dalam Al-Quran ini bagi manusia dari segala perumpamaan, dan adalah manusia itu terbanyak Jadala dalam sesuatu.

Apa erti ayat ini?
Apa erti kalimah Sarafna dan Jadala?
Perhatikan ada 2 perkataan menarik yang Allah SWT himpunkan dalam 1 ayat iaitu:

1. Sarafna
2. Jadala.

Kenapa Allah SWT hubungkan 2 perkataan ini dalam 1 ayat?
Apa erti Sarafna dan Jadala?
Apa signifikannya?
Apa nilai dari ayat ini?

Sempena hari Jumaat, ayuh bedah ayat ini.
Seringkali, jika kita lihat terjemahan Al-Quran;

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل
Dan telah kami Sarafna dalam al-Quran ini untuk manusia dari segala bentuk perumpamaan.

Sarafna diterjemah sebagai jelaskan.

Namun, apa erti Sarafna yang sebenarnya?
Read 25 tweets
15 Oct
Bila baca kisah-kisah di Internet, teringat firman Allah SWT:

هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Adakah sama mereka yang berilmu dan yang tak berilmu?
(Az-Zumar:9)

Di sini, Allah SWT bertanya akan keadaan orang berilmu dan yang tak berilmu.

Samakah mereka?
Jawapannya mudah: Tak sama.

Allah SWT angkat darjat orang berilmu dari kalangan orang beriman dengan beberapa darjat seperti firmanNya dalam surah Al-Mujadilah:11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Lihat, ini bukti golongan berilmu lebih mulia disisi Allah.
Diriwayatkan dalam tafsir Imam at-Tabari berkenaan ayat ini bahawa Mutarrif bin Abdullah, ulama Tabi'in Basrah berkata:

Kelebihan ilmu lebih aku cintai dari kelebihan ibadah.

Ini antara bukti kelebihan golongan berilmu.

Maka, kita patut berusaha menjadi golongan berilmu.
Read 13 tweets
14 Oct
Terdapat 2 kalimah yang digunakan dalam konteks Allah SWT utuskan Rasul iaitu:
بعث و رسل
Ba'asa dan Rasala.

Kenapa Allah SWT gunakan 2 perkataan ini?
Apa ertinya?
Apa bezanya jika ada?
Apa pengajaran yang boleh diperolehi daripada 2 kalimah ini?
Akar kalimah
رسل
boleh membawa beberapa erti seperti:

1. Membacakan/menuturkan
2. Menyampaikan
3. Mengutuskan
4. Menghantar
5. Mesej

Kalimah Rasul pula bererti
ذو رسالة
Pemilik risalah, pemilik mesej untuk disampaikan
(Lisanul Arab, Taj Al-Arus min Jawahir al-Qamus)
Maka, ketika Allah SWT guna kalimah

رسل

dalam ayat Al-Quran untuk gambarkan tugas para Rasul, ia bermakna para Rasul diutuskan untuk sampaikan dan bacakan risalah wahyu.

Contoh:
إنا أرسلناك بالحق
Sesungguhnya Kami utuskan kamu dengan kebenaran
(Al-Baqarah:119)
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!