TikTok sekarang sedang mendominasi platform media sosial. Walaupun sudah banyak konten yang bermanfaat, tetapi ia tidak dapat mengambus konten negatif yang terdapat di sana.

Sebelum terus hanyut bermain TikTok, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.
TikTok ini memang direka bentuk untuk meninggikan ketagihan. Sasaran mereka ialah golongan muda.

Douyin = TikTok
Ada 3 aspek yang membuatkan TikTok menjadi ketagihan:

1. Interaction design
2. System and modularity
3. Short-form video technology

Huraian ketiga-tiga aspek ini panjang. Oleh itu, saya akan lampirkan website di hujung bebenang untuk anda membuat bacaan.
Bagi tujuan perniagaan, TikTok adalah platform yang bagus. Tetapi dari aspek pembelajaran, ia menatijahkan pemecahan maklumat (fragmentation of information).
Membuat video dalam durasi pendek untuk menerangkan sesuatu maklumat ini memang menarik dan memudahkan pengguna untuk faham, tetapi risikonya, pengguna akan terpisah daripada maklumat sebenar sesebuah ilmu.
Apabila minda sudah terbiasa memproses informasi yang kecil, kesannya, kita akan malas membaca dan berfikir. Nampak artikel panjang sikit, suruh lukis kerana sukar untuk fokus pada bacaan.
Selain itu, secebis info yang dikongsi dalam durasi pendek memberi satu tanggapan bahawa seseorang itu mempunyai ilmu.

Misalnya perkongsian ilmu agama daripada orang yang tidak berkelayakan, kemudian dijadikan rujukan oleh masyarakat. Ini bahaya.
“TikTok ini bergantung kepada apa yang kita biasa tengok. Jangan merungut jika di FYP (For Your Page) keluar konten mengarut.”

Kenyataan ini tidak tepat. Di laman utama, pengguna tidak boleh memilih apa yang akan keluar pada video seterusnya.
TikTok akan memainkan konten-konten yang sedang sohor. Jika kita mengulang konten tersebut lebih 3 kali, sistem TikTok akan menganalisis bahawa kita berminat dengan konten tersebut seterusnya menyajikan konten-konten yang lebih kurang sama.
TikTok ini lebih banyak konten negatif. Jika perasan, walaupun kita mengikuti akaun-akaun yang positif, tetapi bila tatal (scroll) FYP, pasti akan terselit konten mengarut.
Ini belum masuk soal agama. Bagaimana TikTok ini berjaya menghakis rasa malu dalam diri manusia, menggalakkan wanita untuk bertabarruj. Ini semua adalah usaha menormalisaikan maksiat tanpa kita sedar.
Orang dewasa mungkin tahu untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara. Tetapi yang banyak di TikTok ini adalah golongan remaja. Untuk jangka masa panjang, ia akan memberi mudarat pada diri mereka.
Ibu bapa, sila pantau anak-anak anda. Masyarakat di Malaysia sudah mula menganggap TikTok ini bagus. Sudah mula merasa normal dengan tarian, prank dan lain-lain.

Lumrah kemodenan.

Di sebalik kemajuan teknologi yang kita nikmati, ada harga diri yang menjadi korban.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with أنينا فاريس

أنينا فاريس Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @anina_faris

18 Aug 20
Salah faham umat Islam akan kisah Harut dan Marut yang mengajar sihir serta cara untuk melawan sihir.

Ini adalah bebenang. Image
Kebanyakan kisah tentang Harut dan Marut datangnya daripada israelliyat. Kisah yang sering berlegar adalah mereka turun ke dunia kerana nak jadi manusia sebab hairan macam mana manusia boleh kufur kepada Allah.
Oleh itu Allah bagi mereka nafsu dan diturunkan mereka ke dunia untuk hidup sebagai manusia biasa. Namun selepas diturunkan, mereka telah diuji dengan maksiat dan menjadi sesat.

Ini adalah kisah yang karut.
Read 31 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!