Danial Aziz Ahmad Profile picture
Jun 25, 2021 17 tweets 5 min read Read on X
Ahmad Nisfu, salah seorang pelakon kegemaran P. Ramlee meninggal dunia pada 25 Jun 1972. P. Ramlee banyak beri watak 'terhormat' kepada Ahmad Nisfu.

Contoh: Sultan, pengarah filem, bapa mentua sporting, tauke sampan (walaupun jahat tapi masih style!) Image
Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini. Cerita asal IBU MERTUA KU ditulis oleh Ahmad Nisfu yang kemudiannya diolah kembali oleh P. Ramlee. Image
Menurut beberapa sumber, Ahmad Nisfu hanya menulis dan membaca dalam tulisan Jawi. Beliau antara seniman veteran dari kumpulan bangsawan yang tidak buta huruf. Image
Kisah yang pernah tular di internet: Ahmad Nisfu hidup sebatang kara di sebuah kubu peninggalan tentera Jepun dalam keadaan yang sangat daif. Image
Padahal Ahmad Nisfu hidup rileks je dengan anak cucunya. Semasa menghembuskan nafas terakhir, Ahmad Nisfu dikelilingi ahli keluarganya. Beliau meninggalkan seorang balu yang bernama Chik binti Osman, tiga orang anak dan 14 orang cucu. Image
Ahmad Nisfu lambat sikit terjun ke dunia filem sebab dia lebih banyak berlakon dengan grup wayang bangsawan. Selepas banyak grup wayang bangsawan ni gulung tikar pada penghujung 1950-an (dan bisnes filem sedang mencanak naik) barulah Ahmad Nisfu dapat peluang berlakon filem. Image
Filem pertama Ahmad Nisfu: Anak Pontianak (1958) diikuti dengan filem Gergasi (1958). Kedua-dua filem ni terbitan studio Jalan Ampas.

Filem Gergasi ni ala-ala Frankenstein sikit. Anda boleh cuba tonton. ImageImage
Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang tinggi apabila P. Ramlee mengambilnya berlakon di dalam Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959. Beliau berjaya menghidupkan watak tauke sampan dan kepala samseng dalam filem itu walaupun ia bercorak komedi.

**Hai @OOCPRamlee Image
Hal ini tidak menjadi masalah kepada Ahmad Nisfu kerana pengalamannya berlawak semasa di pentas bangsawan dahulu sangat luas.
Filem-filem yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di bawah arahan P. Ramlee ialah Musang Berjanggut (1959), Nujum Pa' Blalang (1959), Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Madu Tiga (1964) dan
3 Abdul (1964). Image
Filem-filem lain yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di studio Jalan Ampas ialah Doctor (1958), Saudagar Minyak Urat (1959), Siti Muslihat (1962), Gerhana (1962), Korban (1963), Pileh Menantu (1963), Siapa Besar! (1964), Pusaka Pontianak (1965), Sayang Si Buta (1965) ...
... Dayang Senandong (1965), Sri Andalas (1966), Lampong Karam (1967) dan A Go Go 67 (1967).
Satu perkara menarik tentang Ahmad Nisfu, dia tak mengikat kontrak dengan mana-mana studio. Dia lebih selesa menjadi pelakon bebas. Oleh sebab itu kita dapat lihat Ahmad Nisfu juga turut berlakon di dalam filem-filem di studio Cathay Keris.
Filem-filem Ahmad Nisfu di Cathay Keris:

Dang Anom (1962), Tun Fatimah (1962), Jula Juli Bintang Tujoh (1962), Laila Majnun (1962), Lanchang Kuning (1962), Darah-Ku (1963), Bayangan Di-Waktu Fajar (1963), Bunga Tanjong (1963), Tajul Ashikin (1963), Pontianak Kembali (1963) ... Image
Ayer Mata Duyong (1964), Wan Perkasa (1964), Istana Berdarah (1965), Dua Kali Lima (1966), Playboy (1967), Mat Raja Kapor (1967), Si-Murai (1968), Nafsu Belia (1969), Puaka (1970), Linang Nuraka (1970), Mat Karung Guni (1970) dan yang terakhir Jahanam (1971).
Ok dah selesai cerita pasal Ahmad Nisfu. Terima kasih sebab baca sampai habis 😄
Saya nampak ramai yang masih ingat dan minat dengan Ahmad Nisfu. Tak kurang juga yang dapat tahu kisah hidup Ahmad Nisfu yang sebenar-benarnya lepas baca thread ni. Terima kasih semua! 🙌🏼

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Danial Aziz Ahmad

Danial Aziz Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @danialazizahmad

Jul 26, 2022
Filem Malaysia yang catat kutipan terendah di pawagam (Edisi Kemaskini)

*Badang takde dalam senarai, jangan risau.
1. Impermanence Life (2018) – RM9313.00
Genre: Drama / Keluarga
Trailer:
2. Bella & Jamie (2019) – RM9186.50
Genre: Komedi
Trailer:
Read 33 tweets
Nov 9, 2021
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.

Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.

(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.

Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Read 23 tweets
Aug 10, 2021
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Read 12 tweets
Aug 8, 2021
The Cathay, Singapore. 1960 & 2019. ImageImage
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris. Image
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada! ImageImageImageImage
Read 4 tweets
Aug 5, 2021
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.

(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Read 15 tweets
Aug 4, 2021
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.

(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(