Dalam kes Palestin, tahun 1919 berlaku transfer of sovereignty dari Uthmaniyah (Turki) kepada British akibat kalah WW1.
British 'diamanahkan' oleh Liga Bangsa (UN versi trial) untuk jaga Palestin.
'Palestin' pada asalnya termasuk Jordan, kemudian dipisahkan.
Tempoh penjagaan British tamat pada 1948. Perhimpunan Agung UN cadangkan (Resolusi 181) Palestin yang merdeka dipecahkan kepada 2 negara: satu Yahudi satu Arab.
Jerusalem diletakkan bawah penjagaan antarabangsa.
Resolusi ni ditolak oleh negara2 Arab, maka perang tercetus pada 15 Mei 1948, hari pengisytiharan Israel (ya, ulang tahun ke-73 hari ni).
Negara2 Arab kalah, dan terpaksa bersetuju dengan sempadan 'Green Line' ini. Tebing Barat diambil Jordan, Gaza diambil Mesir.
Jerusalem pun pecah 2. Barat Israel, timur (tempat terletaknya Al-Aqsa) Jordan.
Kemudian perang sekali lagi meletus pada 1967. Kali ni Israel ambil masa 6 hari (dipanggil Perang Enam Hari) untuk menawan Tebing Barat, Jerusalem Timur, Gaza dan Sinai.
Satu dunia kutuk Israel atas penaklukan haran melebihi Green Line.
Tapi peristiwa ni membuat ramai (misalnya evangelis di US) jadi taksub dengan Israel, anggap tu satu 'miracle'.
Zionis berjaya merampas Al-Aqsa yang juga mengandungi tempat suci agama Yahudi (Temple Mount).
Tapi miracle tak miracle, lepas 7 tahun, negara2 Arab kembali serang Israel dalam Perang Yom Kippur 1973.
Kali ni Israel kena bedal dan terpaksa meminta perdamaian.
Mesir membelakangi negara2 Arab lain, berdamai dengan Israel terlebih dahulu (untuk dapat balik Sinai).
Kemudian pada 1980, Israel umumkan pengilhakan (menjadikan hak) Jerusalem Timur.
Tindakan ini dikecam di peringkat UN. Resolusi UN 478 dikeluarkan, gesa Israel undur balik ke sempadan sebelum 1967.
Tapi Israel buat bodoh je, sebab dibekap US.
Kalau nak argue dari segi sejarah Bani Israil, Bani Israil dulu & Yahudi hari ni tak sama.
Bani Israil ada 12 suku (keturunan 12 anak Nabi Yakub), dan asalnya tanah dibahagi ikut suku.
Kemudian berlaku perpecahan 10 suku utara dan 2 suku selatan (Judah & Benjamin).
Kemudian suku2 utara ditakluk Assyria dan tak dapat dijejaki lagi keturunan mereka (jadi mereka dipanggil 10 Lost Tribes of Israel).
Dua lagi suku (Judah & Benjamin) ditakluk Baylonia. Dan pada zaman Parsi, kawasan tu dinamanakan sebagai Yehud (sempena nama Judah/Yahuda).
Itulah asal-usul nama "Yahudi" (orang Yehud). Di zaman Rom, ia dinamakan sebagai Judea (lama-lama jadi "Jew").
So adakah diorang berhak kepada tanah tu?
Nope. Sebab pemegang sovereignty adalah Parsi, Rom, dan seterusnya Empayar Islam sampailah Uthmaniyah.
Jadi salah satu cara nak bantu Palestin adalah memperkasa ilmu hubungan antarabangsa, undang2 antarabangsa dan diplomasi.
US dan Israel ramai pakar bidang ni, jadi diorang boleh exploit loophole, walaupun mereka berada di pihak yang salah.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tindakan dia pasti akan backfire sebab rakyat Korea Selatan ni sensitif dengan pencabulan demokrasi.
Dalam sejarah moden Korea Selatan ada 2 diktator: Park Chung-hee (1962-79) dan Chun Doo-hwan (1980-88). Diorang tentera yang rampas kuasa dan buat darurat gantung demokrasi.
Tindakan Chun Doo-hwan bawa kepada demonstrasi di Gwangju pada Mei 1980. Chun respond dengan bunuh orang Gwangju ramai-ramai.
Kejadian tu lah yang dipanggil sebagai Gwangju Uprising, titik hitam dalam sejarah Korea Selatan.
Esok, kita akan tahu siapa di antara Kamala Harris dan Donald Trump yang akan dinobatkan sebagai presiden US (POTUS) ke-47.
Apa beza Kamala dan Trump dari segi dasar luar? Apa kesannya kepada geopolitik dunia?
[Thread]
Ramai kata 'sama je dua-dua' 'dua-dua sokong Zionis' 'dua-dua setan'.
Betul, dasar luar US agak konsisten. Siapa pun jadi POTUS, ada benda yang tak berubah.
Benda ni berlaku bukan sebab ada 'hidden hand' yang kawal POTUS, tapi sebab US ada 'core interest' yang kena jaga.
Apa 'core interest' itu?
Memelihara 'primacy' US.
Primacy datang dari perkataan 'prime'. Primacy merujuk kepada keadaan sesebuah negara jadi negara paling dominan dalam sistem antarabangsa. Negara no. 1. Negara adikuasa tunggal.
Idea BRICS dicipta oleh seorang investment banker di Goldman Sachs bernama Jim O'Neill pada 2001, merujuk kepada 4 negara yang dianggap akan jadi kuasa ekonomi pada abad ke-21.
Pada asalnya dia hanya merujuk kepada Brazil, Rusia, India & China. Afrika Selatan tak termasuk.
Dalam politik antarabangsa, saiz ekonomi (diukur dengan KDNK total) ialah petunjuk penting kuasa sesebuah negara.
US jadi adikuasa (superpower) dunia sebab saiz ekonomi dia mewakili 20-30% ekonomi dunia.
Sebab tu korang tak jumpa pun Greater Israel dari "Nile ke Euphrates" disebut dalam mana2 dokumen dasar Israel.
Di kalangan Zionis, maksud Greater Israel bukan Nile to Euphrates tapi merujuk kepada seluruh tanah "Canaan": Palestin + tebing barat dan timur Sungai Jordan.
Tanah yang Zionis nak ni selain ada sentimen "Promised Land", ia berkait rapat dengan keselamatan Israel.
Selagi Israel tak kuasai kawasan ni, ia akan sentiasa terdedah kepada ancaman.
Tahun 1947, UN bahagikan Palestin kepada 2 negara, Zionis kecewa tapi terima.