Dalam episod semalam Vincenzo, Han Seung-hyuk nasihat Jang Han-seo supaya jadi "idiot" untuk lindungi diri daripada abangnya Jang Han-seok.
Nasihat ni bukan saja buat lawak tapi ia antara strategi politik Asia Timur terkenal iaitu "feigned madness" atau 가치부전 (假痴不癲).
Prince Heungseon atau Heungseon Daewongun (nama diberi: Lee Ha-eung) yang disebut oleh Seung-hyuk adalah tokoh zaman Joseon pada penghujung abad ke-19.
Dia adalah ayahanda kepada Raja Gojong yang memerintah dari 1864 hingga 1907. Tapi Lee Ha-eung sendiri tak pernah jadi raja.
Waktu tu puak yang paling berkuasa dalam istana ialah Keluarga Kim dari Andong (Andong Kim-ssi).
Wanita dari keluarga ni ramai yang jadi permaisuri raja (macam Medici di Eropah), justeru puak ni dapat berkuasa malah lebih berkuasa daripada kerabat diraja (keluarga Lee).
Putera dari keluarga Lee yang berkebolehan semua dicantas dan dibunuh oleh Andong Kim-ssi. Tinggal yang lemah macam Cheoljong dinaikkan jadi raja boneka.
Permaisuri Cheoljong ni lah Queen Cheorin dalam drama Mr. Queen.
Untuk lindungi diri, Lee Ha-eung pura-pura jadi idiot. Siang malam mabukkan diri, cari gaduh sini sana, sampai dilihat macam sampah masyarakat.
Tapi cara ni berjaya membuat Andong Kim-ssi tidak melihat Lee Ha-eung sebagai ancaman.
Malah selepas Cheoljong mangkat tanpa zuriat, anak Lee Ha-eung iaitu Gojong ditabalkan sebagai raja.
Disebabkan Gojong masih muda (umur 11), maka Lee Ha-eung jadi pemangku sehingga Gojong capai umur 20.
Selepas pegang kuasa sebagai pemangku, baru Lee Ha-eung tunjuk muka sebenarnya. Andong Kim-ssi dihapuskan. Kuasa kembali kepada kerabat Lee.
Kisah ni ada cerita dalam drama Kingmaker yang keluar tahun lepas. Yang berada di depan, ada jambang tu watak Lee Ha-eung.
Yang menariknya selepas dengar nasihat Heung-seuk, Han-seo terus buat perangai sebijik Lee Ha-eung: mabuk, cari gaduh.
Dan strategi "pura-pura gila/bodoh" ni disenaraikan dalam '36 Stratagems', banyak diamalkan dalam sejarah Asia Timur termasuk China dan Jepun.
Dalam Romance of the Three Kingdoms misalnya, Liu Bei pernah selamatkan diri daripada Cao Cao dengan cara yang sama.
Cao Cao menjemput Liu Bei ke jamuan, sambil nak test sejauhmana Liu Bei ni memberi ancaman kepadanya.
Kebetulan langit berpetir waktu tu, Liu Bei pun buat-buat takut dengan petir. Cao Cao nampak gelagat Liu Bei tu, terus lepaskan anggap Liu Bei ni pengecut, tak jadi ancaman.
Selepas Liu Bei keluar dari genggaman Cao Cao, baru dia membina kingdom sendiri lawan Cao Cao.
Pembina dinasti shogun terakhir Jepun, Ieyasu Tokugawa pun terkenal sebagai seorang penakut. Maka Hideyoshi Toyotomi tidak melihatnya sebagai ancaman dan menjadikannya pembesar paling penting.
Selepas Hideyoshi meninggal, baru Tokugawa tunjuk real face, hapus keluarga Toyotomi.
Dalam politik malah dalam kehidupan, ada masa kita kena "lie low", berpura-pura jadi "idiot".
Asyik tunjuk kita hebat/pandai boleh meletakkan kita dalam keadaan bahaya.
Bunyi senang, tapi bukan semua boleh buat sebab ego.
Berbanding Jan Han-seok yang egomaniac, narcisstic, dan ada God complex Jang Han-seo punya ego lebih rendah dan lebih fleksibel, dan actually ni boleh membantu dia berubah dari "underdog" jadi "top dog".
Pemimpin hebat dalam sejarah pun bukan semuanya terpaling hebat, terpaling pandai, tapi mereka humble enough untuk dengar cakap penasihat. Macam Liu Bei ada Zhuge Liang. Sultan-sultan Melaka ada Tun Perak.
Tapi penasihat kena betul lah, bukan pengampu yang bagi nasihat salah.
Dalam Dunia Tanpa Tembok aku banyak cerita pasal "feigned madness" dan bagaimana ia diamalkan dalam hubungan antarabangsa. Sempna hari terakhir PBAKL Online 2021, dapatkan buku aku yang terlaris ni di shopee.com.my/The-Patriots-D…
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Al-Bashir memerintah Sudan sebagai presiden dari 1989 sampai 2019. Dia pemimpin Islamis. Naik pun atas sokongan Hassan al-Turabi, ulama dan tokoh Islam Sudan masa tu.
Tapi biasalah, dua orang kuat dalam satu kerajaan, tak lama lepas tu berpecah.
Sepanjang pemerintahan al-Bashir, Sudan banyak berdepan masalah.
Pertama, sebab dia rapat dengan Iran dan pernah lindung Osama, Sudan pun dilabel Amerika & Eropah sebagai "negara penaja pengganas". Maka bermulalah sekatan ekonomi & politik panjang.
Untuk yang tak sempat tonton streaming semalam, video penuhnya di sini:
Rumusan:
1. Disiplin IR/geopolitik bertujuan untuk menjawab persoalan kenapa (WHY) sesuatu berlaku dalam politik global, bukan untuk menyokong mana2 pihak dalam konflik. facebook.com/ZRASTRIM/video…
2. Untuk menjawab "kenapa", kita perlu bersikap empirikal, berpandukan bukti yang objektif & boleh diuji.
3. Ramai orang Islam hari ini meninggalkan pendekatan empirikal, walhal ia sebenarnya sebahagian daripada warisan intelektual Islam, seperti yang dibawa oleh Ibn Khaldun.
4. Sebaliknya, Barat mengambil pendekatan ini dan mengembangkannya, mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi.
5. Kurangnya penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mengajak kita memerhati alam dan mengkaji hukum-hukum di sebaliknya (seperti ayat2 tentang ulul albab).
Maknanya, dia percaya US tengah menurun macam kuasa besar lain dulu, misalnya UK yang mendominasi dunia pada abad ke-19.
Pada zaman itu, UK jadi “kilang dunia” hasil Revolusi Industri. Barang dari UK dieksport ke seluruh dunia.
UK guna kekuatan tentera untuk paksa negara lain buka pasaran. China yang nak sekat candu dari UK dikalahkan dalam Perang Candu (1839–1842) dan menyerahkan Hong Kong.