Semasa Perang Dingin (1948-1991) antara US dan USSR (Rusia hari ini), konflik Israel-Palestin juga menjadi konflik proksi US-USSR.
Disebabkan US sokong Israel, maka USSR dan negara sekutunya sokong Palestin.
Dalam peta:
Merah, pink = sekutu USSR
Biru = sekutu US
Sebab tu Turki iktiraf Israel sejak 1949. Turki sekutu US, join NATO bagi lawan USSR.
Dan Turki anggap isu Palestin tu isu orang Arab. Turks tak yah ambil port.
Tak ada kaitan dengan sekularisme Ataturk, sebab di bawah Menderes yang Islamik pun hubungan Turki-Israel baik.
Dan di kalangan negara Arab, sosialisme sangat popular. Pemimpin Arab utama seperti Nasser (Mesir), Gaddafi (Libya), Assad (Syria), Saddam (Iraq) ni semua sosialis.
Arafat sebagai ketua pejuang Palestin pun angkat sosialisme sebagai ideologi perjuangannya.
Arafat mengasaskan Palestinian Liberation Organization (PLO) yang menggabungkan parti Fatah dia dan juga beberapa parti komunis-sosialis seperti PFLP dan DFLP.
Negara komunis-sosialis termasuk KorUt, Cuba semua bagi sokongan kepada PLO.
Memasuki 1980-an, sosialis Palestin ni mula dicabar oleh gerakan haraki (media Barat panggil 'Islamis') seperti Hamas dan Palestinian Islamic Jihad.
Mereka disokong oleh negara Arab bukan sosialis seperti Saudi, Kuwait, Qatar dan juga negara bukan Arab seperti Iran.
Apa pun, PLO masih diiktiraf sebagai wakil Palestin yang sah di peringkat antarabangsa, dan pada tahun 1988, Negara Palestin secara rasmi diisytiharkan. Berpusu-pusu negara Arab, Islam, dan juga sosialis termasuk KorUt mengiktiraf Palestin dan mendirikan hubungan diplomatik.
Negara sekutu US seperti negara Eropah, Korea Selatan dan Jepun masih "wait and see" sebab US belum iktiraf Palestin lagi.
Dan keadaan itu kekal sehingga hari ini. Yang belum iktiraf Palestin (bukan warna hijau) ni semua sekutu tegar US (kecuali Cameroon, Eritrea dan Myanmar).
Perang Dingin tamat pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan komunis di USSR. Jadi banyak negara sekutu USSR buang komunisme-sosialisme dan iktiraf Israel.
Tapi KorUt dan Cuba masih kekal komunis dan masih tidak iktiraf Israel.
Walaupun Korea Selatan tak iktiraf Palestin, tapi bukan bermaksud rakyatnya pro-Israel. Malah boleh nampak je rakyat Korea Selatan bersolidariti dengan Palestin dan Gaza.
Cuma disebabkan perjanjian pertahanan dengan US, Korea Selatan masih kena ikut cakap US dalam dasar luar.
Meskipun tak ada hubungan rasmi, Korea Selatan ada hubungan tak rasmi dengan Kerajaan Palestin bawah PLO dan ada bagi bantuan kemanusiaan.
Dan hubungan US-Korea Sekatan yang makin renggang pun bakal mendorong Korea Selatan mengiktiraf Palestin secara rasmi.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Al-Bashir memerintah Sudan sebagai presiden dari 1989 sampai 2019. Dia pemimpin Islamis. Naik pun atas sokongan Hassan al-Turabi, ulama dan tokoh Islam Sudan masa tu.
Tapi biasalah, dua orang kuat dalam satu kerajaan, tak lama lepas tu berpecah.
Sepanjang pemerintahan al-Bashir, Sudan banyak berdepan masalah.
Pertama, sebab dia rapat dengan Iran dan pernah lindung Osama, Sudan pun dilabel Amerika & Eropah sebagai "negara penaja pengganas". Maka bermulalah sekatan ekonomi & politik panjang.
Untuk yang tak sempat tonton streaming semalam, video penuhnya di sini:
Rumusan:
1. Disiplin IR/geopolitik bertujuan untuk menjawab persoalan kenapa (WHY) sesuatu berlaku dalam politik global, bukan untuk menyokong mana2 pihak dalam konflik. facebook.com/ZRASTRIM/video…
2. Untuk menjawab "kenapa", kita perlu bersikap empirikal, berpandukan bukti yang objektif & boleh diuji.
3. Ramai orang Islam hari ini meninggalkan pendekatan empirikal, walhal ia sebenarnya sebahagian daripada warisan intelektual Islam, seperti yang dibawa oleh Ibn Khaldun.
4. Sebaliknya, Barat mengambil pendekatan ini dan mengembangkannya, mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi.
5. Kurangnya penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mengajak kita memerhati alam dan mengkaji hukum-hukum di sebaliknya (seperti ayat2 tentang ulul albab).
Maknanya, dia percaya US tengah menurun macam kuasa besar lain dulu, misalnya UK yang mendominasi dunia pada abad ke-19.
Pada zaman itu, UK jadi “kilang dunia” hasil Revolusi Industri. Barang dari UK dieksport ke seluruh dunia.
UK guna kekuatan tentera untuk paksa negara lain buka pasaran. China yang nak sekat candu dari UK dikalahkan dalam Perang Candu (1839–1842) dan menyerahkan Hong Kong.