Ayman Rashdan Wong Profile picture
Feb 1, 2021 23 tweets 8 min read Read on X
Aku nak hiatus lagi sebulan. Tapi atas permintaan, aku ulas sikitlah pasal Myanmar.

Sepatutnya parlimen Myanmar mula bersidang hari ini, tapi tentera (orang Myanmar panggil Tatmadaw) bertindak menahan pemimpin parti National League for Democracy (NLD) termasuk Aung San Suu Kyi. Image
Apa yang berlaku ialah rampasan kuasa (kudeta) yang klasik.

Kenapa nak rampas kuasa? Sebab Tatmadaw takut hilang kuasa.

Walaupun Myanmar sekarang mengamalkan demokrasi, tapi "demokrasi" ini sebenarnya diwujudkan oleh Tatmadaw, dengan tujuan untuk memelihara kuasa mereka. Image
Tatmadaw menguasai politik Myanmar sejak tahun 1962, selepas Jeneral Ne Win menggulingkan Presiden Win Maung & PM U Nu.

US pada waktu tu sibuk Perang Vietnam, so tak ada masa nak tarbiah Myanmar (waktu tu masih bernama Burma) pasal demokrasi dan hak asasi manusia bagai. Image
Hanya pada tahun 1988-1989, situasi Myanmar mula menarik perhatian dunia apabila berlaku demonstrasi besar-besaran yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi yang mengasaskan parti NLD. Image
Suu Kyi adalah anak Aung San yang merupakan bapa kemerdekaan Myanmar. Keluarga Aung San masih mempunyai prestij yang tinggi di kalangan orang ramai, jadi Tatmadaw melihat Suu Kyi sebagai ancaman dan kurung dia kat rumah. Image
Tapi pada masa yang sama, Tatmadaw bersetuju untuk mengadakan PRU pada tahun 1990, dengan harapan parti proksi tentera (National Unity Party) akan menang. Sekali kena belasah dengan NLD yang menang 392 daripada 492 kerusi. Tatmadaw tak terima keputusan, dan tak buat PRU lagi. Image
Ahli politik & media luar (terutamanya Barat) bersimpati dengan Suu Kyi, melihat dia sebagai ikon demokrasi, bagi dia Nobel Peace Prize pada tahun 1991.

Myanmar pun dikenakan pelbagai sekatan ekonomi, & akhirnya Tatmadaw membebaskan Suu Kyi pada 2010.

Ni suami & 2 anaknya. Image
Perlembagaan baharu juga berkuatkuasa bermula tahun 2008, membenarkan PRU bagi memilih wakil rakyat ke parlimen. Cuma, 25% kerusi parlimen (110/440 dewan bawah, 56/224 dewan atas) bagi kat Tatmadaw tanpa melalui PRU. Dan perlembagaan hanya boleh dipinda dengan undi lebih 75% MP. Image
Indonesia pun pernah buat macam tu selepas kejatuhan Suharto tahun 1998, di mana 38 daripada 500 kerusi Majlis Perwakilan Rakyat reserved untuk tentera dan polis. Tapi peraturan itu dimansuhkan bermula tahun 2004, membolehkan Indonesia menjadi demokrasi penuh. Image
Tatmadaw juga diberi jawatan kabinet yang paling penting seperti naib presiden, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan. Tak ada jawatan PM. Presiden dicalonkan oleh parlimen dan selalunya dari kalangan ahli parti yang mempunyai paling banyak kerusi. Image
Dan untuk menghalang Suu Kyi menjadi presiden, Perlembagaan 2008 menetapkan sesiapa yang berkahwin dengan warga asing tak boleh pegang jawatan presiden. So basically Suu Kyi yang berkahwin dengan Michael Aris (warga UK) tak layak. Image
PRU diadakan pada 2010. NLD tak bertanding, maka Union and Solidarity Development Party (USDP) yang merupakan proksi Tatmadaw menang 388 daripada 498 kerusi yang dipertandingkan. Thein Sein (tentera bersara) dilantik sebagai ketua kerajaan "orang awam" pertama sejak 1962. Image
Tapi dalam PRU 2015, NLD belasah USDP dengan memenangi 390 daripada 498 kerusi.

Walaupun Suu Kyi tak boleh pegang jawatan presiden, parlimen yang dikuasai oleh NLD meluluskan undang-undang yang mencipta jawatan khas bernama State Counsellor untuk Suu Kyi. Image
Nama je Counsellor (Penasihat), tapi dia yang pegang kuasa sebenar sebagai ketua kerajaan "de facto" (secara fakta). Tapi yang pegang jawatan presiden (Htin Kyaw dan kemudian Win Myint) pun dari NLD. Geng sendiri so tak kisah lah. Image
Sebagai respon, Tatmadaw mengorak langkah seterusnya dengan mengapi-apikan sentimen anti-Rohingya. Pada Oktober 2016, Tatmadaw melancarkan serangan ke atas kaum Rohingya di Rakhine, membuat kerajaan NLD berdepan dengan desakan antarabangsa. Image
Kira-kira yang dibuat oleh Tatmadaw ialah: kalau Suu Kyi pertahankan Rohingya, maka kaum majoriti (Bamar) yang termakan propaganda akan benci Suu Kyi, NLD akan kalah PRU. Suu Kyi ialah ikon demokrasi dan hak manusia, & rapat dengan Barat, mestilah dia akan bersama Rohingya. Image
Tapi agak mengejutkan, Suu Kyi memilih untuk mempertahankan tindakan Tatmadaw, sanggup dimaki oleh satu dunia. Tapi itu juga membolehkan NLD menang sekali lagi dalam PRU November 2020, tambah lagi 6 kerusi. Image
Kalau berterusan macam ni, Tatmadaw memang out lah. So Tatmadaw pertikaikan keputusan PRU, kata PRU tak bersih, dan mengambil tindakan menahan Suu Kyi dan Win Myint, dan mengisytiharkan darurat selama setahun. Image
Jalan cerita yang seterusnya bergantung kepada reaksi kuasa-kuasa besar, terutamanya China dan India yang jadi jiran Myanmar.

Tatmadaw ada hubungan baik dengan China, so basically China akan berdiam diri, kata tu urusan dalaman Myanmar. Image
India pun tak kisah sangat perkembangan dalaman Myanmar, as long as kerajaan Myanmar jaga kepentingan India dalam Myanmar (India ada banyak projek infrastruktur di Myanmar). Image
So kena tengok apa reaksi US dan EU. US di bawah Biden yang berhaluan liberal internationalist memang tak boleh toleransi dengan benda-benda macam ni, cuma selain sekatan dan kecaman, US pun tak boleh buat apa sangat. Image
Reaksi rakyat Myanmar juga akan jadi penentu. Adakah penyokong NLD akan dapat terima demokrasi digantung begitu sahaja? Dan kalau berlaku protes besar-besaran, apakah respon Tatmadaw? Itu semua akan menentukan halatuju krisis politik Myanmar kali ini. Image
Dalam Politik Untuk Pemula yang akan terbit nanti, korang akan baca lebih lanjut pasal kudeta dalam Bab 24 (Rampasan Kuasa). Kenapa ada negara tenteranya sangat berkuasa sampai boleh buat kudeta, ada negara pula tak ada masalah macam tu.

Nak kembali berhiatus. Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

Dec 3
Basically presiden Korea Selatan sekarang (Yoon Suk Yeol) ni banyak isu. Korup, nepotis, bini buat hal. Approval rate pun 20% je.

Pembangkang (Minjudang) nak buat usul "impeach" pendakwa raya, which akan bongkarkan salah laku bini dia.

So dia declare darurat gantung parlimen. Image
Tindakan dia pasti akan backfire sebab rakyat Korea Selatan ni sensitif dengan pencabulan demokrasi.

Dalam sejarah moden Korea Selatan ada 2 diktator: Park Chung-hee (1962-79) dan Chun Doo-hwan (1980-88). Diorang tentera yang rampas kuasa dan buat darurat gantung demokrasi. Image
Tindakan Chun Doo-hwan bawa kepada demonstrasi di Gwangju pada Mei 1980. Chun respond dengan bunuh orang Gwangju ramai-ramai.

Kejadian tu lah yang dipanggil sebagai Gwangju Uprising, titik hitam dalam sejarah Korea Selatan. Image
Read 5 tweets
Dec 1
Konflik Syria ni terlalu rumit untuk di-simplify-kan jadi US/Israel vs Syria/Rusia.

Ada 4 faksi utama: pro-Assad, anti-Assad (banyak faksi, yang terbesar now Hayat Tahrir al-Sham / HTS), Kurd, proksi Turki.

Rusia/Iran sokong Assad. Yang tu clear. Tapi US complicated sikit. Image
Mula2 US sokong faksi-faksi anti-Assad, tapi dia takut naikkan "jihadis".

Lepas munculnya ISIS, US beri sokongan kepada Kurd, jadikan Kurd makin kuat dan control bahagian timur.

Bila Kurd kuat, Turki tak happy sebab diorang akan galakkan Kurd di timur Turki untuk memberontak.
So Turki jadi main geopolitical player di Syria pasca-ISIS.

Turki nak menguasai kawasan di sempadan Syria-Turki sebagai "buffer zone" bagi putuskan Kurd Syria dan Kurd Turki.

Ally utama ialah Ahrar al-Sham, yang juga menjadi sekutu HTS. Image
Read 7 tweets
Nov 22
First, hubungan antarabangsa bukan operate atas prinsip rights & justice.

Unlike dalam sebuah negara, tak ada satu autoriti antarabangsa yang boleh dictate negara buat ini buat itu.

Bukannya kalau lulus resolusi bagitau Israel "you need to stop", dia stop.

Dia hanya stop...
... kalau dia diancam dengan hukuman.

Benda ni nampak macam sama dengan keadaan dalam negara. Mahkamah jatuh hukuman, kita kena ikut.

Tapi beza dia, kita tak ikut perintah mahkamah, kita ditangkap polis.

Di peringkat dunia, tak ada centralized authority untuk tangkap/hukum.
Kenapa tak wujud centralized authority?

Sebab it requires a world government.

World government means negara serahkan kedaulatan.

So siapa nak world government? Tak ada sesiapa.

Sebab tu Liga Bangsa, UN hanyalah "intergovernmental organization". Members masih ada kedaulatan.
Read 9 tweets
Nov 5
Esok, kita akan tahu siapa di antara Kamala Harris dan Donald Trump yang akan dinobatkan sebagai presiden US (POTUS) ke-47.

Apa beza Kamala dan Trump dari segi dasar luar? Apa kesannya kepada geopolitik dunia?

[Thread] Image
Ramai kata 'sama je dua-dua' 'dua-dua sokong Zionis' 'dua-dua setan'.

Betul, dasar luar US agak konsisten. Siapa pun jadi POTUS, ada benda yang tak berubah.

Benda ni berlaku bukan sebab ada 'hidden hand' yang kawal POTUS, tapi sebab US ada 'core interest' yang kena jaga. Image
Apa 'core interest' itu?

Memelihara 'primacy' US.

Primacy datang dari perkataan 'prime'. Primacy merujuk kepada keadaan sesebuah negara jadi negara paling dominan dalam sistem antarabangsa. Negara no. 1. Negara adikuasa tunggal. Image
Read 63 tweets
Jun 18
BRICS merujuk kepada kumpulan kerjasama ekonomi yang diterajui oleh Brazil, Rusia, India, China dan South Africa.

Matlamat BRICS adalah untuk mengurangkan dominasi/hegemoni US dan blok barat (G7) dalam ekonomi dunia.

Nak tahu baik ke tak baik, kena faham beberapa konsep dulu.
Image
Idea BRICS dicipta oleh seorang investment banker di Goldman Sachs bernama Jim O'Neill pada 2001, merujuk kepada 4 negara yang dianggap akan jadi kuasa ekonomi pada abad ke-21.

Pada asalnya dia hanya merujuk kepada Brazil, Rusia, India & China. Afrika Selatan tak termasuk. Image
Dalam politik antarabangsa, saiz ekonomi (diukur dengan KDNK total) ialah petunjuk penting kuasa sesebuah negara.

US jadi adikuasa (superpower) dunia sebab saiz ekonomi dia mewakili 20-30% ekonomi dunia. Image
Read 17 tweets
Apr 16
Idea "Greater Israel" ni cantik atas kertas je.

Macam Hitler sembang boleh takluk Rusia sampai ke Arkhangelsk-Astrakhan line.

Kalau dapat capai pun tak memberi kelebihan kepada Israel. Nak defend payah.

Israel sendiri pun tak yakin dia boleh capai.

(Bersambung...)
Image
Sebab tu korang tak jumpa pun Greater Israel dari "Nile ke Euphrates" disebut dalam mana2 dokumen dasar Israel.

Di kalangan Zionis, maksud Greater Israel bukan Nile to Euphrates tapi merujuk kepada seluruh tanah "Canaan": Palestin + tebing barat dan timur Sungai Jordan. Image
Tanah yang Zionis nak ni selain ada sentimen "Promised Land", ia berkait rapat dengan keselamatan Israel.

Selagi Israel tak kuasai kawasan ni, ia akan sentiasa terdedah kepada ancaman.

Tahun 1947, UN bahagikan Palestin kepada 2 negara, Zionis kecewa tapi terima. Image
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(