Negara Barat/Eropah macam UK ni mereka memasuki fasa negara (state) lebih awal. Lepas jadi negara, mereka mula memperluaskan kuasa, menjajah negara lain untuk memperkayakan mereka sendiri.
Ini dunia tahun 1914, sebelum berlaku Perang Dunia Pertama. Nampak tak negara2 Eropah ni hampir menguasai satu dunia?
UK sendiri menguasai 1/3 dunia, bukan secara politik malah ekonomi. Sumber asli di Afrika, India, Tanah Melayu semua dijarah bagi menjana kekayaan UK.
Selepaa Perang Dunia Kedua tamat (1945), baru negara-negara Afrika dan Asia diberi merdeka.
Tapi negara yang baru merdeka ni tak akan mampu mencapai tahap sama macam negara penjajah sebab masih perlu deal dengan legasi penjajahan.
Ambil contoh Afrika, semasa penjajah datang, mereka belum masuk fasa negara (state). Masih masyarakat "tribe".
Selepas UK datang, dia pergi gariskan tribe yang berbeza-beza ke dalam wilayah penjajahan yang sama. Contoh macam Nigeria.
So selepas UK belah, negara2 ni berdepan dengan masalah integrasi, sehingga berlaku perang saudara. So tak ada masa nak membangunkan ekonomi.
Di Malaysia, penjajahan UK meninggalkan legasi jurang ekonomi antara kaum, bandar dan luar bandar.
Disebabkan kemunduran, negara2 ni masih bergantung kepada penjajah asal bagi tujuan ekonomi. Negara penjajah asal kekal maju, jadi "core", manakala negara baru merdeka ni hanya setakat menjadi "periphery" bagi membekalkan sumber kepada negara maju.
Malah ada orang pernah buat estimate bahawa jumlah kos penjajahan UK ke atas India adalah sebanyak USD45,000,000,000,000 (45 trilion).
45 trilion tu lah yang memperkayakan UK dan jajahannya yang diberi keistimewaan seperti Canada, Australia & NZ (sebab sama-sama Englishmen).
Sampai hari ni pun ketidakdilan ni belum diatasi sepenuhnya. Adalah sekali sekala negara2 maju ni bagi "bantuan" atau "layanan khas" kepada "negara2 sedang membangun".
Ada correlation antara underdevelopment dan penjajahan, dan juga legasinya.
Mungkin orang akan jadikan negara seperti Korea Selatan sebagai counter-example. Pernah dijajah, mundur tapi maju dalam masa yang singkat. So orang nisbahkan kemunduran relatif Malaysia kepada sikap rakyat, kononnya.
Yang itu pun ada kaitan dengan sejarah. Kemajuan Korea Selatan adalah disebabkan dasar diktator bernama Park Chung-hee yang membangunkan industri Korea melalui syarikat terpilih (chaebol).
Hasilnya, kekayaan Korea hari ni dipegang oleh chaebol. Rakyat sebenarnya miskin.
Malah pembangunan pun hanya terhad kepada kawasan Seoul dan Gyeongsang yang sokong Park. Jeolla yang lawan Park tak dapat pembangunan.
Hari ni pun ramai orang Korea panggil negara mereka sebagai "neraka" (Hell Joseon), ada yang sanggup pindah ke Malaysia.
Kalau lihat pada sejarah pembangunan Malaysia, kita pada 1980-an pun nak jadi macam Korea bangunkan industri. Tapi beberapa faktor seperti populasi telah membataskan potensi kita.
Sekarang kita berdepan pula dengan persaingan dari Vietnam & Indonesia yang tengah booming.
Malaysia boleh jadi maju, cuma mengambil masa. Dan soal maju ni relatif. Bila kita dah "maju", negara lain pula dah jadi "lebih maju".
Bukan salah sesiapa, tapi ada faktor "structural" seperti sejarah, geografi yang membataskan potensi kita.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Al-Bashir memerintah Sudan sebagai presiden dari 1989 sampai 2019. Dia pemimpin Islamis. Naik pun atas sokongan Hassan al-Turabi, ulama dan tokoh Islam Sudan masa tu.
Tapi biasalah, dua orang kuat dalam satu kerajaan, tak lama lepas tu berpecah.
Sepanjang pemerintahan al-Bashir, Sudan banyak berdepan masalah.
Pertama, sebab dia rapat dengan Iran dan pernah lindung Osama, Sudan pun dilabel Amerika & Eropah sebagai "negara penaja pengganas". Maka bermulalah sekatan ekonomi & politik panjang.
Untuk yang tak sempat tonton streaming semalam, video penuhnya di sini:
Rumusan:
1. Disiplin IR/geopolitik bertujuan untuk menjawab persoalan kenapa (WHY) sesuatu berlaku dalam politik global, bukan untuk menyokong mana2 pihak dalam konflik. facebook.com/ZRASTRIM/video…
2. Untuk menjawab "kenapa", kita perlu bersikap empirikal, berpandukan bukti yang objektif & boleh diuji.
3. Ramai orang Islam hari ini meninggalkan pendekatan empirikal, walhal ia sebenarnya sebahagian daripada warisan intelektual Islam, seperti yang dibawa oleh Ibn Khaldun.
4. Sebaliknya, Barat mengambil pendekatan ini dan mengembangkannya, mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi.
5. Kurangnya penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mengajak kita memerhati alam dan mengkaji hukum-hukum di sebaliknya (seperti ayat2 tentang ulul albab).
Maknanya, dia percaya US tengah menurun macam kuasa besar lain dulu, misalnya UK yang mendominasi dunia pada abad ke-19.
Pada zaman itu, UK jadi “kilang dunia” hasil Revolusi Industri. Barang dari UK dieksport ke seluruh dunia.
UK guna kekuatan tentera untuk paksa negara lain buka pasaran. China yang nak sekat candu dari UK dikalahkan dalam Perang Candu (1839–1842) dan menyerahkan Hong Kong.