Syuhada pertama Briged Izzuddin Al Qassam dalam Perang Saif Al Quds
Komander Medan Briged Izzudin Al Qassam. Mahmoud Kamal Ibrahim Kalab dari Khan Younis Selatan Semenanjung Gaza
Al Fatihah
Syuhada kedua
Komander Medan Briged Izuddin Al Qassam. Musab Muhammad Jamil Abu Hajjaj, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Al Fatihah
Syuhada ketiga
Komander Medan Briged Izzudin Al Qassam. Muhammad Musa Saleh Al-Zanati, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada keempat
Komander Medan Briged Izzudin Al Qassam, Abd al-Salam Saad Ismail al-Ajili dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada kelima
Al-Qassami Al-Mujahid / Ahmed Fayez Hassan Arafat, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada keenam
Amjad Fouad Ahmad Kawareh, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ketujuh
Tariq Musa Abdullah Abu Mustafa, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada kelapan
Taha Mahmoud Taher Al-Akkad, dari Khan Younis Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada Kesembilan
Abd al-Rahman Nazim Khaled al-Najjar, dari Khan Younis Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada Ke 10
Malik Ismail Ahmad Hamdan, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ke 11
Muhammad Rashid Khamis Al-Najjar, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ke 12
Mahmoud Jamil Ahmad Klousah, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ke 13
Muhammad Sabri Husayn Abu Ubaida, dari Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ke 14
Wael Mahmoud Ibrahim Islih, dari Khan Younis Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ke 15
Munib Majed Ibrahim Abu Mustafa, dari Khan Yunis Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ke 16
Munib Mahmoud Ahmad Hamdan, dari Khan Yunis Selatan Semenanjung Gaza
Syuhada ke 17
Raed Ibrahim Khamis Al-Rantisi, dari Rafah, Selatan Semenanjung Gaza. Beliau terkorban setelah pesawat tempur Zionis mengebom rumahnya yg turut menempatkan 3 ahli keluarganya ketika Perang Saif Al Quds
Syuhada ke 18
Salah satu Komander Kanan Briged Al Qassam Jamal Muhammad Saeed Abdul Rahman Al-Zibdeh dari Bandar Gaza,
Syuhada ke 19
Salah satu Komander Kanan Briged Izudin Al Qassam Jumah Abdullah Muhammad Al-Tahleh. Dari mana itu tidak dikeluarkan Briged
Syuhada ke 20
Komander Tertinggi Briged Izzudin Al Qassam Cawangan Bandar Gaza, Brigadier Jeneral Bassem Subhi Shabaan Isa dari Bandar Gaza
Syuhada ke 21
Salah satu Komander Kanan Briged, Hazem Mesbah Ibrahim Al-Khatib, dari Kem Al Shati, Gaza
Syuhada ke 22
Salah satu Komander Kanan Briged Walid Musa Khaled, dari Utara dari Kejiranan Al-Shujaiya
Syuhada ke 23
Salah satu Komander Kanan Briged, Zafer Mazen Al-Shawa, dari Kem Al Shati Gaza
Syuhada ke 24
Salah satu Komander Kanan Briged, Hassan Muhammad Hassan Al-Qahwaji dari Bandar Gaza
Syuhada ke 25
Salah satu Komander Briged Al Qassam. Sami Saeed Radwan, dari Sheikh Radwan, Gaza
Syuhada ke 26
Muhammad Khaled Al-Tawashi, dari Deir Al-Balah, Gaza
Syuhada ke 27
Ahmad Khalil al-Louh, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 28
Komander Medan Briged Izzudin Al Qassam Osama Jamal Al-Zebdeh dari Bandar Gaza
Syuhada ke 29
Komander Medan Briged, Akram Muhammad Al-Attar, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 30
Komander Medan Briged, Iyad Fathi Shrair, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 31
Komander Medan Briged, Yasser Abdel-Rahim Al-Halabi, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 32
Komander Medan Briged Abd al-Rahman Asbeitah Azzam dari Bandar Gaza
Syuhada ke 33
Komander Medan Briged, Awad Nabil Abu Salmiya, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 34
Komander Medan Briged, Muhammad Hassan Abu Samaan,dari Bandar Gaza
Syuhada ke 35
Yahya Mansour Ali Ghaben, dari Beit Lahiya, Gaza
Syuhada ke 36
Komander Medan Briged, Muhammad Saeed Abu Al-Ata dari Bandar Gaza
Syuhada ke 37
Muhammad Nazeer Abu Aoun, dari Beit Lahiya, Gaza
Syuhada ke 38
Komander Medan Briged, Nidal Habib dari Bandar Gaza
Syuhada ke 38
Muhammad Ahmad Abu Amsha, dari Beit Hanoun, Gaza
Syuhada ke 39
Muhammad Ahmad Abu Amsha, dari Beit Hanoun, Gaza
Syuhada ke 40
Ali Walid Burais, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 41
Ismat Shaban Al-Zein, dari Jabalia Al-Balad, Gaza
Syuhada ke 42
Omar Ahmad, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 43
Komander Medan Briged, Saber Ibrahim Suleiman, dari Jabalia Al-Balad, Gaza
Syuhada ke 44
Hussam Bakr Muhammad al-Hayya dari Shujaiya, Gaza
Syuhada ke 45
Ahmad Hatim al-Mansi, dari Beit Lahiya, Gaza
Syuhada ke 46
Mujahid Majed Al-Hadidi, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 47
Ibrahim Ahmed Khamis Al-Shanbari dari Beit Hanoun
Syuhada ke 48
Muhammad Jamal Abu Samaan dari Bandar Gaza
Syuhada ke 49
Tariq Ziyad Abu Hamidan, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 50
Saqr Abd al-Majid al-Hayya dari al-Shujaiya, Gaza
Syuhada ke 51
Ahmed Muhammad Sabah, dari Beit Lahiya, Gaza
Syuhada ke 52
Komander Medan Briged, Mustafa Hassan Al-Abed, dari Bandar Gaza
Syuhada ke 53 dan 54
Mustafa Muhammad Farhat dan Maysara Abd al-Shakur al-Arrayer dari Bandar Gaza
Syuhada ke 55
Ezz Al-Din Muhammad Helles dari Bandar Gaza dan Moamen Omar Abu Al-Naja, dari Khan Yunis, Gaza
Syuhada ke 57
Muhammad Yunus Hijazi dari Khan Yunis,
Syuhada ke 58
Fahd Jamal Al-Farra, dari Khan Yunis
Syuhada ke 59 dan yg terakhir
Komander Medan Briged Abdullah Ahmad Abu Khater, dari Khan Yunis,
Moga roh mereka semua dicucuri Rahmat Allah SWT. Jangan risau semua nama ini sahih dan dikeluarkan sendiri oleh Briged
Al Fatihah
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sekarang ni dunia tengah gempar dengan pendedahan kehebatan teknologi A.I oleh syarikat DeepSeek dari China
DeepSeek sekarang ni bukan sahaja buat model A.I lebih canggih dengan teknologi cip NVIDIA yang terhad(Sbb kena sekat). Tapi siap jadikan alogoritma A.I mereka yang jauh lebih hebat dan kos lebih murah sebagai sumber terbuka dan boleh digunakan sesiapa sahaja. Menjadikan nilai teknologi OpenAI jatuh merudum sebab ada teknologi canggih yang boleh digunakan secara percuma
Kini mereka mampu membuat inovasi yang mengejutkan syarikat gergasi cip dan kecerdasan buatan US NVIDIA sehinggakan NVIDIA jatuh daripada syarikat paling bernilai di dunia kepada syarikat ketiga paling bernilai dan hilang 600 Bilion USD dalam pasaran saham dalam satu hari
Memang menggemparkan dunia terutama US kerana tak sangka China boleh pergi sejauh ni dengan teknologi diorang.
P/s Semua ini kerana penganalisis perisikan dan Pentadbiran US terlalu baik dan rasa bahawa China boleh diubah kepada negara gergasi demokrasi dan kapitalis serta menjadi sekutu sebenar kepada US ketika menentang Soviet Union. Siap kongsi teknologi penyelidikan lagi dengan diorang
Nampaknya tak lama lagi China akan dapat menjadi nombor 1 Dunia mengatasi US. Aku nampak China semakin hampir melengkapkan larian 100 tahunnya untuk menewaskan US
Keadaan sekarang makin menekan syarikat teknologi US apabila DeepSeek hanya buat teknologi ini dengan kos hanya 6 Juta USD dan ia lebih hebat dari teknologi sedia ada
Ini menyebabkan banyak pelabur terpaksa fikir semula selepas melabur lebih kurang 250 Bilion USD dalam syarikat syarikat teknologi AI US
Sekarang ini ancaman keselamatan mula timbul dengan kemungkinan banyak teknologi moden baru akan cuba memperaktikan AI dari China
CHINA TETAP PERLUKAN KAMI- NVIDIA
Selepas sahamnya jatuh 17% dan hilang hampir 500 Bilion USD
NVIDIA mengeluarkan kenyataan dan dilaporkan oleh Reuters bahawa kejayaan DeepSeek ketika ini hanya membuktikan bahawa kehebatan GPU dari NVIDIA
Revolusi A.I tidak berlaku hanya kerana mimpi dan hadapan dan mereka tetap memerlukan jumlah GPU NVIDIA yang signifikan
DeepSeek dilaporkan sudah mula bergelut untuk mengendalikan jumlah pengguna A.I mereka yang semakin ramai dan dengan menambah jumlah cip NVIDIA sahaja dapat membantu mereka
Situasi tularnya gambar pengumuman darurat 1991 oleh rakyat Indonesia skrg ni sebab berkaitan perubahan besar RUU No 10 Berkaitan Pemilihan Gabenor, Datuk Bandar dan Wakil Daerah atau dikenali sebagai RUU Pilkada. Keputusan ini dipanggil Keputusan Mahkamah Perlembagaan No 60 /PUU-XXII/2024
Perubahan ini dimohon oleh Parti Buruh dan Parti Gelora dengan membuka kes di mahkamah berkenaan
Di mana sebelum ini kalau nak bertanding sebagai ketua daerah. Parti Politik atau pakatan parti yang menghantar wakil kena ada 20% wakil dalam Majlis Perwakilan Rakyat Daerah(DPRD) atau 25% jumlah undi dalam kemenangan kerusi DPRD. Ini berdasarkan Artikel 40 Perenggan (1) Undang Undang Pemilihan Daerah.
Perubahan baru ni menyebabkan tak perlu menang DPRD Untuk hantar wakil jadi ketua daerah terutama untuk jadi Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta nanti selain hanya perlu ada undi sebanyak 7.5% jumlah undi dalam Pilihan Raya DPRD 2024. Dijangka Pilihan Raya Pilkada akan diadakan pada 27 November tahun ini
Sebelum ni disebabkan nak capai syarat ni. Pakatan politik diwujudkan di peringkat atasan antara sesama ahli politik DPRD dan bukannya calon yang rakyat nak. Jadi berubah benda ni bolehkan ada peluang untuk parti dengan calon lebih banyak join Pilkada
Keputusan ni dianggap mengejutkan dalam situasi politik Indonesia dan membolehkan Anies Baswedan iaitu calon Presiden Indonesia dan bekas Gabenor Jakarta boleh ada peluang untuk bertanding
Rakyat Indonesia skrg menyokong perubahan ni sebab bermakna lebih ramai calon bebas boleh bertanding sebagai gabenor atau wakil daerah. Berbanding sebelum ini kena punyai jumlah kerusi tertentu di DPRD supaya boleh bertanding sebagai gabenor
Sebab tu protes hari ini adalah amaran rakyat Indonesia agar Parlimen Indonesia atau Dewan Perwakilan Rakyat(DPR) tidak bantah keputusan ni
Sebab kalau keputusan ni dilawan. Seolah olah macam menentang demokrasi lah sebab kita hanya boleh undi calon tertentu je atau kroni gitu. Skrg ni demokrasi lebih terbuka
Senang cerita sebelum ni. Nak jadi Gabenor. Parti politik kena Menang di DPRD dengan jumlah kerusi atau undi yang cukup.
Skrg lepas berubah. Mana mana parti politik boleh hantar calon untuk bertanding sebagai gabenor. Layanan lebih bebas kepada calon parti politik dan bebas. Sbb calon parti politik je kena syarat sebelum ini
Sebelum perubahan ini hanya ada gandingan Ridwan Kamil-Susono dari Pakatan Indonesia Maju(KIM Plus) menentang Dharma Pongrekun dan Kun Wardana yang akan bertanding bebas. Jadi mungkin pertarungan politik lebih besar di peringkat daerah lepas ni untuk Indonesia
Jadi sebenarnya ini perubahan besar untuk politik Indonesia
Yang Kim Plus tu adalah perlawanan untuk Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta
Jadi Presiden Indonesia dengar khabar nak bantah situasi ni dengan DPR dan nampakkan macam pemilihan hanya berkaitan diorang sahaja
UCAPAN PENUH JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA SEMPENA AWAL MUHARAM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
9 bulan sudah berlalu sejak permulaan Perang Tufan Al Aqsa pada 7 Oktober tahun lepas dan rakyat kami masih menjadi mangsa keganasan Zionis Nazi dan pembunuhan beramai ramai kerana dihukum hanya kerana mempertahankan hak mereka ke atas tanah air ini dan melaksanakan tugasan mereka menghalang mereka yang menjajah mereka
9 bulan selepas kami mengingatkan dunia bahawa Perang Tufan Al Aqsa adalah bukan permulaan penentangan kami ke atas keganasan penjajah. Tetapi ia adalah letupan ke atas muka musuh kerana kekejaman, ketidakadilan dan Tirani berterusan Zionis ke atas rakyat, batu, kayu, tanah air dan tempat kami
Puncak keganasan ini sudah ditunjukkan kerajaan Zionis ini di mana dunia menyaksikan mereka menafikan kewujudan rakyat Palestin, melaksanakan pembersihan dan pembunuhan rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitul Maqdis dan Gaza serta menyekat kehadiran rakyat kami di kawasan 1948 yang dijajah mereka
Rakyat kami memahami keadaan perang ini dan operasi ini dan apa yang telah dibuktikan dalam kaji selidik bebas bahawa rakyat kami di Gaza dan Tebing Barat menyokong perjuangan ini tanpa berbelah bahagi di belakang Pejuang Palestin
9 bulan sudah berlalu dan Pejuang Palestin tidak kepenatan atau berundur ataupun terjejas dan kami masih berjuang tanpa sokongan dan bantuan senjata dan peralatan dari luar. Rakyat kami masih hidup tanpa makanan, ubat ubatan dan air di bawah jenayah tidak berasas ini
Gaza sudah memasuki sejarah di dalam gerbang kemenangan sebagai model kebebasan paling hebat dalam sejarah kemanusiaan dan era moden dan menjadi sekolah inspirasi kepada setiap pejuang, manusia dan orang yang bebas merdeka di dunia ini
Wahai rakyat, negara kami dan semua orang yang bebas merdeka di seluruh dunia. Pejuang kami sudah berjuang dalam pertempuran epik selama lebih 9 bulan dan telah memberikan kemalangan jiwa kepada musuh dan mengalahkan mereka. Di mana mereka lengkap dengan senjata dan dilindungi tembakan dari udara, darat dan laut. Disokong US dan UK iaitu rakan keganasan mereka
Pejuang kami berjuang dengan hebat menentang musuh seperti yang kami janjikan sejak hari pertama. Mereka membunuh dan mencederakan tentera mereka sendiri setiap hari walaupun mereka berperang agak lama dan melaksanakan kekejaman dalam keganasan mereka. Walaupun kami sedang menentang tentera paling tidak bermoral dan hina di dunia ini
Tentera musuh menggunakan orang awam sebagai perisai dan mengumpan mereka ke dalam zon selamat kemudian mengebom mereka. Menyerang hospital, fasiliti organisasi antarabangsa, sekolah dan tempat perlindungan orang awam. Serta sengaja memusnahkan monumen, tempat bersejarah, masjid, gereja, tanah perkuburan dan perpustakaan kerana ketakutan mereka terhadap sejarah yang menyatakan tiada masa depan untuk para penjajah dan mereka akan masuk ke dalam tong sampah dalam sejarah
Ini telah berlaku di hadapan seluruh dunia secara langsung di mana dunia menyaksikan penipuan organisasi antarabangsa dan mereka tidak mampu melaksanakan undang-undang hak asasi manusia mereka dan memilih keadilan mengikut tekak mereka
Pejuang kami dengan segala ketabahan dan berinovasi dengan segala cara dan taktik menentang musuh dengan semangat perjuangan yang tinggi dan keimanan yang jitu seolah olah mereka seperti Sahabat Zaman Rasulullah SAW dan Allah bersama orang beriman dan akan sentiasa memberi petunjuk
PART 2 KAT BAWAH
Sepanjang 9 bulan dengan Rahmat Allah SWT. Semua 24 Briged kami dengan seluruh formasi tempur telah berjuang dari kawasan paling Utara di Beit Hanoun sehinggalah paling Selatan Gaza di Rafah bersama semua formasi Pejuang, saudara dan rakan kami dalam jihad
Briged kami telah berjaya dalam pusingan epik ini dan akan terus melakukannya. Prestasi pejuang kami semakin meningkat, membangun dan menuju ke hadapan sepanjang masa dan malahan semakin melukakan musuh dan belajar dari setiap pengalaman. Kami membentangkan kepada dunia pejuang syuhada yang di jalan benar bersama para tentera dan pemerintah di semua tahap yang akan menjulang tinggi panji panji dan tidak akan jatuh panji panji itu dengan keizinan dan pertolongan Allah Maha Agung
Di sini pejuang kami menyatakan kepada musuh setiap hari bahawa tiada tempat untuk kami di Gaza ini. Tidak untuk kenderaan perisai Namer, Tidak untuk tentera upahan kami dengan teknologi ketenteraan terkini dan berjuang untuk kalah dalam perang ini. Tidak untuk tentera kamu yang berlindung di dalam rumah orang awam seperti pencuri dan tidak untuk pegawai kamu yang berlindung di belakang kenderaan perisai kamu. Kesemuanya akan meninggalkan Gaza terbunuh, cedera atau melarikan diri kerana ketakutan Dengan Izin Allah
Pertempuran Rafah yang sudah berlangsung lebih 2 bulan di mana pejuang kami berjuang dengan penuh terhormat serentak dengan 2 minggu pertempuran di Shujaiya berserta pertempuran dahsyat di Utara, Tengah dan Selatan Gaza adalah bukti nyata bahawa kekuatan dan kegagahan pejuang kami dan menunjukkan kegagalan dan kekeliruan di pihak musuh
Dunia sedang melihat penipuan penjenayah korup Netanyahu dan Menteri Pertahanan Gallant. Mereka menipu rakyat mereka dan dunia bahawa Pertempuran Rafah adalah kelukaan besar kepada Pejuang Palestin dan titik perubahan ke arah kemenangan mereka. Sedangkan Pertempuran Rafah hanyalah tiada apa apa selain penerusan polisi musuh untuk memusnahkan Gaza secara sistematik dan membunuh rakyat kami beramai ramai
Di waktu ini. Musuh terus menerus menerima respon dari Para Pejuang di Rafah. Membunuh musuh, memusnahkan kenderaan mereka dan melancarkan serang hendap ke atas mereka. Mereka menerima kesakitan di mana mana sahaja kawasan yang mereka cuba takluk dan terutama di Tengah Gaza atau dipanggil Koridor Netzarim akan menjadi saksi kematian dan ketakutan untuk mereka InsyaAllah. Dengan Kuasa Allah mereka akan kalah perang ini
Pejuang kami kekal bertempur berdiri teguh dan akan menentang musuh ini yang menjadi lebih besar Dengan Izin Allah. Api dendam yang musuh nyalakan dengan jenayah mereka sudah cukup untuk kami membakar mereka dan memusnahkan segala rancangan mereka InsyaAllah
Generasi yang kental akan bangkit dengan semangat penuh untuk menentang, berjuang dan menghadapi musuh di mana ini akan menjadi kegagalan strategik Terbesar musuh yang hanya akan disedari apabila sudah terlambat
Kami mengulangi kenyataan kami bahawa Briged Al Qassam masih mampu berjuang berterima kasih kepada Allah Maha Agung dan Pertolongan Allah membolehkan kami merekrut ribuan penduduk Gaza dan kami percaya ribuan lagi sedang bersedia dengan motivasi tinggi untuk menyertai kami jika perlu
Alhamdulillah. Pejuang kami mampu mengembalikan kemampuan kami dan menyediakan segala perangkap dan serang hendap dengan bahan letupan dan peluru. Selain mengitar semula jumlah bom musuh yang besar termasuk bahan letupan, misil dan bom yang musuh lancarkan ke atas penduduk awam dengan banyak dan tidak pernah berlaku dalam sejarah perang
Sekaligus kami telah memperkuatkan kembali kemampuan kami untuk mempertahankan Gaza dan menghadapi musuh di mana mana sahaja di tanah air kami dan kami ada banyak lagi hendak diperkatakan kepada musuh. Mereka merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik Perancang
Mesej kami jelas kepada rakyat musuh dan keluarga tawanan Israel di Gaza dan keluarga tentera Israel di Gaza. Sudah kamu tahu bahawa Netanyahu hanya mahukan kemenangan Peribadi dan menghapuskan musuh politiknya sebagai ganti mengorbankan anak anak kamu
Jadi nasib anak anak kamu hanyalah menjadi permainan PM kamu dan menteri menteri kerajaan kamu yang obses hendak membunuh dan memusnahkan kami. Netanyahu lakukan segalanya untuk lari dari kebenaran dan kegagalan ini akan menghantuinya sehingga akhir hayatnya
Dokumen perisikan didedahkan baru baru ini mengenai kegagalan musuh berkaitan serangan 7 Oktober adalah berbeza dengan perspektif kami dan kami akan dedahkan bola sesuai di mana ia akan menunjukkan kegagalan besar kamu dan betapa muslihat dan kehebatan strategi kami berjaya menewaskan Shin Bet dan sistem keselamatan kamu
Operasi pejuang yang berterusan di Jenin, Nablus dan seluruh Tebing Barat dan Baitul Maqdis adalah pilihan rakyat kami menghadapi kekejaman ini
Respon ini adalah rahmat dan operasi signifikan oleh semua formasi Pejuang Palestin menepati keteguhan dan kehormatan rakyat kami. Mereka telah menghantar mesej jelas kepada musuh yang sombong dan Menteri Nazi itu bahawa mimpi ngeri Intifada Ketiga dan Revolusi 1948 akan datang dalam waktu yang musuh tidak pernah terjangka InsyaAllah
Salam Sejahtera kepada semua pejuang kami di Tebing Barat dan kami menyeru mereka terus bekerja menghancurkan kebanggaan musuh dan terus menyerang mereka kerana mereka ialah sumber harapan kami dan titik penting untuk menghidupkan mimpi kita ini
Kami mengucapkan Salam Hormat kepada Hizbullah Lubnan dan Para Pejuang Palestin yang lain serta Houthi di Yaman dan JAMI Iraq di mana mereka meneruskan sokongan efektif dan respon yang perlu sehingga pencerobohan Gaza dihentikan
Mereka mengajar musuh pengajaran yang keras dan mengembalikan harapan kepada negara ini dalam penyatuan menentang keganasan musuh dan kemampuan menghentikannya
Mereka telah membuat musuh seperti entiti yang tidak disambut dengan baik selepas kita bersatu menyokong Baitul Maqdis, Gaza dan Palestin menerusi perkataan, perjuangan, aksi, menumpahkan darah musuh, menajamkan senjata dan memaksa musuh berpindah serta menceroboh ruang udara dan mengganggu sistem keselamatan, Perisikan dan tentera musuh
Laporan awal bahawa konvoi helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi melakukan pendaratan cemas atau terhempas di Timur Azerbaijan
Pasukan penyelamat sedang cuba ke kawasan kejadian
3 helikopter dalam konvoi itu dengan 2 sudah dilaporkan selamat sampai ke destinasi
Helikopter Presiden itu turut dinaiki Imam Solat Jumaat Masjid Tabriz Seyyed Mohammad-Ali Al-Hashem dan Menteri Luar Iran, Hossein Ali Abdullahian.
Buat masa ini tidak diketahui apakah helikopter Presiden terlibat dalam insiden ini
TERKINI
Menteri Dalam Negeri Iran mengesahkan salah sebuah helikopter dalam konvoi membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengalami pendaratan cemas lapor Reuters
TERKINI
Nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Ali Abdullahian dalam risiko susulan kejadian helikopter terhempas sebentar tadi lapor Reuters
Presiden US, Joe Biden dan PM UK, Rishi Sunak mengarahkan Tentera Udara US(USAF) dan Tentera Udara Diraja UK(RAF) melancarkan serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a, Lapangan Terbang Hodeidah, Daerah Zabid dan Kem Kahlan di Saada Yaman
Ini susulan Houthi Yaman melancarkan serangan misil mengena sebuah kapal US dan berjaya menenggelamkannya di Laut Merah
Serangan dilancarkan US ini di bawah arahan Eksekutif Presiden US tanpa merujuk kepada Kongres US
Houthi Yaman selepas serangan memaklumkan mereka tetap bersama Palestin dan melancarkan sedangkan di Laut Merah sehinggalah perang di Gaza meskipun serangan dilancarkan oleh US dan UK
Saya memberitahu musuh bahawa kami masih menunggu kamu untuk kamu merasai jenis kematian yang baru
MASA UNTUK KEKALAHAN ZIONIS SUDAH BERMULA
Kami menunggu musuh ini di pertempuran darat yang mereka rasa sgt terancam dan kami akan mengajar mereka makna sebenar kekuatan dan balas dendam dan kami akan memastikan musuh merasai derita kekalahan
Masa untuk menjual ilusi kepada dunia mengenai penipuan kekuatan Tentera paling hebat di dunia dan kehebatan luar biasa Kereta Kebal Merkava sudah berakhir untuk Israel. Setelah kami berjaya memusnahkannya di Semenanjung Gaza
Kepada Pemimpin Arab. Kami Tidak Meminta agar Kamu Bergerak atau Menggerakan Tentera Kamu. InsyaAllah
Kami Menyeru Pemimpin Arab agar Menggerakan kenderaan bantuan kemanusiaan walaupun musuh tidak mahu
Saya menyeru kepada Pemimpin Arab. Apakah kalian sudah menjadi terlalu lemah dan mati pucuk sehingga kalian tidak dapat menggerakkan kenderaan bantuan kemanusiaan ke sebahagian dunia Arab dan Dunia Islam?
Kita berada di hadapan pertempuran penting dalam sejarah kita untuk membebaskan Baitulmaqdis dan menghidupkan semula kemuliaan umat, dan kita wajib bersatu dalam usaha ini.